Oct 25, 2020

Berhenti

at 2:43 PM 0 comments
bila akan berhenti.
bila boleh berhenti.
bila mampu reset semuanya. 
bila boleh mula semula.

tak tau.
setakat ni, cuma berdoa, mendoakan.

macam besi karat.
rapuh.
tunggu pecah.

yang faham, terima kasih.
yang tak faham dan berkata serta mengata, terima kasih.
yang mendengar, terima kasih.
yang melihat, terima kasih. 
yang merasa, terima kasih.
yang terasa, terima kasih. 

.kalau lah tertulis dengan pensel, boleh padam.

.noktah. 

kitaJAGAkita.

3yearsandcounting.

May 27, 2020

Tips Pilih Pakaian Untuk Hijabi [YOUTUBE: DAHLIA SHAZWAN CHANNEL - SERIOUS CUTE SANGAT]

at 10:26 PM 0 comments
اسلام 

Kalau dulu gadis Trivago... siapa tak kenal...

Now boleh panggil acik trivago ke?

eh. haha

Tapi beliau begitu comel.... fizikal dan personaliti dia.

Now dah mula berhijab. Alhamdulillah kan..

Sebenarnya aku jeles dengan orang yang dapat petunjuk dan hidayah. But bukanlah jeles dengki ke apa.. jeles lah... sebab aku pun nak petunjuk dan hidayah yang baik baik kan...

Dahlia Shazwan Channel Youtube tu serius comel wehhh... hhahhah

Silalah follow untuk cuteness overload...

Latest video dia pasal Hijabista Fashion...

Dalam video ni dia banyak bagi pendapat and also cerita jenis pakaian macam mana yang dia PREFER untuk beli... and also pakaian jenis macam mana dia MENYESAL beli....

And antara part yang paling aku suka bila dia cakap:

"baju-baju yang tak sesuai untuk dibeli adalah...baju-baju untuk orang tak berhijab...tapi kita pakai, tapi kita pakai inner...."

"secara peribadi i tak gemar benda tu, dia memang macam buat orang tertengok kita dua kali kan"

"... i'm trying to discipline myself, so kalau awal-awal kita dah discipline, tetiba rasa macam nak pakai baju yang menarik perhatian, InsyaAllah kita akan KEKOK "

"as a journey and i hope, kita don't be discourage kalau it doesn't go our way because... itulah... it's a journey"

Love you mommy....!



#hijabi
#dahliaShazwan
#FashionHijabi
#FashionTips

Nov 19, 2019

RM2000 melancong ke Korea (Seoul) dan (Gangneung)

at 9:26 PM 0 comments
September 2019 hari tu, kitorang ke Korea Selatan ...

Bertiga... beli tiket flight dua minggu sebelum berlepas. Kerja gila nama dia...

Tiket flight.. AirAsia... RM1300 pergi balik + luggage balik 20kg

Hah.. kata RM2000 je... tiket flight je dah habis RM1300... boleh caya ke dia ni? Eheheh

Persiapan awal sebelum ke korea...

Download apps: KLOOK... dan NAVER MAPS...(wajib)

KLOOK...
🔺PERTAMA: Kat sini aku beli TMoney card... dengan reload tersedia 5000won/10,000won HARGA KLOOK = RM10/RM28/RM46

Aku beli yang RM28 tu.. dah siap ada 5000won dalam tu...

Boleh amik pakej TMoney delivery teros kat rumah korang... simple... no hassle... or nak collect kat airport pun boleh...

Klook Tmoney Card Pick Up and Delivery (ICN/TW/MY/TH/PH)
https://www.klook.com/activity/18054




Next.. 
🔺KEDUA: cari AREX pulak. Masih kat KLOOK....
Aku beli AREX masa balik je... dari Seoul Station ke Airport Incheon.. sebabnya... balik kan... Luggage besar gabak kan... al maklumlah.. beg beranak... ekekkeke...
AREX Seoul Station - Inc Airport RM19


🔺 KETIGA: cari wifi !! Penting untuk memudahkan..... kalau nak susah... abaikan... wakakkakak...
Ada banyak pakej kat KLOOK... pilih lah paling murah dan berbaloi... just add to cart.. bayar... siap... simpan  code / resit / whatsoever hang diarahkan (please read) ... dan collect kat Airport Incheon or where ever that you choose... kitorang dapat yang RM9/day... kira murah lah pada aku RM9 sehari.. sewa lah seberapa lama keberadaan korang kat sana..kitorang g kan bertiga.. maka share je... so jadi sorang RM3/hari...  kalau korang kaya, duit banyak.. amik lah yang mahal.. huahahhahha... kalau nak jimat, pandai-pandailah compare pakej-pakej yang ada okeh !!!!


Apa lagi eh?
KEEMPAT: kat KLOOK tu ada macam-macam jugak ticket and tour packega yang dirawarkan... ikut lah korang nak amik ke tak. Ikut kesesuaian masa, musim, bajet dan pertimbangan korang🎵

Aku beli tiga teratas je kat KLOOK tu.. lain-lain aku cuci mata dan plan perjalanan berdasarkan recommendation yang ada jugak dalam tour package KLOOK... ala-ala cedok info dengan jayanya lah.. dan jugak baca review pengguna lain pasal package-package yang ada tu...


NEXT.....

NAVER MAPS APPS.....


... tbc






HR: Rezeki Semua Orang Tak Sama

at 8:41 PM 0 comments
HR: Rezeki Semua Orang Tak Sama

Human Resource / Sumber Manusia...

Kebanyakkan orang anggap HR ni bahagian/unit yang low class, tak best, leceh, poyo, gila kuasa...ape lagi??? 

HR ni lah antara tempat yang kau akan jumpa pelbagai jenis manusia...

... yang baik
... yang kurang baik
... yang tak kisah
... yang gila pangkat
... yang gila kuasa
... yang semua dia betul kita salah
... yang .... banyak lah lagi...

HR selalu di katakan tempat yang pilih bulu... yang cantik... yang sedap mata memandang... yang pandai... yang best-best je semua HR rembat dulu untuk kerja kat HR...

Tapi xde pulak korang fikir yang manusia buangan, yang semua orang taknak, semua yang tak diterima, pulangkan dan akhirnya terpaksa tempatkan kat HR balik... 

Pengalaman hari ni... aku berhadapan dengan seorang matron hospital yang datang ke HR untuk semak service dan gaji yang diterima sepanjang perkhidmatan beliau...DAN... membandingkan dengan rakan satu batch ambilan, gaji yang diterima sepanjang perkhidmatan. 

Beliau membandingkan gaji dari tahun ke tahun... dan... didapati.... matron tu telah naik pangkat LEBIH AWAL DARI KAWAN DIA... dan kawan dia naik pangkat macam lambat 1/2 tahun dari dia... 

PERTAMA... Rezeki matron tu naik pangkat lebih awal dari kawan dia.  Walau pun diorang satu batch... tu nama dia apa?... nama dia REZEKI....

Then... that matron tu pertikaikan, kenapa gaji kawan dia lagi tinggi dari gaji dia... 

SEBABNYA peraturan berubah dari semasa ke semasa... dan pula, pada waktu kawan dia naik pangkat (yang lewat almost 2 tahun dari tarikh dia naik pangkat), peraturan berubah dan kadar kenaikan gaji semakin meningkat...

ITU PULA REZEKI KAWAN DIA....

Setuju? Tidak setuju?

Dia pertikaikan... kenapa gaji dan kenaikan gaji kawan dia lagi tinggi dari dia...

Sebab itu rezeki yang ditentukan untuk kawan dia...

Rezeki dia pula ialah, dia terima pangkat awal dua tahun dari kawan dia.. dan terima gaji naik pangkat lebih awal dari kawan dia. 

Dan dia datang untuk mempertikaikan kenapa gaji si polan lebih tinggi dari si polan...

Astaga...

Kaedahnya..... itu lah konsep REZEKI.... masing-masing ada rezeki...

Lain lah kalau dia pertikaikan... lantikan sama. Tarikh naik pangkat sama sebijik sejibon.. gaji lain... haaa... itu lain la cerita...

Jangan sesekali mempertikaikan rezeki orang lain.... 

Lepas tu pulak bila kita kata, rezeki orang lain-lain... eh marah pulak dia....

Kalau kerja swasta biasanya tawaran gaji akan lain-lain setiap orang kan... ikut lah kau punya pengalaman, academic, kepakaran and so on....

Hmmm... dah lah... letih lah duduk HR gaduh ngan orang-orang tak paham, tak nak paham, tau nak melenting je. Hello... kita HR pun manusia lah, kita melenting balik... padan muka... hadap lah balik...

#penatmental

Tapi bila fikir balik, HR adalah platform yang baik untuk kita belajar banyak benda tentang sifat manusia, kita belajar apa yang baik, apa yang buruk, apa yang wajar diikuti, apa yang perlu ditolak... contoh tersedia depan mata... kes berlambak-lambak terjadi...sifat pelbagai ditonton...

Ini pun salah satu rezeki... rezeki jumpa manusia pelik... peluang kita refleks diri balik supaya tak jadi macam mana kita diperlihatkan...

🙃

Pesanan penaja: Syukuri rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk... dan jangan pertikaikan rezeki orang lain... 

🥰

Jul 27, 2019

Sukaneka Pejabat? Perlu ke join?

at 9:40 PM 0 comments
Sukaneka office?

Hari Sabtu?

Pagi?

alahai..

Hari Sabtu lah aku nak tidur lama sikit...

Perlu ke sacrifice kan tidur Sabtu aku?

Walaupun sekali setahun??

Hmmmm..

Benda bukan wajib pun...

Tapi...

Kalau tak pergi...

Nanti budak office kata tak support lak...

Kesian pulak kat geng urusetia....Penat buat preparation.. Kengkawan lak tu...

Pastu geng boses pun ada gak, kau yang kuli cinonet takkan la tak pergi kan..

Hmmmm...

Elok gak penatkan badan sekali sekala...dah lama tak bersukan lagi pun.. Ni lah masanya kau nak jumpa padang rumput pun....

Panas lah...

Takpelah.....sekali sekala main panas....

Walau pun kau sendiri tau yang kau memang tak kan main, cuma minat untuk jadi penyorak dan penyeri majlis!!! Ahaks.. kehadiran kau begitu bermakna !! Giteww!

Tambahan lagi, kau tau memang ada peluang besar untuk dapat hadiah cabutan bertuah...

Asalnya memang tak nak bawak si dua ketul ni.. Tapi... hhmmmm...angkut je lah skali.... takut nanti rindu lak dua ketul ni kat iols.. haha...


Part paling best haruslah bila tengok kengkawan semua main game dan kena game...
Macam-macam gaya oi...
penat ketawa wey ! 
Jom tengok perangai memasing..






























 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei