Jun 4, 2010

Subject: Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk

at 12:54 PM
Hye Semua~~

Di sini aku menyebarkan beberapa perenggan cerita untuk korang....sumber emel daripada balkish..sama-sama kita lihat jalan ceritanya...

Subject: Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk

> Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
> dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
> dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
> Islamik yang lain.
>
> Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
> keluar
> seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
> dingin dan hujan mulai turun.
>
> Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
> seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
>
> Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
> masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
>
> "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
>
> "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
> hujan turun"
>
> Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
> sebegini"
>
> Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
>
> Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
> anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
>
> "Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
> hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
>
> Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
> yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
> memberikan
> risalah itu kepada penghuninya.
>
> Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
> pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika
> masih
> ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
> siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
>
> Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan
> mula
> mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
> rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
> dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
> sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
> mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
> keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
>
> Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
> Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
>
> Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
> "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
> sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
> hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
> bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
>
> "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
>
> Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
> memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
> menyatakan sesuatu"
>
> Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
> perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
> yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
> Untuk
> pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
> Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
> keseorangan
> dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
>
> "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
> Jadi
> saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
> anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
> lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
> loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya,
> siapa
> pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
> lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
>
> "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
> ini
> setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus
> pergi
> ke pintu"
>
> "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
> Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,
> maaf
> saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
> makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
> yang saya dengar".
>
> "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup
> pintu
> dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali
> yang
> hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
> Aku tak perlukan itu lagi".
>
> "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
> hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat
> ini
> dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
> kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
> selama-lamanya di dalam neraka"
>
> Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
> berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
>
> Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
> yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
>
> Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
> yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
> sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
>
> Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
> makhlukNya yang penyayang
>
> Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
> kamu!
>
> ALLAHUAKBAR!
>
> Wassallam

0 comments:

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei