Nov 10, 2010

Kanser Servik.. Apa korang nak kata?

at 3:57 PM
Hye Semua~~





pssttt..!!! Click for support... And...Thank You So Much....!!




On behalf of all the women in your life, take your Pledge   profile image

On behalf of all the women in your life, take your Pledge

Cervical Cancer is mainly caused by a virus called the human papillomavirus (HPV). It is specific to women and is preventable. Protect your BFFs, sister, mother, and loved ones from cervical cancer. Thousands of Malaysians are making a Pledge to protect their loved ones from cervical cancer. Fight Cervical Cancer! Pledge now!



Kalau dengar je pasal Kanser, semua orang takut..
tak kira la kanser ape, mmg dikatakan membawa maut...
harap-harap kita semua dilindung daripada penyakit yang memudaratkan kesihatan. Amin..



Jom blaja serba sedikit pasal kanser SERVIK


Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit di mana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.




Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah


Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?


Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun. 
    •  Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')

     


    Apakah ujian yang mengesahkannya?

    Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
    Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
    • Full blood count
    • Liver function test
    • Renal profile
    Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

     

    Apakah rawatan yang disediakan?

    Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
    Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

    • Pembedahan
    • Radioterapi
    • Kemoterapi

    Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.




    Mencegah lebih baik dari merawat.

    Amalkan cara hidup yang sihat.


    Setia pada pasangan anda.


    Lakukan pap smear setiap 3 tahun.



     Rujukan: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/UjianKanserServik.php


    Click And Pledge!!


    pssttt..!!! Scroll up and Click for support... And...Thank You So Much Again....!!

    0 comments:

     

    EPISOD PENSIL
    Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei