Apr 30, 2009

Tarikh lahir aku dan dia??

at 4:33 PM 1 comments
Cerita Dari Aku

nI AKU AMIK RESULT DR KUIZ KAT FB




Kenali Diri Pasangan Melalui Tarikh Lahir
Sekadar untuk merehatkan minda, kenali diri Melalui Tarikh Lahir

Tarikh Lahir pada 30 haribulan

---------------------
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


Tarikh Lahir pada 28 haribulan
---------------------
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.



Apr 28, 2009

"5"

at 1:40 PM 0 comments
Cerita Dari Aku

haii...lamenye xjumpa...(23 jam)
bila masuk je kereta dia, dia diam dulu, dia sengih2..
pas2 dia seluk sesuatu dari celah pintu kereta...
"nah"
aku terkejut gak...pas2 amik je...sambil sengih2..tekejut cam xcaya jek..
"nah"
haishhh...ade lagi...
"nah lagi satu"
huwaaa....bnyk nye....
"ermm...nah"
lahh..bnyk nyye....mane dapat???

"nahhh"

tu yang kelima...

dia wat aku tersenyum sampai skrg....

5 roses...

so sweet...

Apr 27, 2009

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah lg"

at 3:30 PM 1 comments
Cerita Dari Aku

Crite ni dari email yang aku dapat petang nih...hampir menitiskan air mata...

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah
sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia memandang
sekali imbas wajah Asraf Mukmin,
kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia
masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan
Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri
solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan
pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia
lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku
rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai solat subuh, cepat-cepat dia
bersiap untuk ke pejabat. Tidak
seperti kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-
anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan
permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan
tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang
panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah
hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga
peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia
diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya
benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan
tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke
kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-
anak Abg nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika
munajat Abg di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada
Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak.
Menunggu Abg... Aliyah sayangkan
Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan Aliyah...
Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,
roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan
pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!

Apr 25, 2009

Happy Day

at 11:24 PM 1 comments
Cerita Dari Aku

Haii...arini, kami pi Alamanda...lepak2 jek (banyak gak wit aku abis)
Mula2 g Gsc..tgk cerita Uninvited...perghhh...mmg aku rasa tertipu sgt..
sebab...sebab cerita dia mmg best...n physco sgt...
xseram..tapi suspen n kejam...huhu..

then kami pusing2 pi jejalan tgk2 barang
aku pi bli barang kat:
:: Watson ::
:: Elianto ::
-eyeshadow n lipliner-
::Famous Amos::
:: MPH ::
-Novel-
:: Speedy ::
CD Taylor Swift - RM29.90

aku bli brang2 tu sume sambil tersengih pandang Mrezz sambil ku berkata2 begini:
"ermm..terbeli la..hehe"
Mrezz pandang sambil berkata dengan lembut(sambil tersengih kembali)
"oooo...terbeli yeeeee"

Pas2 kami pi makan malam kat bangi...
kat blkg pertonas yg dekat ngn NIOSH..
aku xingt la seksyen berapa..
makan kat kedai nama ape pun aku xtau...
tapi kedai tu kat sudut dalam, deret kedai ayam penyet, bertentangan dengan kedai beriani gam..belakang kedai bundle..huhu..
ni lah makanan yang dipesan..

::lala sweet sour - RM7.00 ::
::sotong goreng butter - RM6.00::
::sup ayam - RM4.50::
::nasi putih x 2 ::
::nesc O ais::
::jus mango::

~yummy~
ni gambar2 yang akan membuatkan org lapar marah!!


::Sotong goreng butter::


::Lala Sweet Sour::


:: My Plate ::


:: Clean n Clear ::


:: Ni Situasi Kedai ::

~Tq~
Such a great day
Thanx to Mrezz




Apr 23, 2009

KRR @ MJ

at 2:25 PM 2 comments
Cerita Dari Aku

arini, dari pagi...start conference...
ade aku...
...ezz
...fad
kish..
law...
n...
lan...

huhu...
ade org kate nak blanje..bincang punye bincang...last2 org tu ilang n senyap
bnyk kali dah camtuh...

xpe la...
pas2 ade la halangan2 skit...
then akhirnya, kami bertemu jua lima org di Maju junction..
makan kat Kenny Rog Roast...
walaupun sekejup je...tapi happy laa...

pasni aku ingt nak pi sg. klah..
maybe weekend nih..
tgh ajak2 sesape yg agak2 nak g...
hehe...

tapi masa makan tadi xsnap gambar pun...
adeii...

Apr 21, 2009

Tukar Tapi Tunggu (3T)

at 10:22 PM 0 comments
Cerita Dari Aku

huish...boring plak aku tgk layout blog nih. nak tukar, tapi kena tggu masa yang sgt terluang n terlapang. skg ni xleh la sbb gile2 bz sampai xsempat nak wat mende lain sgt (padahal sempat jek). adoi...erm...kat mane lg tempat best nak g ea? aku cam dah xtau nak g jalan2 mane time weekend...asyik pegi tempat yang same jek...huhu..pas2 selalu je dapat soalan camni "ni nak g mana ari ni?"haaa...ni yang den maleh nak pikir nih..huhu...sabar je lah...fikir punye fikir, last2 kat situ jugak..adeiii...ni sebnarnye tgh xtau nak watpe, ni yg dok merapu...huhu...erm..k lah, dah xtau nak tulis mende yang xberfaedah buat masa nih. cukup la dengan ape yang dah sedia ada.huhu...

Apr 19, 2009

@ Station Kopitiam

at 9:36 PM 1 comments
Cerita Dari Aku
@ Station Kopitiam
Times Square, Kuala Lumpur
Teppanyaki Concept
4th floor...atas GSC



Honey Jasmine Green Tea
RM3.90
My Fav..
Yummy..

Cincau Soya
RM2.50


Paprik Chicken Rice
RM6.50
Best...


Cantonese Kuey Teow
RM6.20
Best..



**My Review : OK la. Not Bad. Food, Service, Price, everything is fine.

@ THE MINES

at 9:50 AM 1 comments
Cerita Dari Aku

@ The Mines, Serdang

My Main Target Here..
Choclate Blanded (ala2 Bon Cup)
Ade bnyk perisa lain. tapi aku suke perisa choclate, mocha, n yang seumpama dengan nya.
Price : RM3.00
Kedai nye terletak kat SPICE of MALAYSIA (food court kat Mines)
masuk je pintu food court, kedai dia kat seblah kiri.
huhu...

Ni plak Fav MrEzz..
Auntie Anne's Pretzel
Caramel Almond
with caramel dip of coz
RM4.40
**mmg saje snap pretzel yang dah abis, nnt ade yg keliur plak..(MrEzz yg keliur nnt)


Ni Pemandangan dari tepi kedai pretzel makcik anne..
kedai dia kat tepi sungai..huhu..


ni pemandangan dalam mines...


ni dari tepi sungai dalam mines...
kalau saje2 nak merasa naik bot pusing mines, RM9..g kat Ground Floor ye


ni plak kat tepi mines
tempat bg ikan makan
gambar ikan bnyk2 lupa nak snap..
huhu..


setakat ni je...daa..

Black Canyon Coffee

at 9:29 AM 0 comments
Cerita Dari Aku

Black Canyon Coffee @
Ampang Utara Coffee menu
G71, Ground Floor
Aeon AU2 Shopping Centre
No.6, Jalan Taman Setiawangsa(Jalan 37/56)
AU2 Bandar Baru Ampang
Mukim Ulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur
tel. 03 4251 2328

Watermelon Juice and Ice Lemon Tea


American Fried Rice
Price : RM13.90 (* Promotion price)
*with Watermelon juice + tom yum (small)


Tom Yum (Small)


Roasted Chicken w/rice and Mixed Veg.
Price : RM9.90 (**Promotion Price)
**with Ice Lemon Tea


**review : mmg berbaloi...sedap..puas hati...servis bagus..should try...yg penting halal...

@ INSTUN

at 8:43 AM 0 comments
Cerita Dari Aku

Institut Tanah Dan Ukur Negara

Behrang, Tanjung Malim, Perak

Kursus pengambilan tanah

13-17 April 2009

**click gambar kalau nk tgk yg besar**


ni kedai pau yik mun yang izlin cakap sgt famous kat seantero negara


ni plak kelas utk kursus pengambilan tanah..lect INSTUN best2


ni sekadar hiasan di INSTUN


ni adelah model pau yik mun sdg mempromosikan produk mereka


ni blok akademik di INSTUN.. bnyk tangga. no lif


ni semasa tiba di INSTUN prepare ak Check in



ni gambar dari bilik penginapan


ni masa makan pau kat dewan makanan. ade 2 makhluk makan bnyk..


ni masa perjalanan pulang meninggalkan INSTUN


tu je lah...sekian terima kasih!!

Apr 17, 2009

Menanti waktu pulang

at 11:44 AM 0 comments
Cerita Dari Aku

Haiii..ni tgh menanti waktu nak check out dr INSTUN
akhirnya abis gak kursus 5 ari kat sini
best gak la kursus nih..
bnyk pengetahuan pasal tanah yg aku dapat
tak sabar nak sampai umah..
nnt akan ku upload gambar2 kat sini..huhu..
xbnyk pun, ade la skit2..
hehe...

Apr 14, 2009

Ku Kursus

at 7:07 PM 2 comments
Cerita Dari Aku

Hi..
aku kat INSTUN..tgh kursus pasal pengambilan tanah..
kat sini dok kat blok macam asrama
tapi sebilik dua org..mcm ala1 hotel tiga bintang le..
ngn air cond, tv, bilik air, katil, almari, peti ais and ...
huhu...
sehari makan 5 kali...gemok la aku..
nasib baik kat sini ade wireless..
kelas sampai petang je..so malam free..leh gak la nak surfing..huhu..
nasib la ade ibook ni yang xsusah nak setting..huhu..
erm..ok lah..nak bersiap g makan malam..jommm..

*p/s : psssst...pesanan utk ezzuan, sila jaga diri...

Apr 7, 2009

Me and Today

at 8:16 AM 3 comments
Cerita Dari Aku

1. Bekas kekasih saya adalah ~ Mr.F

2. Saya sedang mendengar ~ bunyi air-cond

3. Mungkin saya patut ~ bersenam

4. Saya suka ~ makan

5. Sahabat-sahabat baik saya ~ Megawati

6. Saya tak paham ~ kenapa dulu saya kena marah

7. Saya kehilangan ~ dua cincin emas

8. Ramai yang berkata ~ saya sombong, tapi bile dah kenal, amik kau!!

9. Makna nama saya, ~ saya sendiri xtau

10. Cinta itu adalah anugerah Allah

11. Di suatu tempat, seseorang sedang tekun mengadap komputer

12. Saya akan cuba ~ jadi yang terbaik untuk Mrezz

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud ~ selama-lamanya

14.Telefon bimbit saya ~ sangat penting!!

15.Bila saya terjaga dari tidur, ~ saya bukak mata dulu!!

16.Saya paling meluat apabila ~ org marah2 xtentu pasal

17.Pesta/Parti adalah ~ bila bersama family dan org tersayang

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah ~ ape ea??

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah ~ sekarang!!

20.Hari ini ~ saya pakai baju pink

21.Malam ini saya akan ~ gosok baju utk esok!!

22.Esok pula saya akan ~ g keje mcm biasa!!

23.Saya betul2 inginkan ~ kebahagiaan

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan~ Shopping!!!

26.Makanan Barat atau Jepun ~ Prefer masakan melayu

27.Bilik yang terang atau gelap ~ suam2 kuku..hehe!!!

28.Makanan segera adalah ~ makanan segera la...magi tomyum hot cup..yummy!!!

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? ~ ok

Apr 6, 2009

My Week Part 2

at 8:15 AM 0 comments
Cerita Dari Aku

morning..
seblum mula kerja, ni lah kerja aku, amik mood dulu kat sini..huhu...
mcm biasa,hari Jumaat lepas, kol5 pm, meeting utk g site..
minggu ni aku kena g tgk site kat penang n kedah..
aku bgtau MRezz...dia dah risau dah takut aku kena g sorang. dia offer diri nk teman. tapi kesian dia tiap2 mggu kena touring jauh2.. so aku tanye mak dulu, sama ada nk g ikut ke tak, leh balik kg skali. mak pun tanpa fikir panjang, on je plan balik kg sambil g site.huhu..
kol1030 malam, jumaat, kitorang sefamily gerak penang..abah drive..sepanjang jalan aku tido, rasa mcm letih sgt..cuma terjaga time abh break emeergency, bnyk plak kete malam2 tuh. kol 330am baru sampai penang. kami gegar rumah maktok pagi2 buta, sume org dah tido, n diorg xtau kami nk balik sana.. diorg ingtkan pencuri..huhu..mane ade pencuri ketuk pintu daa..

keesokkan harinya, kami ke kedah tgk site, aku g ngn mak abah...kelakar gak, ade ke g tgk site bawak mak n abah...huhu..redah ajee...pergi balik kami naik feri...dapat parking best plak tuh dalam feri...depan n tepi skali..mmg mcm titanic..hihi...

sampai umah, aku makan laksa yg sedap, pas2 aku tros tido sampai kol9 mlm. bgn kejup2 je...sume org bising aku tido lame..huhu...tapi aku wat xreti n troskan pertidoran aku tu...

esok pagi ahad nye plak, pagi2 aku ajak adik, kak lia n adam g plaza gurney. sampai2 tros g padini concept store. sale dah abis la plak..frust aku...xpe...next time lah ye.huhu..

pas2 tros ke A&W.. kami 4 org share 2 set large meal ape ntah..makan syok gile sambil main2..huhu.pas2 g cold storage, bli jajan..huhu..pas2 g bli 1901 utk org kat rumah..cikna bising lapaq..pas2 bli auntie anne pretzel...yummy...pas2 balik umah, gaduh2..makan2...makan laksa lg..pas2 gerak balik KL. kol630pm sampai umah... pas2 siap2 tros g jumpa Mrezz..lepak2, pusing2, makan2, sembang2...balik...pengsan...

dan hari ini pun bermula....

dengan senyuman....
 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei