May 24, 2018

Rezeki dari Allah

at 7:59 PM 1 comments
Alhamdulillah !!!!

Burp. Kenyang dah... 

Al kisah  sebelum berbuka....dok scroll scroll la IG. Tetiba nampak gambor pizza hut !!!!!

Oh my!!!! Ok ngidam...

Tetiba beberapa minit sebelum waktu bukak puasa, ada orang bawak pizaa hut !!! 😍

Ok dah. Tu je. Rezeki dari Allah 🤲🏼


May 23, 2018

Manusia jenis tikam belakang dan betray kawan

at 7:49 PM 0 comments
Salam ifthorrrrrr !!!!

Burp... alhamdulillah...

Ok nak sembang pasal manusia, hati dan perasaan...

Bila mana kau perlu bekerja dalam situasi dikelilingi orang yang tikam belakang..

Itulah manusia yang kau kena hadap. 

Kau kena senyum fake

Kau kene borak sikit2...

Demi kelangsungan hidup..

Oh mai. Sampai bila boleh bertahan agaknya. 

Lebih-lebih lagi yang tikam belakang, betray, cakap blakang, kutuk belakang tu adalah manusia yang rapat ngan korang. Oh. Ohhhhh...

Hmm. Diampunkan ya. Tapi untuk melupakan. Payah bahh

Ada tiga jenis manusia:

1. Ampun dan lupa
2. Ampun dan tidak lupa
3. Tidak Ampun dan tidan lupa

Fuh fuh fuh.. semoga orang lain tak melaluinya. Amin ..

Dan mereka-mereka ini akan masih berkawan dengan you macam biasa, macam tak de apa berlaku. 

Sabar je lah. Kau tak nampak ke aku makin emo... ehh. Ter emosi plak. Haaha

Takpelah. At least Ive learn something. 

Adios. Malas nak marah-marah tau ...




May 21, 2018

Dia kawan sebab nak gunakan korang je

at 6:57 PM 0 comments
Halo...

Sementara tunggu waktu berbuka ni, nak ajak korang membawang gak. Ahakss..

Korang ada tak kekadang rasa yang ada someone ni kawan ngn korang or cuba untuk rapat ngan korang sebab nak gunakan korang.. faham dak???

Ye la. Kekadang ada jenis manusia ni layan kita baek punya sebab nak kan sesuatu dari kita.

Punya la nak rapat mampat ngn kita sebab sesuatu.

Eeeee... sesuatu sangat orang gitu.

Kita ni kawan punya la ikhlas, sekali tup tap tup tap bila di analisis, rupanya kau gunakan aku ye sahabat. Hampeh taguna manusia macam kau. Haha

Tapi eh. Lantak kau lah. Selagi aku leh layan, aku layan kan je.

Jangan ingat aku layan, aku tak sedor ape kau buat ?

Jeng jeng jeng. Pst... aku tak bodoh teruk la kawan.

Aku nak tengok sejauh mana kau pergi...

Sila lah terus kan aktiviti kau tu. Aku perati je. Nak tengok kau sampai tahap dewa mana.

Haaa. Korang yang tengah baca ni, jangan la buat orang lain gitu, tak baik tau kawan bersebab yang sebab nak gunakan orang. Tabaik chuolls!!!

Ok dah... selamat berpuasa.

Selamat berbuka.

Daaa ~~

May 14, 2018

Susah sangat ke nak cakap “Terima Kasih”

at 10:46 PM 0 comments
wahai manusia

Apakah sukar untuk kau berterima kasih?

Wey. Bukan susah pun. Cakap terima kasih je pun...

Bila orang dah tolong kita kan, event tolong jawab soalan pun, cakap la terima kasih. Inikan pulak kalau buat something untuk kau. Hello.. terima kasih kau mane?

Kekadangkan, ada gak terfikir, eh dia ni, tak kenal ungkapan terima kasih eh? Bukan la mengharap, at least happy gak tolong kau !!! Ada gak terima kasihnya. Bukan mintak Ringgat Malaysia ke. USD ke. Bath ke. Dong ke. Won ke. Cehh. Ape daa.. nak cakap terima kasih pun berat mulut. Kalau bab marah-marah ringan lak mulut kau. Aku lak yang mintak maaf bila kau marah-marah. Ewah..

Aku perati je perangai kau.

Haha. 
Ok dah. 

TERIMA KASIH sudi membaca. Gitew !!!

Bila jahat je kena cop makcik bawang.... nasib kau la...

at 7:10 PM 0 comments
Hari ni walaupun aku cuti dan tak pergi pejabat, astaga...banyaknya la isu pejabat muncul..

Salah satu pasal isu tanggung kerja yang tak selesai walaupun dah banyak kali aku tenyeh si makcik bawang ni untuk buat kerja dengan betul.

Rupanya hasil tenyehan tak menjadi.

Wey makcik, kau ingat kau bawang batu ke? Nak kena sumpah betul orang macam ni..

Ok kes macam ni:

Ada seorang pegawai ni kena tanggung kerja bos dia sebab bos dia posting luar negara,

so antara waktu bos pergi bertugas luar, dan sementara menunggu bos baru lapor diri sepenuh masa, pegawai sorang ni la aku tengok tunggang langgang cover kerja bos. Dan atas arahan bos atasan jugak la.

Lepas da settel semua tempoh tanggung kerja, sampai dah dapat bos baru, yang si makcik bawang batu ni punya lah dengki taknak bagi pegawai ni tanggung kerja, siap bagi alasan tak cukup tempoh lah, baru la, dokumen takde la. Pastu siap hantar memo kat unit sekian-sekian konon mohon tanggung kerja, tapi bagi justifikasi kata tak layak.

Eh..kau cari gaduh la makcik.

OK.. Korang jenis manusia macam mana?

1. jangan nampak bab imbuhan dan duit je wahai makcik bawang sekalian, tunggang langgang orang selesaikan kerja-kerja la patut kau tengok. Yang kau dengki sangat kenapa? bab manusia macam ni aku tak faham.

2. pastu, kau hormat bos kau boleh? kau hormat orang lain boleh? kau nak bawang ke, nak kentang ke lantak kau la. Kerja kasi setel bebetul boleh?

3. apa la payah sangat nak menyusahkan hidup orang? kau susahkan hidup orang, nnt tuhan susahkan hidup kau baru padan muka kau.

4. aku tak kesah la muka kau tak cantik macam mana pun, kau hormat orang boleh? muka dah tak cantik, hati pun macam bawang busuk tau tak?

5. Muka kalau tak cantik sekali pun, tapi kalau hati kau baik, orang tengok pun sejuk je hati. ni tengok kau buat aku panas la makcik.

6. Benda dah suap pun kau masih nak dengki-dengki ngn orang lain apahal. bukan aku suruh kau terjun lombong tahi faham tak?

7. ok last, jangan sampai kene sumpah ngn aku depan-depan sudah.

So, ada yang terasa ke?

Kalau ada yang terasa, paham-paham la ye, kau lah makcik bawang itu. ngeh ngeh..

Tak la... bukan ape, kau senangkan keje orang, orang senangkan keje kau.

Dunia ini bulat, kehidupan pula umpama roda yang berputar.

Maka, faham-faham lah.

Hari ni kau buat orang, esok-esok, orang buat kau balik ke, buat kat anak kau ke, kat keluarga kau ke.. kau nak ke macam tu?

Ok bebelan disudahi dengan ucapan, sekian salam marah. Semoga redalah kemarahan ini.

Semoga aku dapatlah maafkan orang-orang macam kau. Amin...
 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei