Tips exam online - Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Hi... baru-baru ni aku teman member pi jawab exam online.
So ni ada beberapa tips if next time korang pulak ke kene pi jawab exam seumpamanya.
First thing first,
LOKASI !!
If korang plan untuk jawab exam kat CyberCafe, sila datang awal ye. Mana la tau tetiba time tu la cc penuh ke, tutup ke, renovate ke, kan dah leceh nak cari lokasi lain.
Selain tu, check dulu perkara-perkara ni;
→ Make sure keyboard ok. Space bar and etc.
→ Mouse ok. Tak sangkut ke. Cable prob ke. Nanti korang yang stress.
→ Server elok. No choice - kekadang ikut nasib la kan. Benda boleh jangka tapi diluar kawalan. Macam mana. 🤷🏻♀️
→ Internet connection - wajib check dulu okeyhhhhh.
Perkara lain yang kena ada jugak adalah...
→ Kalkulator
→ Pensel
→ Kertas
... ni untuk korang time gelabah mengira nnt la. Unless math korang power tahap genius yang pakai otak je.
Selain tu, make sure korang...
→ Selesa
→ Org sebelah tak kacau. Kalau kacau. Pressure oo....
→ Ilmu
→ Doa makpak adikberadik boiprengepren
→ Jgn berharap sangat lah... Rezeki milik ALLAH !!
→ Toyol idup - bawak la member2 dan mangsa2 yang berguna untuk tolong korang.
→ Makan dan minum dulu. Tapi Jgn sampai sakit perut memulas2... pilihlah makanan anda. Chewahh.
→Pi tandas siAp siAp. Jangan time nak menjawab exam la korang nk terkucil la. Ter’u’uk laaaa.. hahahha...
Okey... ni plak Antara soalan yang muncul:
+ Perjanjian Cobbbold
+ Lokasi pusat kraf
+ Dasar pertanian negara
+ Lembaga koko
+ Myidentity
+ MalaysiaBiz
+ Susun lagu negaraku
+ Tasik buatan
+ Hutan lipur
+ Cara guna alat pemadam api
+ Kuasa veto majlis keselamatan PBB
+ Negara komenwealth
+ Garisan khatulistiwa
+ Kuasa parlimen
+ Tugas parlimen
+ Kampung. Mukim. Daerah. Negeri
+ Adat perpatih
+ Perjanjian bangkok
+ Pesuruhjaya tinggi malaysia
+ Jawatan bukan lantikan agong
+ Masyarakat feudal
...
Tak ingat dah.
Soalan tak sama untuk setiap batch exam ye. jangan bergantung bulat-bulat please !!
So, goodluck !!
😘