Nov 19, 2019

RM2000 melancong ke Korea (Seoul) dan (Gangneung)

at 9:26 PM 0 comments
September 2019 hari tu, kitorang ke Korea Selatan ...

Bertiga... beli tiket flight dua minggu sebelum berlepas. Kerja gila nama dia...

Tiket flight.. AirAsia... RM1300 pergi balik + luggage balik 20kg

Hah.. kata RM2000 je... tiket flight je dah habis RM1300... boleh caya ke dia ni? Eheheh

Persiapan awal sebelum ke korea...

Download apps: KLOOK... dan NAVER MAPS...(wajib)

KLOOK...
🔺PERTAMA: Kat sini aku beli TMoney card... dengan reload tersedia 5000won/10,000won HARGA KLOOK = RM10/RM28/RM46

Aku beli yang RM28 tu.. dah siap ada 5000won dalam tu...

Boleh amik pakej TMoney delivery teros kat rumah korang... simple... no hassle... or nak collect kat airport pun boleh...

Klook Tmoney Card Pick Up and Delivery (ICN/TW/MY/TH/PH)
https://www.klook.com/activity/18054




Next.. 
🔺KEDUA: cari AREX pulak. Masih kat KLOOK....
Aku beli AREX masa balik je... dari Seoul Station ke Airport Incheon.. sebabnya... balik kan... Luggage besar gabak kan... al maklumlah.. beg beranak... ekekkeke...
AREX Seoul Station - Inc Airport RM19


🔺 KETIGA: cari wifi !! Penting untuk memudahkan..... kalau nak susah... abaikan... wakakkakak...
Ada banyak pakej kat KLOOK... pilih lah paling murah dan berbaloi... just add to cart.. bayar... siap... simpan  code / resit / whatsoever hang diarahkan (please read) ... dan collect kat Airport Incheon or where ever that you choose... kitorang dapat yang RM9/day... kira murah lah pada aku RM9 sehari.. sewa lah seberapa lama keberadaan korang kat sana..kitorang g kan bertiga.. maka share je... so jadi sorang RM3/hari...  kalau korang kaya, duit banyak.. amik lah yang mahal.. huahahhahha... kalau nak jimat, pandai-pandailah compare pakej-pakej yang ada okeh !!!!


Apa lagi eh?
KEEMPAT: kat KLOOK tu ada macam-macam jugak ticket and tour packega yang dirawarkan... ikut lah korang nak amik ke tak. Ikut kesesuaian masa, musim, bajet dan pertimbangan korang🎵

Aku beli tiga teratas je kat KLOOK tu.. lain-lain aku cuci mata dan plan perjalanan berdasarkan recommendation yang ada jugak dalam tour package KLOOK... ala-ala cedok info dengan jayanya lah.. dan jugak baca review pengguna lain pasal package-package yang ada tu...


NEXT.....

NAVER MAPS APPS.....


... tbc






HR: Rezeki Semua Orang Tak Sama

at 8:41 PM 0 comments
HR: Rezeki Semua Orang Tak Sama

Human Resource / Sumber Manusia...

Kebanyakkan orang anggap HR ni bahagian/unit yang low class, tak best, leceh, poyo, gila kuasa...ape lagi??? 

HR ni lah antara tempat yang kau akan jumpa pelbagai jenis manusia...

... yang baik
... yang kurang baik
... yang tak kisah
... yang gila pangkat
... yang gila kuasa
... yang semua dia betul kita salah
... yang .... banyak lah lagi...

HR selalu di katakan tempat yang pilih bulu... yang cantik... yang sedap mata memandang... yang pandai... yang best-best je semua HR rembat dulu untuk kerja kat HR...

Tapi xde pulak korang fikir yang manusia buangan, yang semua orang taknak, semua yang tak diterima, pulangkan dan akhirnya terpaksa tempatkan kat HR balik... 

Pengalaman hari ni... aku berhadapan dengan seorang matron hospital yang datang ke HR untuk semak service dan gaji yang diterima sepanjang perkhidmatan beliau...DAN... membandingkan dengan rakan satu batch ambilan, gaji yang diterima sepanjang perkhidmatan. 

Beliau membandingkan gaji dari tahun ke tahun... dan... didapati.... matron tu telah naik pangkat LEBIH AWAL DARI KAWAN DIA... dan kawan dia naik pangkat macam lambat 1/2 tahun dari dia... 

PERTAMA... Rezeki matron tu naik pangkat lebih awal dari kawan dia.  Walau pun diorang satu batch... tu nama dia apa?... nama dia REZEKI....

Then... that matron tu pertikaikan, kenapa gaji kawan dia lagi tinggi dari gaji dia... 

SEBABNYA peraturan berubah dari semasa ke semasa... dan pula, pada waktu kawan dia naik pangkat (yang lewat almost 2 tahun dari tarikh dia naik pangkat), peraturan berubah dan kadar kenaikan gaji semakin meningkat...

ITU PULA REZEKI KAWAN DIA....

Setuju? Tidak setuju?

Dia pertikaikan... kenapa gaji dan kenaikan gaji kawan dia lagi tinggi dari dia...

Sebab itu rezeki yang ditentukan untuk kawan dia...

Rezeki dia pula ialah, dia terima pangkat awal dua tahun dari kawan dia.. dan terima gaji naik pangkat lebih awal dari kawan dia. 

Dan dia datang untuk mempertikaikan kenapa gaji si polan lebih tinggi dari si polan...

Astaga...

Kaedahnya..... itu lah konsep REZEKI.... masing-masing ada rezeki...

Lain lah kalau dia pertikaikan... lantikan sama. Tarikh naik pangkat sama sebijik sejibon.. gaji lain... haaa... itu lain la cerita...

Jangan sesekali mempertikaikan rezeki orang lain.... 

Lepas tu pulak bila kita kata, rezeki orang lain-lain... eh marah pulak dia....

Kalau kerja swasta biasanya tawaran gaji akan lain-lain setiap orang kan... ikut lah kau punya pengalaman, academic, kepakaran and so on....

Hmmm... dah lah... letih lah duduk HR gaduh ngan orang-orang tak paham, tak nak paham, tau nak melenting je. Hello... kita HR pun manusia lah, kita melenting balik... padan muka... hadap lah balik...

#penatmental

Tapi bila fikir balik, HR adalah platform yang baik untuk kita belajar banyak benda tentang sifat manusia, kita belajar apa yang baik, apa yang buruk, apa yang wajar diikuti, apa yang perlu ditolak... contoh tersedia depan mata... kes berlambak-lambak terjadi...sifat pelbagai ditonton...

Ini pun salah satu rezeki... rezeki jumpa manusia pelik... peluang kita refleks diri balik supaya tak jadi macam mana kita diperlihatkan...

🙃

Pesanan penaja: Syukuri rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk... dan jangan pertikaikan rezeki orang lain... 

🥰

Jul 27, 2019

Sukaneka Pejabat? Perlu ke join?

at 9:40 PM 0 comments
Sukaneka office?

Hari Sabtu?

Pagi?

alahai..

Hari Sabtu lah aku nak tidur lama sikit...

Perlu ke sacrifice kan tidur Sabtu aku?

Walaupun sekali setahun??

Hmmmm..

Benda bukan wajib pun...

Tapi...

Kalau tak pergi...

Nanti budak office kata tak support lak...

Kesian pulak kat geng urusetia....Penat buat preparation.. Kengkawan lak tu...

Pastu geng boses pun ada gak, kau yang kuli cinonet takkan la tak pergi kan..

Hmmmm...

Elok gak penatkan badan sekali sekala...dah lama tak bersukan lagi pun.. Ni lah masanya kau nak jumpa padang rumput pun....

Panas lah...

Takpelah.....sekali sekala main panas....

Walau pun kau sendiri tau yang kau memang tak kan main, cuma minat untuk jadi penyorak dan penyeri majlis!!! Ahaks.. kehadiran kau begitu bermakna !! Giteww!

Tambahan lagi, kau tau memang ada peluang besar untuk dapat hadiah cabutan bertuah...

Asalnya memang tak nak bawak si dua ketul ni.. Tapi... hhmmmm...angkut je lah skali.... takut nanti rindu lak dua ketul ni kat iols.. haha...


Part paling best haruslah bila tengok kengkawan semua main game dan kena game...
Macam-macam gaya oi...
penat ketawa wey ! 
Jom tengok perangai memasing..






























Mar 16, 2019

UNTUNG GILA SHOPPING ONLINE GUNA SHOPBACK WEYYYY!!

at 12:15 AM 0 comments
Aku ni some kind of manusia yang memang selalu sangat shopping online.


Paling kerap - SHOPEE

Kalau dulu sebelum Shopee glamour, aku guna LAZADA.

Tapi sekarang Shopee lagi murah dan ada banyak diskaun kod dan free shipping voucher.


Kalau korang pun hantu shopping online, maka, silalah guna SHOPBACK.

Senang, korang cuma sign up / log in SHOPBACK, pastu masuk la link Shopee ke, Lazada ke, Zalora ke, FashionValet ke, Booking.com ke... JD SPORT, Fave, Agoda, Expedia, Malaysia Airlines, Uniqlo ..... dan banyak lagi wey... tak abes kalau sebut semua !!!

Nak tau ape korang dapat???












Boleh kumpul, dan boleh transfer masuk akaun bank korang, atau pun bayar bil guna duit cashback tu !!

Best gila wey...

Aku dah pakai banyak kali SHOPBACK... dan dah beberapa kali transfer masuk akaun bank...

Setakat beberapa bulan pakai ni, dah dapat RM149.90....


sape nak bagi banyak macam tu wey.. umpama cash free....

paling best, kalau nak stay hotel, guna lah flatform SHOPBACK untuk buat tempahan.

Rate cashback ikut masa dan store..


Dan store dalam SHOPBACK ada banyak tauuuu 500+


Ok jom tengok macam mana rupa SHOPBACK ni !!








best kannnnnnnnnnn..

ok semua....meh sign up      SHOPBACK....serius tak menyesal weh !!










Mar 15, 2019

Semuanya ada punca dan sebab

at 10:18 PM 0 comments
Minggu ni minggu tahap stress yang kronik.

Bertimpa-timpa masalah datang.

walau berjurai semua air mata yang ada.

menangis kat bawah meja.

menangis kat tepi dinding.

yang penting adalah kau belajar setiap apa yang kau hadapi

kau lebih kenal personaliti manusia di sekeliling kau

kau akan tau siapa yang kisahkan kau

siapa yang lantakkan kau

siapa yang tegur kau bila kau silap

siapa yang ajar kau untuk betulkan keadaan

siapa yang tanggung bila salah tu berpunca dari kau

masa tu jugak la kau belajar

dan terus belajar...

ada sebab kenapa kau dibenarkan untuk buat salah

ada sebab kenapa kau disedarkan tentang kesalahan tu

ada sebab dalam setiap yang berlaku

cuma sama ada kau sedar atau tidak.

itu lah kehidupan.

dan ianya singkat

kau akan rasa betapa pantasnya masa

ada sebab kenapa sipolan muncul

walau dari jauh mana pun

walau dari dekat mana pun

ada sebab dan punca

bukan bersahaja

mereka semua punca kau belajar

semua dariNya

dari tuhanmu

Allahuakbar.

Jan 1, 2019

Bye #2018, Hye #2019

at 1:04 AM 1 comments
Bye #2018 
Hye #2019

Banyak perkara yang terjadi dalam tahun 2018.
Dalam tahun 2018 lah aku banyak kali dinilai, ditikam belakang, ditafsir, disindir, diambilkisah, dijadikan bahan sumber inspirasi bawang dan dipergunakan. 

Ye..mungkin sebab mereka sayang, maka mereka berkata. 

Mungkin sebab aku selesa, maka mereka tak suka. 

Mungkin sebab aku kelihatan bahagia, sebab tu mereka mula kisah dan gelisah. 

Kata lah, cakap lah... 

Aku tahu siapa kamu...

Dengan apa yang telah terjadi dalam tahun 2018, biarkan terjadi. 

Ianya memberi aku ruang untuk menilai kamu semua. 

Ianya memberi ruang untuk aku menilai diri aku. 

Aku bukan orang yang baik. 
Aku bukan orang yang sempurna. 

Dan aku tak mencari kesempurnaan. 
Dan aku tak sewenangnya berubah kerna kamu. 

Apa yang aku telah rasa, 
apa yang aku telah lalui, 
aku nampak perbuatan itu lagi. 

Tapi kamu lakukan ke atas orang lain. Dan kamu lakukan dihadapan ku. 

Tak apa kalau kamu tikam aku. Tapi bila kamu tikam orang lain dihadapan ku? Hmmm..

Aku bahagia kenal kamu. 
Aku lupa sebentar kisah luka ku bila kamu ada. 
Aku tak kisah bila kau pergi sebab banyak susah mu bila kau kenal aku. 
Aku tak kisah bila kau jauh. 
Aku ada diri ku
Aku takkan senang berubah. 

Terima kasih masa.
Terima kasih pinjamkan aku masa. 
Terima kasih bahagiakan aku. 
Terima kasih buat aku tertawa. 
Terima kasih buat aku gembira. 
Terima kasih atas pemandangan. 
Terima kasih atas kasih sayang. 
Terima kasih buat aku kenyang. 
Terima kasih sewaktu ada mu. 
Terima kasih banyak tolong aku. 
Terima kasih kerana ada. 

Terima kasih lukakan aku. 
Terima kasih ambil peduli pasal ku. 
Terima kasih berkata di belakangku. 
Terima kasih lupakan aku. 
Terima kasih gunakan aku. 
Terima kasih tinggalkan aku. 
Terima kasih sakiti aku. 
Terima kasih buat aku menangis. 
Terima kasih kerana tiada. 
Terima kasih kerana pergi. 

Aku wujud. 
Kau wujud. 
Kamu wujud. 
Dia wujud. 
Kita wujud. 
Mereka wujud. 

Tinggalkan kenangan. 
Tapi Sematkan semua. 
Jangan terlepas satu pun. 
Supaya kita terus menilai. 
Supaya terus belajar. 

-Dari aku. Untuk aku. Bukan kamu-

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei