and...
Part Two..
ni emel yg aku dapat dari pakwe fad...
ok..ni cam ala2 do/dont bile lelaki dalam situasi ni sume..lebih tertumpu kepada kekasih hati sesape lah kot..
1. Bila si dia sibuk...
Jangan sesekali merengek atau mengada-ngada, yang paling kasar bahasanya " TERGEDIK-GEDIK" semata-mata nak menarik perhatian si dia. Fahamilah keadaan si lelaki mungkin memikirkan sesuatu yangg lebih penting. Mungkin perancangan masa depan untuk membina Mahligai Impian. macam Impian kasih..
**ok..aku setuju!!!tapi yang mahligai impian tu, aku xberapa setuju...ehehhe...
2. Bila si dia ego......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
**im totally agreed!!!
3. Bila si dia romantik....
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.
**bila la agaknya mood romantik si dia akan menerpa..ehehe...
4. Bila si dia panas baran....
Jangan membuat sesuatu yangg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
**yupp..baik diam...kalau bersuara jugak...perang akan meletus...
5. Bila si dia penat.......
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
**yess...bile penat, cepat marah...so...jgn cari pasal...
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.
**nk cakap takut, xcakap kita susah..ermm...bgtau je la..tapi penuh tersirat...jgn la sound direct, terasa plak kekasih sorg tu..
7. Bila si dia mengongkong..
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
**ni ikut jenis lelaki jugak...yang ok..ok....yang tak ok..mmg susah nk ok..
8. Bila si dia selamba......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.
**kalau jenis yang selamba, tapi paham xpe...yang jenis xpaham2 mcm mane plak...
9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
**ermmm...no komen...ahahhahahhaha....
10. Bila si dia lurus bendul.....
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.
**no komen jugak....
"PALMERSTON, Australia - Seorang wanita berumur 37 tahun kini bertarung nyawa di sebuah hospital selepas cedera parah kerana terjun dari kereta kekasihnya semasa mereka bertengkar, lapor sebuah akhbar semalam.
Apa yang lebih menyayat hati ialah wanita itu dilanggar oleh tayar belakang kereta selepas dia terjun menyebabkannya terbaring di atas jalan raya di sini.
Satu kamera keselamatan merakamkan insiden itu yang menunjukkan wanita tersebut diheret selama beberapa meter.
Polis kini meminta saksi yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat.
Dalam rakaman itu, lelaki tersebut memandu keretanya kembali ke tempat kejadian dan mengalihkan tubuh kekasihnya ke tepi jalan pada Isnin lalu.
Namun, beberapa orang yang memandu kereta itu tidak berhenti untuk membantu wanita tersebut.
Kekasihnya itu kemudian ditangkap polis dan dia berasa kesal terhadap perbuatannya.
Seorang pegawai polis, Sarjan Len Turner berkata, wanita itu cuba keluar melalui tingkap kereta yang sedang bergerak.
Menurutnya, wanita tersebut berpaut pada tingkap itu sebelum terjatuh dan dilanggar oleh tayar belakang kereta kekasihnya. - Agensi"