Jul 13, 2010

Bile tarikh lahir korang?? - ASTRONUMEROLOGI

at 10:03 AM
Hye Semua~~

minggu lepas aku kursus Crisis Management...
penceramah ada ajar baca rahsia tarikh lahir...
dalam kursus tu, masa buat kira-kira tarikh lahir, penceramah guna tarikh lahir aku dan minta sume orang kira untuk tarikh lahir aku..huhu..malu je diorang tafsir tarikh lahir aku..
ok..ni hasil pencarian aku kat internet n dari kursus yang aku g aritu...meh nak ajar sket...

mula-mula korang masukkan tarikh lahir dan mula mengira...
macam kat bawa nih...

**klik gambar untuk besarkan**

ok...nnt korang akan dapati banyak nombor...
tgk nombor dalam kotak J hingga kotak W

macam contoh kat atas ada kombinasi nombor-nombor ni:

391 (JKL)
916 (KLM)
393 (JKN)
716 (PLM)
936 (V,K+N,J+N)
472 (M+P, L+P, W)
843 (S,T,S+T)
173 (RPN)

KOMBINASI MONBOR BOLEH PELBAGAI..KALAU NOMBOR TU SEBLAH-SEBLAH, MAKSUDNYA SANGAT HAMPIR DENGAN MAKNA NOMBOR-NOMBOR SEPERTI BAWAH NIH...tapi tak leh guna nombor dalam kotak yang sama bnyk kali...guna sekali jek...

ok..ni antara maksud-maksud yang aku blaja masa dalam kursus...

kalau ade nombor-nombor nih, adalah perangai/bakat yang boleh mula korang cungkil..huhu...

191 - TAK BOLEH ADA RAKAN NIAGA
123 - ADA KEKUATAN SUARA (PENYANYI, PENSYARAH,PENCERAMAH)
11 - SANGAT BERDIKARI
279 - POPULAR, HUBUNGAN SULIT

393 - KEJAYAAN YANG SINGKAT
966 - MUDAH UNTUNG
71 - MUDAH DITIPU
11 - DITIKAM BELAKANG

156 - KERJA LUAR/OUTSTATION
279,729 - MUDAH MEYAKINKAN ORANG, VIP
56 SANGAT BERHATI-HATI DENGAN WANG

459 - GERAK HATI/ILHAM
456 - TERLIBAT DALAM WANG/RASUAH
786 - ORANG SUKA BERI TANGGUNGJAWAB
246 - BIDANG SYARAHAN/CERAMAH

123,213 - KEKUATAN SUARA, KADANG-KADANG CAKAP LEPAS
426,246 - PANDAI SYARAHAN/CERAMAH, ADA IDEA UNTUK DISAMPAIKAN
72,27 - SANGAT MENAWAN DAN MUDAH MEYAKINKAN/TARIKAN ORANG/PELARIS

573 - VIP, DUIT HABIS DIAMBIL ORANG, MESABOTAJ/DISABOTAJ

235 - BEREMOSI, MUDAH TERUSI, BARAN

336 - BOROS/DERMA



NOMBOR AKAR
1 :: LOGAM
2 :: AIR
3 :: API
4 :: KAYU
5 :: TANAH
6 :: LOGAM
7 :: AIR
8 :: API ....emosional, sibuk,desakan,tekanan, bertanggungjawab, menarik lelaki.
9 :: KAYU


OK..ni plak dari kajian aku melalui internet..


PROFIL KEKUATAN:

573 –       Pola orang kenamaan / orang terkenal
13 -         Pola aktif (kekuatan fizikal)
5955 -     Pemimpin yang tegas, keras hati dan kekuatan fizikalnya serta mahu buat perubahan 
459 dan 549 – bijak dalam muslihat perancangan. Ada gerak hati yang bagus.
545544 – perancang yang hebat.
494 –      memiliki pengetahuan yang tinggi
426 –      penceramah yang bagus

9 di tengah – hidup untuk berbakti kepada masyarakat (humanity). Seorang yang penampilannya bersih dan kemas.


7    di tengah arah mata angin – mudah disenangi ramai pengikut.


Memiliki kesemua nombor 1 hingga 9 = seimbang dan sempurna.

PROFIL KELEMAHAN:

456 –    dituduh salahguna wang (Thaksin juga punyai pola nombor 456 dituduh rasuah)


PROFIL KESIHATAN (NOMBOR KESIHATAN DI TENGAH SEGITIGA):

Tiada nombor 1-6 = masalah paru-paru
Tiada nombor 3-8 = masalah jantung
Tiada nombor 2-7 = masalah buah pinggang

angka 8
perasaan tertekan, beremosi, mudah marah
dari aspek positif, dikurniakan kekuatan untuk menghadapi segala tekanan dan cabaran.

angka 5
rasa terhalang, kurang keyakinan diri dan mudah berputus asa
Dari aspek positif, akan menjadi individu yang berjaya, jika tahu bagaimana untuk melepasi rasa halangan, rendah diri dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Ramai golongan kenamaan dan pemimpin yang dilahirkan dengan nombor asas 5 (Tun Abdullah Ahmad Badawi.)

angka 3
rasa gelisah dan panas baran
pengurusan emosi dan ketenangan jiwa adalah ubat mujarab untuk menghapuskan masalah ini.


individu yang amat minat berniaga, kebiasaan individu yang dikategorikan sebagai minat berniaga mempunyai nombor pola 696 atau 969. Tetapi terdapat juga dikalangan individu yang mempunyai nombor pola 696 atau 969 ini mempunyai keserasian perniagaan yang berbeza-beza.

Kepada yang mempunyai perniagaan sendiri, pernahkah Anda mengalami masalah seperti semasa peringkat awal perniagaan Anda mempunyai keuntungan yang amat baik (933 atau 339), tetapi ianya tidak bertahan lama. Adakah individu ini tidak layak untuk berniaga walaupun mempunyai pola 696? . Sudah tentu Anda masih layak berniaga tetapi Anda perlu mempunyai strategi tententu dalam memilih perniagaan yang sesuai dengan diri Anda. Sekali lagi saya katakan, Anda masih lagi layak berniaga dan mampu memperolehi keuntungan yang lumayan untuk perniagaan Anda.

Semakin byk ulangan kombinasi no itu maka semakin tepatlah ia. 

224 = Berilmu
246 = Pandai syarahan/ceramah dan banyak idea
449 = Berakademik, kamus bergerak, deria rasa yg halus dan memiliki pengetahuan tinggi


Selain 246, sebenarnya ada 1 no lagi yg sama maksud dgnnya iaitu, 426. Sila perhatikan segitiga di atas dan kira berapa kali ia berulang. 3 kali kan (246, 246, 426).


Ini bermaksud, potensi org yg memiliki tarikh lahir ini adl pada KEPETAHANNYA BERSYARAH. So, asah bakat itu sehingga tajam dan berkilau. Jgn bazirkan masa utk berlatih menjadi pemain bola sepak, sebab potensi/bakat anda ada dlm seni pengucapan! Bukan dlm sukan bola sepak..

Baik:
678 - Orang suka beri tanggungjawab
966 - Mudah untung / minat berniaga
669 - Mudah untung, perniagaan jangka pendek
819 - Bergerak sana sini, tidak duduk satu tempat
369 - Aktif, banyak harta


Buruk:
888 -Terlalu panas, hiperaktif, degil
88   -Sangat sibuk, emosional dan berada dalam keadaan tertekan, tiada tumpuan
89   -Perniagaan nampak baik tetapi permulaan sahaja, perjalanan berliku
17   -Boleh memimpin dan menarik penyokong, berakhir dengan tekanan, ada musuh, ramai kawan, mudah ditipu, tumpuan orang


Makna Dasar Angka

1
Penyatuan, persepaduan, ego, sintesis, kekuatan, kreativiti, cita-cita, tindakan, menzalimi. Orang bernombor ini boleh menjadi orang zalim atau pemimpin besar.

2
Polariti, dualiti, pilihan, mempunyai dua sifat yang bertentangan. Orang bernombor ini lemah lembut, sensitif, artistik dan intuitif. Barang kali boleh menipu dan cenderung kepada kesedihan.

3
Tindakan, segi tiga dewata Syurga/Orang/Bumi, Tri Tunggal Maha Kudus (Tuhan, Putera, Roh Kudus), Brahma/Vishnu/Shiva. Orang bernombor ini berbakal, bertatatertib dan bertenaga, walau bagaimana pun mereka sering suka menguasai semua.

4
Hal keduniaan, kestabilan, aturan, musim empat, arah empat. Orang bernombor ini kukuh, praktik dan realistik. Oleh sebab mereka berdaya melihat semuanya dari segi yang bertentangan, rupanya mungkin memberontak dan tidak tradisional.

5
Pengembangan, pancaindera. Orang bernombor ini aktif, mencari kenikmatan, cerdas dan cepat marah.

6
Kreativiti, abstrak, keindahan, keselarasan, daya khayalan. Orang bernombor ini dapat dipercayai dan romantik. Mereka benci perselisihan dan berusaha mencipta keselarasan di rumah mereka.

7
Kerohanian. Orang bernombor ini bersifat falsafah dan kerohanian, intuitif dan sering introvert dan berfikir secara asli.

8
Kejayaan keduniaan, tetapi mengalami naik turun mencari keseimbangan. Orang bernombor ini hebat dan asyik, dengan kekuatan diri dan bersemangat. Mereka boleh memberontak dan menyimpan perasaan dalaman tersorok bawah bahagian luar dingin.

9
Kesempurnaan. Orang bernombor ini berazam, berani dan aktif, walau bagaimana pun biasanya mesti berhempas pulas untuk keberhasilan. Walau bagaimana pun suka berbahas-bahas, orang bernombor 9 orang memedulikan kemanusiaan.

tapi aku wat mende ni suka-suka jek...tak ambik peduli sangat pun..huhu...yang penting, percaya pada diri...chowzzz...

14 comments:

MiaSaidin on July 13, 2010 at 10:05 AM said...

tarikh lahir sy hari ni!
hehehe..
kalau nk wish apa salahnya.. :p

pensel on July 13, 2010 at 10:16 AM said...

happy bestdayyyyyyyyyyy Salmia!!!!

MiaSaidin on July 13, 2010 at 10:19 AM said...

tq.. :)

cikmin on July 13, 2010 at 11:58 AM said...

uh..angka 3 tu memang tepat la..

cikbedahlaser on July 19, 2010 at 10:07 AM said...

gilakk ahhh...
perghh berpusing2 kapla kira...
nak print ar...
pastu try...

ehh klu kite dpt jawapan..nk post pasal ni boleh?? kite link kt kamu ye?

pensel on July 19, 2010 at 10:13 AM said...

bolehh...try....try.....

Anonymous said...

BOLEH TAK AWAK TLG KIRA TARIKH LAHIR NI:
a)24.04.1986
b)28.05.1986
SAYA DAH CUBA TAPI TAK JADI LA.MINTA TLG SNGT .PLEASEEE...

pensel on November 14, 2010 at 10:41 PM said...

Anonymous said...
BOLEH TAK AWAK TLG KIRA TARIKH LAHIR NI:
a)24.04.1986
b)28.05.1986
SAYA DAH CUBA TAPI TAK JADI LA.MINTA TLG SNGT .PLEASEEE...

November 12, 2010 12:12 PM..

--------------------------
a)24.04.1986

akar:4
akhir hayat:3

combination of numbers:
123, 321, 729, 297, 764, 132, 347, 156
-------------------------
b)28.05.1986
akar:3
akhir hayat:9

combination of numbers:
279,729,663, 636, 366, 999, 156, 651, 516...
-------------------------

Anonymous said...

Buatkan saya 6.12.1985

Anonymous said...

Boleh sy dapat softcopy maksud semua pola 3 nombor ni ?
nadzrulamar@gmail.com

Loy888 on March 1, 2021 at 2:34 AM said...

24+4+1986=2015
2+0+1+4=7

28+5+1986=2019
2+0+1+9,=12
1+2=3

Loy888 on March 1, 2021 at 2:36 AM said...

Buatkan 11.2.1991

Anonymous said...

Hi admin, please delete this comment that mention my email. nadzrulamar@gmail.com. Thank you

Anonymous said...

Hi admin, please delete

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei