Bye #2018
Hye #2019
Banyak perkara yang terjadi dalam tahun 2018.
Dalam tahun 2018 lah aku banyak kali dinilai, ditikam belakang, ditafsir, disindir, diambilkisah, dijadikan bahan sumber inspirasi bawang dan dipergunakan.
Ye..mungkin sebab mereka sayang, maka mereka berkata.
Mungkin sebab aku selesa, maka mereka tak suka.
Mungkin sebab aku kelihatan bahagia, sebab tu mereka mula kisah dan gelisah.
Kata lah, cakap lah...
Aku tahu siapa kamu...
Dengan apa yang telah terjadi dalam tahun 2018, biarkan terjadi.
Ianya memberi aku ruang untuk menilai kamu semua.
Ianya memberi ruang untuk aku menilai diri aku.
Aku bukan orang yang baik.
Aku bukan orang yang sempurna.
Dan aku tak mencari kesempurnaan.
Dan aku tak sewenangnya berubah kerna kamu.
Apa yang aku telah rasa,
apa yang aku telah lalui,
aku nampak perbuatan itu lagi.
Tapi kamu lakukan ke atas orang lain. Dan kamu lakukan dihadapan ku.
Tak apa kalau kamu tikam aku. Tapi bila kamu tikam orang lain dihadapan ku? Hmmm..
Aku bahagia kenal kamu.
Aku lupa sebentar kisah luka ku bila kamu ada.
Aku tak kisah bila kau pergi sebab banyak susah mu bila kau kenal aku.
Aku tak kisah bila kau jauh.
Aku ada diri ku
Aku takkan senang berubah.
Terima kasih masa.
Terima kasih pinjamkan aku masa.
Terima kasih bahagiakan aku.
Terima kasih buat aku tertawa.
Terima kasih buat aku gembira.
Terima kasih atas pemandangan.
Terima kasih atas kasih sayang.
Terima kasih buat aku kenyang.
Terima kasih sewaktu ada mu.
Terima kasih banyak tolong aku.
Terima kasih kerana ada.
Terima kasih lukakan aku.
Terima kasih ambil peduli pasal ku.
Terima kasih berkata di belakangku.
Terima kasih lupakan aku.
Terima kasih gunakan aku.
Terima kasih tinggalkan aku.
Terima kasih sakiti aku.
Terima kasih buat aku menangis.
Terima kasih kerana tiada.
Terima kasih kerana pergi.
Aku wujud.
Kau wujud.
Kamu wujud.
Dia wujud.
Kita wujud.
Mereka wujud.
Tinggalkan kenangan.
Tapi Sematkan semua.
Jangan terlepas satu pun.
Supaya kita terus menilai.
Supaya terus belajar.
-Dari aku. Untuk aku. Bukan kamu-
1 comments:
selamat Tahun baru.
Post a Comment