Nov 19, 2019

RM2000 melancong ke Korea (Seoul) dan (Gangneung)

at 9:26 PM 0 comments
September 2019 hari tu, kitorang ke Korea Selatan ...

Bertiga... beli tiket flight dua minggu sebelum berlepas. Kerja gila nama dia...

Tiket flight.. AirAsia... RM1300 pergi balik + luggage balik 20kg

Hah.. kata RM2000 je... tiket flight je dah habis RM1300... boleh caya ke dia ni? Eheheh

Persiapan awal sebelum ke korea...

Download apps: KLOOK... dan NAVER MAPS...(wajib)

KLOOK...
🔺PERTAMA: Kat sini aku beli TMoney card... dengan reload tersedia 5000won/10,000won HARGA KLOOK = RM10/RM28/RM46

Aku beli yang RM28 tu.. dah siap ada 5000won dalam tu...

Boleh amik pakej TMoney delivery teros kat rumah korang... simple... no hassle... or nak collect kat airport pun boleh...

Klook Tmoney Card Pick Up and Delivery (ICN/TW/MY/TH/PH)
https://www.klook.com/activity/18054




Next.. 
🔺KEDUA: cari AREX pulak. Masih kat KLOOK....
Aku beli AREX masa balik je... dari Seoul Station ke Airport Incheon.. sebabnya... balik kan... Luggage besar gabak kan... al maklumlah.. beg beranak... ekekkeke...
AREX Seoul Station - Inc Airport RM19


🔺 KETIGA: cari wifi !! Penting untuk memudahkan..... kalau nak susah... abaikan... wakakkakak...
Ada banyak pakej kat KLOOK... pilih lah paling murah dan berbaloi... just add to cart.. bayar... siap... simpan  code / resit / whatsoever hang diarahkan (please read) ... dan collect kat Airport Incheon or where ever that you choose... kitorang dapat yang RM9/day... kira murah lah pada aku RM9 sehari.. sewa lah seberapa lama keberadaan korang kat sana..kitorang g kan bertiga.. maka share je... so jadi sorang RM3/hari...  kalau korang kaya, duit banyak.. amik lah yang mahal.. huahahhahha... kalau nak jimat, pandai-pandailah compare pakej-pakej yang ada okeh !!!!


Apa lagi eh?
KEEMPAT: kat KLOOK tu ada macam-macam jugak ticket and tour packega yang dirawarkan... ikut lah korang nak amik ke tak. Ikut kesesuaian masa, musim, bajet dan pertimbangan korang🎵

Aku beli tiga teratas je kat KLOOK tu.. lain-lain aku cuci mata dan plan perjalanan berdasarkan recommendation yang ada jugak dalam tour package KLOOK... ala-ala cedok info dengan jayanya lah.. dan jugak baca review pengguna lain pasal package-package yang ada tu...


NEXT.....

NAVER MAPS APPS.....


... tbc






HR: Rezeki Semua Orang Tak Sama

at 8:41 PM 0 comments
HR: Rezeki Semua Orang Tak Sama

Human Resource / Sumber Manusia...

Kebanyakkan orang anggap HR ni bahagian/unit yang low class, tak best, leceh, poyo, gila kuasa...ape lagi??? 

HR ni lah antara tempat yang kau akan jumpa pelbagai jenis manusia...

... yang baik
... yang kurang baik
... yang tak kisah
... yang gila pangkat
... yang gila kuasa
... yang semua dia betul kita salah
... yang .... banyak lah lagi...

HR selalu di katakan tempat yang pilih bulu... yang cantik... yang sedap mata memandang... yang pandai... yang best-best je semua HR rembat dulu untuk kerja kat HR...

Tapi xde pulak korang fikir yang manusia buangan, yang semua orang taknak, semua yang tak diterima, pulangkan dan akhirnya terpaksa tempatkan kat HR balik... 

Pengalaman hari ni... aku berhadapan dengan seorang matron hospital yang datang ke HR untuk semak service dan gaji yang diterima sepanjang perkhidmatan beliau...DAN... membandingkan dengan rakan satu batch ambilan, gaji yang diterima sepanjang perkhidmatan. 

Beliau membandingkan gaji dari tahun ke tahun... dan... didapati.... matron tu telah naik pangkat LEBIH AWAL DARI KAWAN DIA... dan kawan dia naik pangkat macam lambat 1/2 tahun dari dia... 

PERTAMA... Rezeki matron tu naik pangkat lebih awal dari kawan dia.  Walau pun diorang satu batch... tu nama dia apa?... nama dia REZEKI....

Then... that matron tu pertikaikan, kenapa gaji kawan dia lagi tinggi dari gaji dia... 

SEBABNYA peraturan berubah dari semasa ke semasa... dan pula, pada waktu kawan dia naik pangkat (yang lewat almost 2 tahun dari tarikh dia naik pangkat), peraturan berubah dan kadar kenaikan gaji semakin meningkat...

ITU PULA REZEKI KAWAN DIA....

Setuju? Tidak setuju?

Dia pertikaikan... kenapa gaji dan kenaikan gaji kawan dia lagi tinggi dari dia...

Sebab itu rezeki yang ditentukan untuk kawan dia...

Rezeki dia pula ialah, dia terima pangkat awal dua tahun dari kawan dia.. dan terima gaji naik pangkat lebih awal dari kawan dia. 

Dan dia datang untuk mempertikaikan kenapa gaji si polan lebih tinggi dari si polan...

Astaga...

Kaedahnya..... itu lah konsep REZEKI.... masing-masing ada rezeki...

Lain lah kalau dia pertikaikan... lantikan sama. Tarikh naik pangkat sama sebijik sejibon.. gaji lain... haaa... itu lain la cerita...

Jangan sesekali mempertikaikan rezeki orang lain.... 

Lepas tu pulak bila kita kata, rezeki orang lain-lain... eh marah pulak dia....

Kalau kerja swasta biasanya tawaran gaji akan lain-lain setiap orang kan... ikut lah kau punya pengalaman, academic, kepakaran and so on....

Hmmm... dah lah... letih lah duduk HR gaduh ngan orang-orang tak paham, tak nak paham, tau nak melenting je. Hello... kita HR pun manusia lah, kita melenting balik... padan muka... hadap lah balik...

#penatmental

Tapi bila fikir balik, HR adalah platform yang baik untuk kita belajar banyak benda tentang sifat manusia, kita belajar apa yang baik, apa yang buruk, apa yang wajar diikuti, apa yang perlu ditolak... contoh tersedia depan mata... kes berlambak-lambak terjadi...sifat pelbagai ditonton...

Ini pun salah satu rezeki... rezeki jumpa manusia pelik... peluang kita refleks diri balik supaya tak jadi macam mana kita diperlihatkan...

🙃

Pesanan penaja: Syukuri rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk... dan jangan pertikaikan rezeki orang lain... 

🥰
 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei