Aug 4, 2013

Apa yang kena fikir bila nak tukar kereta? Senarai Harga Kereta Baru

at 12:40 AM
Hye Semua~~

Haa....kali ni kena focus lebih sikit. Hehe.

trigger: Ada sorang ni nak beli Waja yang kitorang dok pakai sebelum ni.

Sebelum harga makin turun, elok jugak kalau jual Waja tu.

Tapi macam sayang jugak la. Sebab Waja tu tak pernah bagi kitorang major problem.

Dan Waja tu tersangatlah elok. Dan dah habis bayar pun.

Lepas decide nak jual Waja, kena la fikir nak beli kereta apa...nak beli Komuter atau ERL memang diluar kemampuan la kan. Huhu.

Mula-mula cik abang sorang tu berhajat nak pakai Honda Accord atau Toyota Camry. Tapi yang kereta terpakai.

Yang cik kak sorang ni tak berapa minat sangat kereta second hand. Bukan demand ke ape, cuma little bit worry on maintenance cost. Ye la, kereta yang dan 4 / 5 tahun ni start kena tukar major part. Ongkos banyak nak kena keluar nanti. So better angkat kereta baru, maintenance awal-awal tak la mendesak sangat, In sha Allah.

Dalam 2/3 minggu tu jenuh jugak la fikir nak beli kereta apa. Habis semua brand kereta kitorang survey harga, features dan yang agak penting, promotion. huhu. Tapi stakat survey kat internet. Cuma cik abang je rajin pi kedai used car pi cari kereta.

Tapi bila dibincang dan difikir, kami decide untuk beli kereta baru.

Toyota, Honda, Hyundai, Peugeot,Mitsubushi, Kia, VW (yang ni berangan je la), Nissan, Mazda, Ford dan banyak lagi la.

Ni antara senarai kereta yang kitorang survey (kat internet jek)

(Harga Semenanjung Malaysia *price from)

Honda Civic 1.8L RM115, 980
Honda Civic Hybrid RM119,980
Honda Accord RM142,815
Honda City RM85,980
Honda CRV RM148, 800
Honda CRZ RM119,800
Honda Freed RM99,800
Honda Insight RM99,800
Honda Jazz RM74,800
Honda Jazz Hybrid RM89,900
Honda Stream RM158,995
Toyota 86 RM243,015
Toyota Camry RM149,915
Toyota Corolla Altis RM106,617
Toyota Vios RM72,417
Toyota Avanza RM66,220
Toyota Innova RM97,734
Toyota Rush RM88,491
Toyota Fortuner RM170,443
Toyota Hilux RM76,305
Toyota Prius C RM97,313
Toyota Prius RM139,915
Peugeot 208 5 Door 1.6L RM85,888
Peugeot 208 3 Door 1.6L RM95,888
Peugeot 308 VTI 1.6L RM102,888
Peugeot 308 Turbo 1.6L RM121,888
Peugeot 308 Griffe 1.6L RM132,888
Peugeot 3008 1.6L RM146,888
Peugeot 408 2.0L RM109,888
Peugeot 408 Turbo 1.6L RM128,888
Peugeot 5008 1.6L RM159,888
Peugeot 508 Premium 1.6L RM169,888
Peugeot RCZ 1.6L Auto RM243,888
Hyundai i10 RM52,888
Hyundai Elantra RM88,901.50
Hyundai Veloster RM116,901.50
Hyundai Sonata RM145,903.80
Hyundai Tucson RM131,903.30
Hyundai Santa Fe RM163,888
Hyundai Grand Starex Royale RM153,922.20
Mitsubishi I-Miev (Electric) RM136,118.50 (OTR without insurance for private)
Mitsubishi Mirage RM55,328.65 (OTR without insurance for private)
Mitsubishi Lancer 2.0 GT RM125,467.80 (OTR without insurance for private)
Mitsubishi Lancer Sportback RM131,331.80 (OTR without insurance for private)
Mitsubishi Lancer Evolution RM330,072.10 (OTR without insurance for private)
Misubishi ASX RM139,981.50 (OTR without insurance for private)
Nissan Almera RM66,813.90
Nissan Teana RM141,815.30
Nissan Sylphy RM114,895.30
Nissan Latio Hatchback RM99,830.60
Nissan Latio Sedan RM89,827.00
Nissan Sentra Sport RM85,777.00
Nissan Grand Livina RM86,827.00
Nissan Livina Autech RM105,815.30
Nissan Serena RM136,530.60
Nissan Elgrand RM398,361.40
Mazda 2 1.5 Sedan from RM70,668 (w/o insurance)
Mazda 2 1.5HatchBack from RM75,816.62 (w/o insurance)
Mazda 3 from RM106,674 (w/o insurance)
Mazda 3 MPS from RM179,929.40
Mazda 5 RM153,019.60 (w/o insurance)
New Mazda 6 from RM159,445.50
Mazda RX-8 from RM226,669 (w/o insurance)
Mazda MX-5 from RM220,000 (w/o insurance)
Mazda CX-5 from RM136,943.70
Mazda CX-7 from RM258,008 (w/o insurance)
Mazda CX-9 from RM322,404.60 (w/o insurance)
Ford All New Kuga from RM159,999
Ford All New Focus from RM115,903.30
Ford All New Focus ST from RM208,903.30
Ford All New Ranger from RM69,999.00
Ford Fiesta from RM70,011.15
Ford Mondeo from  RM193,903.30
Ford S-Max  from RM198,903.30
Ford Everest from RM 151,458.50
[website Naza Kia buat masa ni loading sepanjang zaman - tak dapat nak senaraikan harga]

 (senarai harga berdasarkan maklumat di dalam website jenama kereta - hanya sebagai panduan)


Memang pening jugak la fikir nak pakai kereta apa lepas ni. Bayaran bulanan kereta lagi. Maintenance lagi. Yang lain-lain lagi nak kena bayar, rumah, taska, makan, minum, utiliti, barang dapur.. oiiii...memang pening. Dah la sebelum ni WAJA tu dah habis bayar, kalau tukar kereta, ada pula tambahan tanggungan. Poning Mak Jemah.

So, perkara ni yang patut difikirkan dan dipertimbangkan bila nak tukar kereta / beli kereta baru:

1. Kereta Baru atau Kereta Terpakai?

2. Kalau Kereta Terpakai, kena fikir kondisi kereta tu, da berapa tahun, milage, keadaan enjin, interior, exterior, maintenance after, dan value sama ada berbaloi atau tak. Sebenarnya, banyak lagi yang kena pertimbangkan. Kena jugak pandai tengok kereta, ye la, sama ada kereta tu pernah accident atau tak, major problem, pernah masuk air ke tak. Banyak jugak risikonya.

3. Harga kereta - Bayaran bulanan, MAMPU KE KAMU?

4. Maintenance Kereta, Minyak jimat ke tak, Bateri mahal ke murah, senang dapat spare part atau tak, insurans tahunan, road tax. Fuh!!! $$$ terbang!!!

5. Nak pakai berapa lama? 2 tahun? 3 tahun? 5 tahun? 9 tahun? selama-lamanya?. Kalau bercadang nak tukar-tukar kereta, sila pertimbangkan untuk beli kereta yang value tak terlampau turun/jatuh. Menyesal nanti.

6. Jangan lupa pertimbangkan keluasan bonet. Sedan atau Hatchback? Pilih la betul-betul ikut keperluan, jangan nak tengok design semata.

7. Transmisi Manual atau Automatik? Atau Dual?

8. Yang agak penting, keselamatan!! sila tengok safety features bagi kereta idaman masing-masing.

9. Pengguna kerap/tetap - 1 orang? 2 orang? 3 orang? 5 orang? 7 orang? ini penting untuk keselesaan bersama. :) buat pilihan bijak dengan memilih bilangan seater yang berpadanan dengan bilangan ahli keluarga. :)

10. Apa lagi? sebenarnya banyak lagi.. tapi setakat ni, ni je yang saya ingat. hehehehhehe...




so, kereta apa kami beli?

criteria pemilihan kereta kami, 5 pintu, auto, maintenance free for first 3 years, sistem best, interior menarik, exterior cantik, unik, safety features pun best....

kereta apa??

hehehhe... kereta biasa je laaa....


49 comments:

Anonymous said...

Nak ringkas dan jimat - Viva, Saga
Nak handling - Preve
Nak cantik - Elantra (bawah rm100k)
Nak higher kualiti - Vios, City (bawah rm100k)
Nak prestige - BMW, Merc
Nak prestige, murah sikit - Accord, Camry
Nak prestige, murah lagi - Civic, Altis
Nak resale - Civic, Vios
Nak US touch - Chevy
Nak space (murah) - Exora, Alza
Nak MPV (murah) - Avanza, Livina
Dll

amran on August 4, 2014 at 10:13 AM said...

pakai je waja tu.tak yah tukar.duit leh menabung utk masa depan.tu semua nafsu je tu... :)

Anonymous said...

Poyo je...tak semua 2nd hand tu tak elok kena pandai belek laaaaa.....husya kereta semua yg ratus ribu jerk....huhuhu..poyo sgttt

Anonymous said...

Itu ler melayu punya sikap...habis hutang tambah hutang lagi bnyk...ikut sgt kata bini..pompuan skrg..bini2 skrg memang berlagak mana nak pakai kereta seat yg dah kena duduk dgn pompuan lain..gatal bontot katanya....beli jerlah kereta 2nd yg berlambak kat used car tu cash..takdelah pening kepala tu nak bayar bulan lagi..nak bayar maintenance lagi..mcm2 nak bayar...jgn ingat kereta baru sebulan dua tak buat taik...contoh preve...pakai sebulan dh mcm2 hal ada..bab2 kereta ni sebenarnya terpulang pada orang yg mengunakan nya..cara kau org guna kereta tu mcm mana...kalau mai tekan minyak tunggol batu hari2 ko lompat..jgn kata kereta baru kuar kedai..kereta baru kuar kilang pun boleh rosak beb...bab pakai kereta simple je..sendiri mau ingat..sendiri pandai jaga..insyaAllah xada hal punyalah....cau..

Anonymous said...

Maintenance kereta sama je dol...tak kan lu pakai audi lu nak budget harga part macam harga part myvi...kalau kereta tu besar mestilah maintenance partnya lain dr kereta murahan mcm perodua beb.....kalau nak beli kereta jgn pikir pasal maintenance..kereta mcm org jugak..lu jaga elok takdelah nak meragam kereta tu...so jimatlah duit tu dr merepair sana merepair sini...tepok dada tanya selera..jgn ikot bini...huhuhh..ikot bini badan binasa..hahhahahh...

Anonymous said...

Saya pakai chevrolet aveo 2004 hingga kini 2014 dah habis bayar still good condition. Accident free. Engine senyap. Air cond sejuk. Dari saya beli service aircond 1x. Still mantop. On the road expecially highway sedap je bawa. Walaupun ada pendpt mengatakan sale value x de tapi kualiti bagus. Dah bagus nak jual pun sayang. Ada chinese nak beli kita saya x jual. Masih pakai sampai sekarang. Kelebihan chevys, engine senyap, pemanduan lancar, maintenance mmng mahal tapi jarang sekali nak tukar barang. Bandingkan maintenance murah tapi kerap tukar barang dah selalu bermasaalah mana agaknya yg anda pilih. Just pendapat ikhlas saya. Sedang berfikir nak ambik model cruze pula sbb saya sudah rasai keselesaan pemanduan chevys.

Anonymous said...

SAYA DOKTOR BARU NAIK PEGAWAI PERUBATAN SETAKAT INI GUNA NISSAN ALMERA JE LEPAS NI MCM NAK AMBIK MYVI@VIVA UNTUK MENJIMATKAN LAGI MINYAK. RARE AMIK ALMERA BULAN2 TINGGI LAGI BAGUS MENABUNG UNTUK MASA DEPAN JGN TERBURU-BURU BELI KERETA LUXURY NI. BAIK AMIK ALZA ATAU KERETA NASIONAL ITU PENDAPAT SAJA NNT MENYESAL MCM SAYA DARI BELI BESI BAIK BELI RUMAH ^_^

Anonymous said...

Beli kereta apepun ikut kemampuan kita tp kena bijak dlm pengurusan kewangan. Ada org ckp rugi beli kereta baru ada org plak kata jgn beli second sbnrnya nasihat tu bagus tp yg nk memakai n merasa kepuasan adlh kita sendiri so kesimpulannya nikmatilah hidup ini sementara masih hidup n the same time taatla pd maha pencipta.

syafiq.toyota 017-236 1340 on February 26, 2015 at 10:30 PM said...

Review terbaik dari ladang, terima kasih tuan-tuan semua. VIOS, HILUX & FORTUNNER lebih sporty dengan varian TRD sportivo, lebih nilai dengan wang anda. Bminat?? Boleh hubungi 017-236 1340 authorised toyota advisor (whatsapp 24/7) tempahan seluruh malaysia
http://www.mudah.my/Toyota+Hilux+TRD+NEW+2015+Fortuner+Hiace+Altis-33364846.htm?last=1

Anonymous said...

terima kasih pada pemilik blog kersna sudi berkongsi cerita. Hairan bila baca gaya bahasa beberapa komen lepas. Sudah la bertandang ke blog orang, komen pula tanpa budi bahasa. Normal utk komen positif atau negatif, tapi biarlah dengan penuh berhemah.

Anonymous said...

Sudah nak setahun tread ni.. Memang tak sudah - sudah semua orang membeli.. memakai.. Jual. .Beli lagi.. Dan pusing2 di situ... proses inilah yg menjadi kan bisnes kereta Maju. . Ekonomi pun jadi Maju. . Jika tiada permintaan. . Tiada pengeluaran.. dunia oh dunia sementara.. Ikut lah kemampuan dan keperluan. . Ada orang perlukan kereta yang bagus kerana banyak travel.. Ada yang kerja selalu dlm opis je.. jalan jauh jarang sekali.. ada yang tidak mampu hanya naik motor bawa anak dan bayi.. terdedah kepada bahaya.. so ia jadi ke keperluan. Dan perlu diusahakan.. .semua niat kerana Allah...

Anonymous said...

Beli kereta ni kena ikut citarasa sendiri. Jangan ikut2 orang. Kalau kereta dah 10 tahun pun kalau masih ok, buat apa beli yg baru. Tak dinafikan imej juga penting. Tapi ikutlah kemampuan sendiri. Di negara2 maju, orang buat loan maksimum 5 tahun sahaja. Saya bergaji rm10k. Saya masih pakai Proton lama saya. Kita ni suka tengok kereta lain atas jalan. Nampak kereta sebelah pecut laju sahaja, dah rasa tercabar. Rakyat Malaysia hidup dalam hutang. Ekonomi rakyat berlandaskan hutang. Kalau bukan stay di Lembah Klang dan sekitar, mungkin tak perlu sangat kereta mahal. Kalau duduk pekan kecil, kereta biasa2 sudah memadai. Banyak belanja sampingan sebenarnya pakai kereta ni. Tak boleh baget cukup2, kena ada spare duit.

Anonymous said...

Aku gaji basic 14k.Grad oversea Uni of Cardiff tahun 2004.Senior Manager di salah satu company Germany paling besar di Malaysia.Umur 33.Ada elaun rumah.Ada elaun kereta.Bini tak keje.Kereta apa aku pakai?Vios model lama.Jimat.Bini aku,aku belikan Alza senang nak kemana-mana.Rumah kat mana?Sime Darby Denai Alam Superlink harga 850k.Ada sebijik lagi condo kat Kota Damansara aku sewakan.Orang Melayu memang pandang status melalui kereta.Duduk flat makan nasi dengan kicap takpe,asalkan dapat tunjuk depan kawan2 kereta baru.Bangang.Aku bukan poyo tapi ni realiti.Dan aku bukan anak orang kaya.Aku belajar betul2.Kalau dah memang bos,aku datang naik kancil pun orang tetap panggil aku bos dan terima gaji seorang bos.Mana yg macai,berabis gaji kat kereta pun kau masih macai.So apa ada pada kereta?Yg penting hidup kita kena kualiti.Anak-anak dapat yg terbaik.Sedekah pada mak ayah berterusan.Cer tanya diri sendiri..kebajikan mak ayah ada buat kira2 tak?Kereta kemain detail kira2 nya

Unknown on November 9, 2015 at 1:41 AM said...

👍👍

Unknown on November 9, 2015 at 1:42 AM said...

👍👍

Anonymous said...

Kesimpulan last cerita nak bg tau tu bagus.. Tp xyah cerita panjang lebau hal diri tu.. Kalo org baca tu org dah nmpak riak dah tu.. Apa2pun mmg sokong isi last yg nk disampaikan tu..

Anonymous said...

Sy setuju dgn pndapat DR. sy dh 40+. Minat kete small hot hatch..lg suka 2 door sport. Tp setakat ni 3x tuko semua 4 door compact. Swift sy 1thn lg nak abis bayar teraa cm nak amik CRZ 2nd. Tp fikir samada nak sedap pegang extra 900+ dlm tgn every month or spend 9thn lg mmbayar. Ikut nafsu nak amik je..kata kwn bila lg nak reward yrself..jgn mati kempunan.. ye juga tp being prktikal.. perlu ke..ikut nafsu or keperluan.. Swift 2007 still running gud..cuma minor wear n tear .. so apa pendapat uols org2 muda

Unknown on November 30, 2015 at 9:59 PM said...

Saya setuju la dgn pendapat awk.. rs cm jd je la nk tuko... ermmmm pendapat awk

Anonymous said...

Saya seorg bisnesman restorn sehari untung RM3k+- , hanya naik kereta Viva ja,,.kenapa kamu yang makan gaji sanggup belanja wang yang banyk demi sesuatu yang xmenguntungkn..xsalah nk beli demi keselesaan..tp fikir...selesa dalam kereta lebih utama atau selesa dgn lebihan ringgit dalam penyimpanan yang myebabkn anda berasa kurang risau makan minum pakaian sakit demam anak anda..dan yang penting masalah sengkek di tengah bulan dapat diatasi..dgn lebihan duit tu boleh la menderma kerana Allah swt. Fikirkan beza kehendak dan keperluan

Anonymous said...

saya pula gaji sebulan 180k..
bekerja sebagai MD di salah satu syarikat pengeluar kereta di malaysia ni.
dan org selalu pgil saya MD(manager director) walaupun hari2 saya pegi keja hanya naik kereta kancil
org tanya knp gaji besar naik kancil je pergi kerja
saya jawab balik buat apa kalau gaji besar tp banyak hbiskan utk kereta .. daripada hbiskan utk kereta baik saya derma kepada anak yatim ..
itu lebih penting kerana hidup di dunia ni bila kita diatas kita jangan menindas org dibawah . tuhan beri kita kemewahan sebenarnya utk kita bantu mereka2 diluar sana yg berada dalam kesusahan..
as salam

Anonymous said...

Kalau kerja ngan company org lain..pangkat besar mana pun tetap kuli juga..lainlah kalau owner company tu...kereta mewah atau kecil terpulang pada keperluan..yg penting bijak dlm pengurusan keewangan..

Anonymous said...

gaji saya 5000 sebulan.saya pergi kerja naik honda wave 125 saja.rasa lemah nak pergi kerja naik kereta sebab jem teruk.saya cuma ada iswara buruk tahun 1998.tu pun ayah saya yg bagi.lepas ni rasanya nak beli kereta lain yang jimat minyak. perodua axia std e adalah pilihan terbaik bagi saya kerana ia murah dan jimat minyak.bulanan pun 200++ saja.beli kereta mahal2 ni kerajaan yg untung lebih sebab cukai yang tinggi.insuran pun mahai jugak.memang rugi sungguh beli kereta ni.

JOHOR MASTERBLOGGER on May 9, 2016 at 5:13 PM said...

Kenapakah banyak sangat diskaun tahun 2016 ni? Used car dealer macam tersepit.. new car dealer macam kene paksa bos.. yang capai target kocek penuh. . Yang tersorong-sorong suruh orang beli kereta ni kenapa .. haha

Unknown on May 15, 2016 at 5:51 PM said...

🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊

📻 Berita baik utk peminat Investment Daily Pasif Income 1% - 3.5% profit tiap -tiap hari sampai total untung 150% per pack..

💾 Program Terbaik!..
Global!..Real company!
dan Real Bisnes! Bonus Binary@pairing 10% daily (carry forward kaki panjang)..

👥Sponsor bonus

✅Level1=13%
✅Level =2%

🗣Dah mula Hangat Di Malaysia!...modal bermula hanya usd20..jgn lepaskn peluang hebat ini!

Kalau setiap org join $20 shj dan boleh taja 2org👥 dlm sehari...lihat apa terjadi⤵

➡Hari pertama dpt $2
➡Hari ke2 dpt $4
➡Hari ke3 dpt $8
➡Hari ke4 dpt $16
➡Hari ke5 dpt $32
➡Hari ke6 dpt $64
➡Hari ke7 dpt $128
➡Hari ke8 dpt $256
➡Hari ke9 dpt $512
➡Hari ke10 dpt $1024
➡Hari ke11 dpt $2000
➡Hari ke12 dpt $2000
➡Hari ke13 dpt $2000
➡Hari ke14 dpt $2000
➡Hari ke15 dpt $2000
➡Hari ke 16 dan sampai hari penghabisan company $2000 tiap2 hari! dgn hanya 1acc sahaja

Jika company hidup setahun $2000×365 hari=usd730,000×rm4.3=
Rm3,139,000 dgn 1 acc bayangkan....best ke besttt betulll...

🛃Daftar secara percuma sini⤵

www.beonpush.com/s/wangbesar

Wassap untuk info2 dan aktifkan pack akaun anda.

💭💰🗯💰💭💰🗯💰💭💰

01113062488 wassup

sams on May 22, 2016 at 10:38 PM said...

Setelah membaca komen-komen di sini, sebenarnya siapa yang riak dan hendak menunjuk-nunjuk? Orang yang dengan terus terang menyatakan kemahuannya hendak membeli kereta berdasarkan pertimbangan dan kaji selidik yang banyak dan secukupnya atau mereka yang mengaku berkerjaya hebat, gaji yang tinggi tetapi hanya menggunakan kereta cabuk atau motorsikal tua?

Sipenulis atau orang-orang yang seangkatan dengannya mungkin kelihatan menunjuk-nunjuk kemampuannya dan minatnya kepada kereta tapi sebahagian yang komen di sini pula menunjuk-nunjuk tentang kerjaya, tentang gaji, tentang kebajikan dan sedekah dan tentang harta yang telah dikumpul kerana tidak membeli kereta... SIAPA LEBIH RIAK? Kita timbangkanlah sendiri.

Lain orang, lain minatnya. Lain orang lain caranya menyimpan. Lain orang lain tempat ia menghabiskan duit. Ada orang lebih banyak masanya dalam kereta daripada berada di rumah...sudah tentu dia perlukan kereta yang lebih selesa. Jadi jangan kita cepat membuat kesimpulan tentang seseorang.

Unknown on June 1, 2016 at 10:10 AM said...

ni citer psal kete ke psal gaji korang bahhaha hanat

Anonymous said...

Ikut minat masing2..bg saya pulak buat apa simpan duit bkepuk kalau xenjoy duit tu..simpan boleh tp jgn sampai kedekut dgn diri sendiri..kalau mampu apa salahnya beli ikut kehendak sendiri..kalau semua org fikir mcm encik2 kaya yg gaji puluh ribu tp pakai kancil..abes la industri kete dan engineer2 yg buat kete tu.kita keje utk apa?selain memenuhi keperluan asas kita juga ada kehendak..kehendak ni perasaan yg mmg tuhan cipta dr azali.sbg contoh..kebanyakan perempuan suka kete mewah sedangkan bukan semua perempuan tu lahir dr ibu dan bapa yg sama..jauh sekali sekolah yg sama..tapi kehendak mereka sama..maksudnya perasaan tu bukan dibuat2..so bila mampu beli lah..enjoy duit tu..simpan pun wajib tapi jgn smpai kedekut dgn diri sndiri..kalau da tua nak guna pun utk anak2..kalau umur sampai tua la..kalau x,sia2 je menahan perut,xsempat merasa duit yg disimpan bkepuk2..reward your hard effort..siang malam bekerja....so masa muda ni la kita patut simpan tapi tetap enjoy duit yg ada..bg saya rugi je gaji puluh ribu tapi menahan perut demi utk menyimpan semata.
Saya Ada sorg abang jgk mcm ni..keje dia mcm2..dr driver van skola sampai penternak ikan semua dia sapu..pg buta anta budak skola,ptg buat uber,mlm anta org ngaji/tuition..laki n bini buat benda sama..trip byk dr pg sampai mlm..sebulan dpt rm5k sorg..mungkin da biasa susa bila spt duit yg banyak dia sgt menyimpan..skg baru beli buldozer baru utk buat ecopark dkt tanah yg br dia beli..kete xde,pakai van cabuk je blk kg..duit bkepuk sbb (pnah tgk saving book dia atas urusan ttu)pastu pakai phone lama mrk laki bini ni..keje dr awal pg smpai lewat mlm..sabtu n ahad pun keje..kalu tgk abg sy ni da macam bangla pun ada..sbb xcukup rehat n muka xceria..yg bagusnya bila anak dorg mintak laptop dia tanpa pikir panjang trus bg cash kat saya suruh beli laptop yg bagus utk anak dia..so sy ckp imac bagus,tapi mahal..dia ckp xpe asalkan anak dia pakai benda bagus utk belajar sbb dia xbelajar tinggi..klengkapan belajar anak mmg tip top sgt..tapi dia sndiri xpakai smartphone..saya pun ceramah la sket kat abg sy ni..buat apa la abang keje siang mlm xde rehat semua tapi xreward diri sndiri..jgn kadi hamba duit..esok2 kalau ajal smpai anak jgk berebut..xmerasa la abg mkn duit tu..simpan tu simpan jgk..jgn smpai kdekut sgt dgn diri sndir..beli la phone baru..baju n seluar baru..bukan nak menunjuk..tapi reward utk diri sndiri..bila lagi nak enjoy duit tu??kalau da tua nati nak travel pun xlarat..last2 anak jgk yg makan..kita hidup bukan bole ulang masa..gunalah duit skit utk kehendak hati..
Terus abang saya ajak gi kl(sy duk kl sbb keje) beli iphone6..saya bawak gi the curve beli baju situ..mkn kat tony romas..haa ni baru la reward utk diri sndiri..merasa mknan yg xpenah kita rasa..mgkin encik2 yg gaji puluh ribu bole try gi mkn kat restoran terapung dan terbang ke..abg sy mampu tony roma je..ingat!simpan tu wajib tapi berpada2..reward yourself! Live your life to the fullest!!

Unknown on July 10, 2016 at 8:32 PM said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kenderaan akhir kita ialah keranda

Anonymous on July 20, 2016 at 2:55 PM said...

Hihihi kelakau betul baca comments sume ni. Macam2 😂

Anonymous said...

Aku gaji cuma 1200 termasuk OT tapi aku rilek je pakai nissan fairlady gi keje. Yg mana gaji besar pakai viva tu harap boleh bunuh diri lah sbb kedekut cam babi. Tengok aku, rilek je keje kilang walaupun daddy aki tiap2 bulan pujuk suh masuk company dia megah holding gantikan jawatan ceo dia..tp aku tak mau kerana belum puas enjoy.

Unknown on December 27, 2016 at 2:36 AM said...

Salam..byk komen no...sy pun tgh cr kete...ank 4..dah ada kncil..mmg sesak..nk bw mak jln skali pun x muat..tgk dlm komen gaji bepuluh ribu pkai kncil ..viva...btoi ka ni...

Unknown on February 13, 2017 at 7:00 PM said...

Vios 2nd model ok tak?igt nk beli yg secondhand minat sgt..lgpun nk pkai utk bujang dan slamanya

Unknown on March 13, 2017 at 8:47 AM said...

Adoiii klo rasa mampu pkai jela ape2 kete pn..korg dok bajet2 smpi bila nk menongkat dunia?keje penat2 tp berkira2 dgn diri sndiri..klo dh minat suka beli jela..duit blh cari..impian dan keinginan 2la yg harus diutamakan..sayangi diri sndiri..

Unknown on March 13, 2017 at 8:48 AM said...

Klo rasa minat bli je..life kita minat kita ..xpayah nak bkira sgt..

Anonymous said...

Saya gaji 13 juta, grad dr university of canabis amerika selatan tp gi kerja rilek je naik rg sport kah kah kah!!!! Apela komen korang merepek cam niyang rapik dahh.. Puiii

MSZ Creative Printing on June 26, 2017 at 1:44 AM said...

Memikirkan pilihan antara Exora & Avanza memang merumitkan. Saya pun belum putuskan mana lagi elok untuk saya belikan (hutang). Rasa-rasanya nak pakai Avanza 1.5cc lah. Penjimatan minyak & RV tinggi andai terpaksa jual balik.

Tapi bila mikir pada ruang & keselesaan, teringat kat Exora. Enjin 1.6cc + Turbo. Power tu. Cuma, cerita ttg Oil Cooling Hose tu agak menakutkan juga andai terjadi. Siapa nak musibah.

Anonymous said...

Something is not right about our community...brother ni post pasal kereta nak tanya pendapat pembaca blog ...tapi melalui komen, rata-rata condemn brother ni..why not komen based on topic instead of bashing this guy membazir la, riak la..mari sama2 sama termasuk kita semak hati masing2...most of the netizen skrg ada masalah hati..tak percaya pergi facebook and tgok komen2 yg ada..

Unknown on August 5, 2017 at 7:06 PM said...

Wa setuju lu punya statment

Anonymous said...

Beli je kereta pe yg bro minat..duit bro..hidup hanya sekali je..klu dh gaji 20 ribu sbln dok pakai viva...baik pi mati la cpt2..hidup mcm robot je..buat apa

Anonymous said...

Hahaha.. tk abis lg komen kt sini ingat dh stop dh. Beli la kereta selesa sikit, kalau bkn utk ko pikir la anak bini tu, tu la harta dunia yg sebenarnya...

catherine william on August 8, 2018 at 9:49 AM said...

Kami adalah organisasi perundangan yang diwujudkan untuk membantu Orang yang memerlukan bantuan, seperti bantuan kewangan.

Jadi jika anda atau anda berada dalam masalah kewangan dalam kegawatan kewangan, dan anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membayar bil anda, memulakan perniagaan yang baik, atau telah meminjam lebih banyak Masalah dari tempatan bank, hubungi kami hari ini melalui E-mel: di catherinewilliamloancompany@gmail.com

E-mel: catherinewilliamloancompany@gmail.com


Permohonan pinjaman termasuk:

  Nama: _________
  Alamat: _________
  Negara: _________
  Kedengaran: _________
  Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: __________
  Tujuan Pinjaman _________
  tempoh pinjaman __________
  Pendapatan bulanan: _________
Telefon: _________

Sila hubungi kami melalui e-mel

E-mel kepada kami: catherinewilliamloancompany@gmail.com

Abe on March 3, 2019 at 11:14 AM said...

Sapa ad pakai lancer kt sini best x part dia mahal sngat ke lebih kurang je

Unknown on April 8, 2019 at 9:33 PM said...

Saya pakai lancer sportback, part x de la Mahal sngt,part senang Cari bersepah.. kalau cvt rosak baru Ada la puluh k jugak.. jadi upgrade la cvt cooler besar sikit.. 🤭🤭

Unknown on August 19, 2019 at 12:08 AM said...

Tak kisah pun sbnrnya nk pakai keta apa..janji bro dh kira siap all expenses..tk salah utk keselesaan n safety utk family kita juga..kita susah ke senang ke kita juga yg menanggungnya..think smart and act smart..carilah harta dunia dan akhirat serta sentiasalah Mengingati Allah..kerana Dialah yg Meminjamkan segalanya yg kita ada di muka bumi ni..semoga kita semua success dunia akhirat aminnnn3...

Ameer on January 14, 2020 at 3:34 PM said...

Aku rasa bagus die cerite gaji die apa die pakai. Kan dpt gambaran penuh mcmana sesetengah org masih hidup tidak bertuankan nafsu. Ade kesedaran tu tuan utk saya tentang hal anak2 dan org tua tu

Rayyan King's on December 28, 2020 at 2:03 AM said...

Aku rileks jer dok setinggan walopon ank kerabat raja...kahkahkah

Meme.Wafa on January 9, 2021 at 2:27 PM said...

Saya bsrcadang utk beli kereta 2nd hand ford mondeo ecoboost 2.0 turbo tahun 2012.. saya cuma nak tahu samada sparepart ford nie senang atau susah utk cari? Dh harganya mahal ke utk maintain?

Anonymous said...

Aku manusia dari tahun 2020. Aku baca je komen korg sambil gelak². Ada yg jadi hamba duit dalam ni. Hidup ni simple je. Enjoy your life tp jgn smpi lupa tuhan. Sampai masa tuhan pngil balik, balik la. Ade duit byk pn bkn bole sambung nyawa jd lebih pnjg ��

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei