Mudah sangat buat pie apple ni.
Bahan-bahannya:
🍚 3 sudu gula perang
🍶 2 sudu marjerin
🍏 3 biji apple hijau - dipotong dadu, direndam dalam air sejuk dan ditoskan
🌳 Serbuk kulit kayu manis
🍋 sedikit perahan lemon
🌯 puff pastry square - mak beli kat aeon big. Price dalam RM5.95 gitu.
🌽 tepung jagung - 1/4 sudu dibancuh dengan air
🍳 kuning telur
1. Panaskan marjerin dalam kuali
1. Masukkan apple yang dipotong dadu. Layur dalam marjerin
5. Masukkan sedikit perahan lemon dan bancuhan air tepung jagung.
6. Siap filling apple!!! Next...
7. Bahan-bahan seterusnya....
8. Bungkus apple filling di dalam kulit pastry!!! Mak potong garis-garis kat sebelah.
9. Letak filling...
10. Lipatkan...
11. Gunakan garfu untuk cantumkan.
12. Guna kreativiti masing-masing lah yeee.
13. Segi tiga pun bolehhhh...
14. Mak letak dalam loyang gini ...
16. Mula membakar. Mak guna 150•c dan 25 minit. Ikut la oven memasing. Oven mak kecik buruk gini jek. Tapi sangat berguna. Almost 10 tahun dah usia nyan kalau tak silap. Ke dah lebih. Ni boleh kira barang antik ni. Cari kat kedai da xde da design ni. Bahhaha....
Tadaaaaaa..... Siap.... Yummehhhh....
Ngapp laaaa. Aummmm...
Kalau nak tukar inti nenas boleh. Inti sardin boleh. Inti kari boleh. Inti chocolate pun bolehhhhh..... Ikut la korang teringin makan yang mana. Adunan ni mak dapat 9 apple pie. Yehaaaaawwwww !!!!
0 comments:
Post a Comment