Mar 22, 2016

Perangkap lipas kereta

at 10:54 PM
Hi. Ermmm. 

Selalu kan. Mesti rasa sakit hati je bila bukak pintu kereta je nampak lipas kecik-kecik memcecet lari menyorok celah2 kerusi kereta.

Bagi penggeli lipas pun mesti rasa marahkan kalau nampak banyak lipas. 

Almaklumlah, aktiviti makan dalam kereta kan biasa je kita semua buat. 

Kalau tak boleh makan minum dalam kereta tu macam poyo lak bunyi nye kan. Hihi. 

Kitorang lagi la dengan anak-anak ni. Kalau perjalanan jauh ke. Dekat ke. Memang tak boleh nak halang la dari diorang makan dalam kereta. Adegan keropok tumpah dalam kereta tu memang dah biasa sangat. 

Ok. Panjang pulak intro kan. 

Dalam 3 minggu lepas, masa beli barang kat Aeonbig Wangsa Maju, saja la nak cari perangkap cicak. Ai is tak suka cicak okk. Goli dennn. 

Tapi tak jumpa pulak jerangkap cicak. Jumpa perangkap lipas jek. Maka beli la sekotak dalam RM18. Ada 6 set dalam tu. Dia guna kaedah gam dan umpan gitu. 

Benda alah tu mak pernah tengok dalam cerita doremon tau. Tu yang konfiden je beli.

Tetiba inciksomi terfikir nak tarok perangkap lipas tu dalam kereta memandangkan lipas lipas noti semakin berani menunjukkan diri semasa kami berada di dalam kereta. 

Sekali kami tarok dua set. Dua-dua letak bawah seat. Satu kiri satu kanan. 

Baru semalaman letak. Perghhhh. Hasil lumayan bak anggg. Kalau la boleh meniaga lipas-lipas ni, pasti ada huntungggg. 

Jom layan gambor hasil tangkapan. 








Hah. Kalau rajin cuba la kira hasil tangkapan semalaman. Tu hidup lagi tu. Cuma diorang tak boleh bergerak sebab dah melekat dekat gam tu. 

Huhu. Sebenarnya banyak jugak cara lain. Tapi rasanya cara ni macam best jek. Puas hati tengok hasil tangkapan. Huhuhu. 

Ok ni plak kotak perangkap tu. Ada 5aet rupanya. Ingatkan ada 6. Huhu. 



0 comments:

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei