Mar 26, 2016

Sport Planet Off Season Sale

at 10:57 PM 0 comments
Hi luf...

Hari ni kami singgah kat Star Avenue semata-mata nak pi Sport Planet Sale ni. 
Parking kat basemen free lagi buat masa ni. 
Kami naik lif terus ke tingkat 4.
Lokasi sale ni depan surau. Area food court. 

Lokasi: Level 4, Star Avenue lifestyle Mall, Jalan Zuhal U5/177, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam

Antara barangan yang dijual di Sport Planet Off Season Sale:
- kasut dewasa & kanak-kanak
- slipper
- stokin
- pakaian
- barangan sukan
- raket badminton
- beg sukan
- bola
- sport bra
- sweater
- swimwear
- tshirt
- timberland
- adidas
- puma
- dan banyak lagi

Parking: Percuma!!!

Mak tak sempat pun nak tengok semua barang sebab susah nak jalan dengan stroller yang gabak itu. So lalu lorong-lorong yang kat tempat size mak jekk. 
Dia susun kasut ikut size. Kecuali kasut timberland disusun ikut design.

Tempat baju-baju mak tak pi. Ensomi yang pi sebab dia pakai baby carrier. Mak bawak stroller. So dia la pi mencelah di celah-celah baju tu. 

Mak nanges tak sempat nak grab tshirt or sweater. 

Jom tengok gambar yang mak sempat snap. 



Ni corak wataniah. Haha. Weedot suka corak gini, tapi dia selalu guna nama nad. Katanya nad komander yang suka corak gini. Huhu. Nasib kau la nad. 

Ni smart gak.

Banyak gilakasut oiiii. 

Ni kasut bola. 

Haaa. Rambang mata. Dah la baru lepas gaji kannnn...

Banyak jugak corak yang lawa-lawa dan pelbagai kegunaan. Walking. Jogging. Hiking. Indoor. Outdoor. Dan banyak lagi !!!

Untuk bayaran, boleh guna tunai atau kad hutang. Hahha. 
Sila beratur di kaunter bayaran sama ada kad atau tunai. Jangan salah beratur ye. Mula-mula akan jumpa kaunter tunai. Then baru la berderet kaunter kad kredit. 

Bawah ni semua barang yang mak dan ensomi sempat grab. Bahaya kalau belek barang lama-lama. Abes semua nak diangkut ke kaunter bayaran nanti. 

Kasut ni RM119


Yang ni plak RM149

Yang ni kasut baby RM89

Yang ni plak RM269

Baju timberland RM69


Baju Adidas RM89



Ok lah. Sesiapa yang memang merancang untuk beli pakaian sukan disaranlan pi sini. Memang murah. 

Info lanjut layari Facebook: Sport Planet Off Season Sale


Mar 23, 2016

Makan: Asia Deli (Food Court) @ Setapak Central Mall / Festival City Mall

at 8:50 PM 0 comments

Ni kat area food court Festival City Mall / Setapak Central Mall

Level Ground (LG)

Lorong area kedai Sakura Kristal / Sushi King

Interior dia best wooooo


Nasi ayam bbq RM6.90

Ayam bbq

Half chicken RM13.90

😱 clear !!!!!!

Mar 22, 2016

Perangkap lipas kereta

at 10:54 PM 0 comments
Hi. Ermmm. 

Selalu kan. Mesti rasa sakit hati je bila bukak pintu kereta je nampak lipas kecik-kecik memcecet lari menyorok celah2 kerusi kereta.

Bagi penggeli lipas pun mesti rasa marahkan kalau nampak banyak lipas. 

Almaklumlah, aktiviti makan dalam kereta kan biasa je kita semua buat. 

Kalau tak boleh makan minum dalam kereta tu macam poyo lak bunyi nye kan. Hihi. 

Kitorang lagi la dengan anak-anak ni. Kalau perjalanan jauh ke. Dekat ke. Memang tak boleh nak halang la dari diorang makan dalam kereta. Adegan keropok tumpah dalam kereta tu memang dah biasa sangat. 

Ok. Panjang pulak intro kan. 

Dalam 3 minggu lepas, masa beli barang kat Aeonbig Wangsa Maju, saja la nak cari perangkap cicak. Ai is tak suka cicak okk. Goli dennn. 

Tapi tak jumpa pulak jerangkap cicak. Jumpa perangkap lipas jek. Maka beli la sekotak dalam RM18. Ada 6 set dalam tu. Dia guna kaedah gam dan umpan gitu. 

Benda alah tu mak pernah tengok dalam cerita doremon tau. Tu yang konfiden je beli.

Tetiba inciksomi terfikir nak tarok perangkap lipas tu dalam kereta memandangkan lipas lipas noti semakin berani menunjukkan diri semasa kami berada di dalam kereta. 

Sekali kami tarok dua set. Dua-dua letak bawah seat. Satu kiri satu kanan. 

Baru semalaman letak. Perghhhh. Hasil lumayan bak anggg. Kalau la boleh meniaga lipas-lipas ni, pasti ada huntungggg. 

Jom layan gambor hasil tangkapan. 








Hah. Kalau rajin cuba la kira hasil tangkapan semalaman. Tu hidup lagi tu. Cuma diorang tak boleh bergerak sebab dah melekat dekat gam tu. 

Huhu. Sebenarnya banyak jugak cara lain. Tapi rasanya cara ni macam best jek. Puas hati tengok hasil tangkapan. Huhuhu. 

Ok ni plak kotak perangkap tu. Ada 5aet rupanya. Ingatkan ada 6. Huhu. 



Good deal - 11street Malaysia

at 7:30 PM 0 comments
Hi !!!
Mak ni memang kaki online shopping. 

Dalam handphone mak memang banyak la apps shopping shopping shopping. 

Petang tadi mak sempat grab satu produk susu dari 11street. 

Biasanya mak beli barang-barang yang banyak sale, diskaun, kupon, yang penting murah murah murah, kualiti. 

Ok. Petang tadi mak sempat grab susu Enfagrow untuk my kids. 

Mak rasa diskaun yang dia bagi memang dah murah. Dan lagi mak guna kupon yang mak dapat dari 11street jugak - 22% dan mak guna jugak point dari Bcard mak. Mak kan selalu shopping online #duckscarves kat fashionvalet.com, so dapat la jugak points kan. 

Ni lah susu yang mak grab tadi. 


Total price RM103.20 termasuk penggantaran. 

Dengan diskaun, kupon 11street dan point Bcard, harga jadi RM51.13. Murah takkkk???  

Haha... Mak suka shopping !!!!



Farm In The City, Seri Kembangan

at 2:47 PM 0 comments
Hye Semua~~

Isnin lalu, Taska KEMAS Dato Onn Menara LPP ada menganjurkan lawatan sambil belajar ke Farm In The City dan Kilang Chocolate Beryl's.

Seronok anak-anak semua ye...

Anakku pun seronok bercerita walaupun au tahu sebenarnya dia memang takut dengan haiwan.. 
Haiwan ape dia takut? Salah soalan tu.. 
Haiwan ape dia tak takut?? Jawapannye: Takde !! Sume haiwan dia takut.. 
Kucing, ayam, arnab, semua dia takut.. 
Hey, ikan dalam aquarium pun dia takut... 
Heiiiiii lagi sekali, ikan dalam peti ais pun dia takut laaaaaa... 
hahahhahha... anak oh anak... 
dasyat sungguh la kamu ni.. 
Takpe, nanti dah besar awak belajar ye... 
hehe..

Ok.. ni serba sedikit foto masa lawatan anak-anak ke Farm In The City.

untuk foto penuh boleh layari: PENSEL ZEZE











Tertinggal Selipar !!

at 12:05 PM 0 comments
Hye Semua~~

Hah...

Ada sekali ni masa baru habis satu event, menuju la ke temat letak kereta, tetiba aku nampak sesuatu kat parking sebelah....

Jeng.. jeng.. jengg...



haaaaaa...rupanya ada orang dah tertinggal sandal..

ni mesti kes nak tukar kasut sebelum memulakan pemanduan....

sekali sandal tertinggal kat luar kete...

nasib laaa..

kalau murah tak pe la kalo nak tinggal kan..

buatnya sandal pun beli ratusan Ringgit..pitammm..

mesti orang tu blur kan...dok terfikir-fikir mane la sandal dia kan..

hihihi..

sape pernah jadi macam ni?? sengih je la kannn !!!

BLOG CLEANING SESSION

at 10:02 AM 0 comments
Hye Semua~~

Yeahh... blog cleaning session... kekadang bila tiba time rajin, blog cleaning memang sesuatu yang menyeronokkan.. haha.. masa ni la nak update post, update background, update gadjet, update label..segala-galanya la nak update kann... haaaa...

ok.. tu je untuk entry kali ni sebab tengah semangat nak buat kerja-kerja pembersihan..

Daaaaaaaa...

Mar 18, 2016

#dUCkbattle

at 11:28 AM 0 comments
Mak baru lepas #dUCkbattle...

Abes credit limit mak.. Banyak sangat pulak yang keluar bulan ni..

Caitttttt betol...

Takkan mak nak biarkan je kan...

Paling latest ni haaaaaa.... Singapore dUCk.. Monochrome jugak..

Tapi nasib baik la harga dia bukan 22... kalo harga yang 22 tu memang pitammmmmmm....

Nah mak belanja dUCk Singapore.. hihi... Senyum sinis jek...

The Singapore Scarf in Black

Kali ni battle mudah sikit.. Tak frust sangat sebab dah tau release time around 10AM. Dan mak decide untuk beli hanya satu warna sahaja iaitu HITAM. Mak tak beli yang WHITE pun. Tunggu la nanti kalau nak completekan collection mak kene beli jugak kan.

Battle kali ni tak sepayah sebelum ni. Website tak berapa crash. Cuma ada masalah semasa nak buat payment. Mungkin itu simptom-simptom traffic da mula mencanak kat website tu. Button F5 kat keyboard amat berguna. Magent0 ada jugak datang menjengah sekali sekala (Magent0 ada sejenis  paparan si skrin apabila web crash).

Dan kali ni out of stock sekitar 15 minit gak la.. start in dalam 9.56am, out dalam 10.09 dan OOS (OOS adalah term yang diorang-diorang ni guna untuk out-of-stock ye).

Kepada yang tidak berjaya, jangan risau, tunggu D restock ye (D adalah admin kepada ig: duckscarves).

Kalau yang sebelum ni memang gile masa battle Orchid LE tu, 20 jam mak battle oiiii.. Memang gilo !! yang tu paling sadis..

Tapi paling perit masa battle LE Red Square Kalei.. Perit sebab sampai sekarang tak dapat. Haha..

Setiap kejayaan memliki kotak-kotak dUCK ada cerita tersendiri. Chewah..

Sama macam cerita kehidupan kita. Kejayaan tak datang sendiri, kene usaha ye anak-anak...

Semuanya dengan izin ALLAH. Kita semua akan kembali kepadaNya jua.


 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei