HR: Rezeki Semua Orang Tak Sama
Human Resource / Sumber Manusia...
Kebanyakkan orang anggap HR ni bahagian/unit yang low class, tak best, leceh, poyo, gila kuasa...ape lagi???
HR ni lah antara tempat yang kau akan jumpa pelbagai jenis manusia...
... yang baik
... yang kurang baik
... yang tak kisah
... yang gila pangkat
... yang gila kuasa
... yang semua dia betul kita salah
... yang .... banyak lah lagi...
HR selalu di katakan tempat yang pilih bulu... yang cantik... yang sedap mata memandang... yang pandai... yang best-best je semua HR rembat dulu untuk kerja kat HR...
Tapi xde pulak korang fikir yang manusia buangan, yang semua orang taknak, semua yang tak diterima, pulangkan dan akhirnya terpaksa tempatkan kat HR balik...
Pengalaman hari ni... aku berhadapan dengan seorang matron hospital yang datang ke HR untuk semak service dan gaji yang diterima sepanjang perkhidmatan beliau...DAN... membandingkan dengan rakan satu batch ambilan, gaji yang diterima sepanjang perkhidmatan.
Beliau membandingkan gaji dari tahun ke tahun... dan... didapati.... matron tu telah naik pangkat LEBIH AWAL DARI KAWAN DIA... dan kawan dia naik pangkat macam lambat 1/2 tahun dari dia...
PERTAMA... Rezeki matron tu naik pangkat lebih awal dari kawan dia. Walau pun diorang satu batch... tu nama dia apa?... nama dia REZEKI....
Then... that matron tu pertikaikan, kenapa gaji kawan dia lagi tinggi dari gaji dia...
SEBABNYA peraturan berubah dari semasa ke semasa... dan pula, pada waktu kawan dia naik pangkat (yang lewat almost 2 tahun dari tarikh dia naik pangkat), peraturan berubah dan kadar kenaikan gaji semakin meningkat...
ITU PULA REZEKI KAWAN DIA....
Setuju? Tidak setuju?
Dia pertikaikan... kenapa gaji dan kenaikan gaji kawan dia lagi tinggi dari dia...
Sebab itu rezeki yang ditentukan untuk kawan dia...
Rezeki dia pula ialah, dia terima pangkat awal dua tahun dari kawan dia.. dan terima gaji naik pangkat lebih awal dari kawan dia.
Dan dia datang untuk mempertikaikan kenapa gaji si polan lebih tinggi dari si polan...
Astaga...
Kaedahnya..... itu lah konsep REZEKI.... masing-masing ada rezeki...
Lain lah kalau dia pertikaikan... lantikan sama. Tarikh naik pangkat sama sebijik sejibon.. gaji lain... haaa... itu lain la cerita...
Jangan sesekali mempertikaikan rezeki orang lain....
Lepas tu pulak bila kita kata, rezeki orang lain-lain... eh marah pulak dia....
Kalau kerja swasta biasanya tawaran gaji akan lain-lain setiap orang kan... ikut lah kau punya pengalaman, academic, kepakaran and so on....
Hmmm... dah lah... letih lah duduk HR gaduh ngan orang-orang tak paham, tak nak paham, tau nak melenting je. Hello... kita HR pun manusia lah, kita melenting balik... padan muka... hadap lah balik...
#penatmental
Tapi bila fikir balik, HR adalah platform yang baik untuk kita belajar banyak benda tentang sifat manusia, kita belajar apa yang baik, apa yang buruk, apa yang wajar diikuti, apa yang perlu ditolak... contoh tersedia depan mata... kes berlambak-lambak terjadi...sifat pelbagai ditonton...
Ini pun salah satu rezeki... rezeki jumpa manusia pelik... peluang kita refleks diri balik supaya tak jadi macam mana kita diperlihatkan...
🙃
Pesanan penaja: Syukuri rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk... dan jangan pertikaikan rezeki orang lain...
🥰
0 comments:
Post a Comment