Memandangkan perutku makin memboyot, maka....tahap kelaparan semakin meningkat....
Apatah lagi tahap keTAMAKan semasa memilih makanan di cafe (Office ku)
Pagi tadi makan 3 kueh (Sebelum preggy makan 2 kueh jek)
Tengah hari pulak makan nasi+ayam+sayur + 3 plastik buah (Tembikai merah, tembikai susu, betik)
Masa tengah syok-syok amik makanan yang banyak tuh, tetiba teringat,
"EH...CUKUP KE DUIT AKU ADA RM5 JE NIH??"
Dalam hati cakap camni (nak kasi sedap hati) ...
"Cukup kot, xkan xcukup"
Masa nak bayar, Makcik cafe cakap camni,
"haaaa...ni cik abang tinggalkan duit, nah ada balance lagi RM1"
Aku senyum je....dalam hati cakap
" Wahhhhhhhhhhh...dah la tamak amik makanan banyak, Siap dapat balance duit RM1 lagi"...
Ni sekarang ni dok tersandar kekenyangan....
Kalau la anak dalam perut ni boleh bercakap, mesti di bagi ayat camni kat aku,
"Mama.............!!! Sempit la !!! Banyak sangat mama makan ni kenapa??? "
HEehehehHehehhe....!!!!
Bila fikir-fikir balik, Husband aku tinggalkan duit kat makcik cafe untuk bayor makanan bini and anak dia dalam perut ni, sweet kan....hahhahahahah!!!
0 comments:
Post a Comment