Jun 30, 2010

MANCONGKAM dah mahal??naik harga??

at 2:20 PM 2 comments
Hye Semua~~

haaa??betul ke tajuk kat atas tu??

dulu, paling last dalam 3 bulan lepas, harga nasi ayam dia RM3.80...

tapi smlm org opis aku g survey, utk order banyak2, dia kata dah naik harga...dah jadi RM5.60...

biar betul??? takkan naik banyak sangat...

kena g sana wat liputan pengesahan nih...

Mrezz, nnt kita terjah Kedai nasi ayam Mancongkam ek...

Jun 29, 2010

Terlepas g meeting..huhu

at 3:40 PM 2 comments
Hye Semua~~

alahaii...bos soh g meeting kol2.30 arini...tapi x perasan surat tu.. Kol 3.30 baru perasan kena g meeting..kira halal la bos ek...ekekkekee...nnt saya follow-up la ye..huhu...

Game Contest Malaysia Airlines

at 3:12 PM 1 comments
Hye Semua~~

ada dapat emel dari Malaysia Airlines...ade contest...

ni yang di-emel kepada ku..


1 x Grand Prize
Return Economy flight tickets to Bandung from Kuala Lumpur for two;
and 3 Days/2 Nights stay at Sensa Hotel in Bandung for two
 Play Now
3 x Consolations Prizes
50% MHcoupon discount on Return Economy flight tickets to Bandung
    from Kuala Lumpur; and MYR 100 hotel voucher on Bandung hotel bookings

PLAY NOW


TRY la main game ni....senang je...kumpul barang-barang shopping masukkan dalam beg tu....
ada barang yang +50 dan -50 yang mewakili markah/point...
banyak kali gak aku main, tapi markah asyik ciput jek..ape kate korang try plak...

PLAY NOW

psstt: Boleh bukak tak link game tu, kalau x leh bgtau aku ek..

Fad n Lan

at 2:17 PM 0 comments
Hye Semua~~

hai koranggg...

minggu lepas (27.06.2010) Fad tunang...

wahhh..merbeles majlis dia...dah macam majlis kawen dah haa....

nah...ni la gambo yang aku snap sket2...

time ni lawak gileeee...ehehhehee
ni plak aksi kat tangga..uhuhuuuu...
ehehhehe...tu jek....

TAHNIAH untuk korang berdua..

NOOR FADHILAH              MOHD AZLAN

Jun 27, 2010

Nak Tau Tak?? Ape Dia Ek?

at 9:34 AM 0 comments
Hye Semua~~


huuuu...arini Mrezz kejut subuh awal..kol.6 pagi...dia xleh tido, solat subuh, pas2 tgk bola, pas2 kejut aku..mamai2 la aku bangun..huhu...

jup lagi dalam kol 12 nak g umah Fad, arini dia tunang...wahhh..TAHNIAH..mmg patut pun korang ikat cepat2...ye la...dah 5 tahun kan korang bersama.. nnt kawen cepat2 ye..xyah tunang lelama... hujung tahun ni LIATON kawen kan...wahhhh...dak2 seumur ngn aku ramai yang dah tunang n kawen, yang dah ada anak pun ade...

malam tadi masa dah tido, dalam kol.11.30pm, mak kejut..."bangun..bangun...jom g amik abah, dia dah sampai"...haaa..mamai aku bangun, tukar baju, pakai selendang, amik kunci, turun bawah, g amik abah kat tempat parking bas...sekali lagi mamai bawak kete..uuhuhuhuhu...pas amik abah, sampai umah, aku zzZZzzz balik ...uhuhuh....mak ngn abah plak dok sembang2 lagi tgh malam tu...adoii...

ok korang, kat sini ade info pasal aktiviti-aktiviti menarik n best...tolong la klik ye...
TQ GengBlogger....
Muahhh.....cayang GB...

sape peminat NIKE atau pernah guna product NIKE, leh la klik sini ye..TQ..


another:



lagi:

Check This Out:


Lagi satu:


pagi ni breakfast nescafe n forrero rochere..huhu

Jun 26, 2010

Off Topic

at 6:54 PM 3 comments
Hye Semua~~

korang wat per arini?? mula2 aku plan nak g memancingg tett..mane ade lah.......aku pepagi dah g kuar dating ngn boipren g IKEA...sampai2 jek tros g makan meatballs n chicken wing..beef meatball.....yummy....sedapppp...pas prot dah cram, g plak jalan2 usha baju2, cincin2 (wink), MANGO ada sale...bestnye....., g usha kat iKanO n theCurve... pas2 masukbalik IKEA, bli barang2 sket, bayar, dapat parking 2 jam percuma, then grak g Sri Rampai... Mrezz nak g gunting rambut kat kedai feberet dia...ekkekeke.. masa tgh tggu dia gunting rambut, mak call... "akak kat mana?? g beli pizza, yang 2 regular RM28 tu, tapi amik super supreme stuff crust".. baik mak!!!...pas gunting rambut, kami grak la g pizza hut, order....sambil2 tggu, main FB kejup...pas dah dapat pizza, grak plak g area Rejang...yippieee...beli DURIAN wooo.....pas2 tros balik umah...makan....pas2 dah terbaring...dalam kol5pm Mrezz gerak balik umah dia kat Tijani.ekekke... Malam ni dia nk bawak famili dia g dinner...pas Mrezz grak balik, aku dok baring golek2...huhu....ni plak nak ber-internet jup haa...huhu...


SMileys - Pic4ever

Jun 22, 2010

POINT, ALASAN, NATIJAH

at 10:42 PM 0 comments
Hye Semua~~

POINT
huwaaaaaaaaaa...dah lame tak...

TAK update blog...

TAK post entry...
TAK jalan jenguk2 kawan2 blogger lain
TAK selongkat entry GB yang lain..

TAK buat kunjungan balas...

aishhh..terasa diri ini kejam kerana gagal meluangkan masa dengan dunia blogging..


ALASANnya adalah:
sibok sangat kat opis.....
streamyx kat umah rosak 2 minggu, arini baru bleh...
kurang idea nak post apa.....


NATIJAHnya...

rating nuffy dah menurun, no more star..tak lagi jadi glitter member...adoii...

dah tak tau ape jadi dengan dunia blogging...

dah xtau isu2 semasa dalam dunia blogging...

banyak la yang dah xtahu...

dan semakin hilang ingatan..

ehehehehe...

Jun 15, 2010

Rilex tapi keje jalan...

at 1:29 PM 4 comments
Hye Semua~~

huwa...arini cam rilex sket...
pagi-pagi sampai opis, rilex jup sambil-sambil update database, pas2 g meeting...meeting plak rilex je, dalam 30 minit da settle...then balik opis....wat memo sket, update database lagi...pas2 g update gosip-gosip terkini opis....then pastu g pasar untuk lunch...bli ice blended choc, bihun sup..huwargghhh..kenyangnye....ni kang nak sambung update database lagi...fuh...rilex memang la rilex, tapi keje jalan..bestnye.....

ehehe...korang lunch ape arini??

Jun 14, 2010

Jom Baca Doa sket...

at 10:47 AM 0 comments
Hye Semua~~

" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatny a". Amin

Jun 4, 2010

Subject: Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk

at 12:54 PM 0 comments
Hye Semua~~

Di sini aku menyebarkan beberapa perenggan cerita untuk korang....sumber emel daripada balkish..sama-sama kita lihat jalan ceritanya...

Subject: Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk

> Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
> dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
> dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
> Islamik yang lain.
>
> Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
> keluar
> seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
> dingin dan hujan mulai turun.
>
> Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
> seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
>
> Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
> masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
>
> "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
>
> "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
> hujan turun"
>
> Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
> sebegini"
>
> Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
>
> Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
> anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
>
> "Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
> hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
>
> Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
> yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
> memberikan
> risalah itu kepada penghuninya.
>
> Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
> pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika
> masih
> ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
> siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
>
> Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan
> mula
> mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
> rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
> dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
> sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
> mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
> keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
>
> Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
> Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
>
> Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
> "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
> sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
> hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
> bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
>
> "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
>
> Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
> memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
> menyatakan sesuatu"
>
> Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
> perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
> yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
> Untuk
> pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
> Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
> keseorangan
> dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
>
> "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
> Jadi
> saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
> anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
> lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
> loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya,
> siapa
> pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
> lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
>
> "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
> ini
> setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus
> pergi
> ke pintu"
>
> "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
> Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,
> maaf
> saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
> makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
> yang saya dengar".
>
> "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup
> pintu
> dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali
> yang
> hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
> Aku tak perlukan itu lagi".
>
> "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
> hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat
> ini
> dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
> kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
> selama-lamanya di dalam neraka"
>
> Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
> berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
>
> Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
> yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
>
> Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
> yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
> sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
>
> Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
> makhlukNya yang penyayang
>
> Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
> kamu!
>
> ALLAHUAKBAR!
>
> Wassallam

Jun 1, 2010

Tips segar after lunch

at 1:38 PM 3 comments
Hye Semua~~

baru lepas makan kat lorong kolej telekom..
ngantuk la plak lepas lunch..

tips nak bg segar..

tido selama 15 minit..
jommm...
zzzzzzzz....
 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei