Nak parking kat mana????
Kami suka parking kat Putrajaya Sentral, pastu amik Train ke KLIA / KLIA 2.
Kali ni parking Putrajaya penuh, so kami parking kat Stesen Salak Tinggi
RM3 / hari
Tips 1: Make sure berat bag tidak melebihi berat yang dibenarkan.
Ambil peduli hand carry punya berat juga ye.
Mane la tau angin crew penerbangan rajin nak timbang berat hand carry.
Ni harga beg - add-ons kalau naik Air Asia
Sila la agak-agak nak pi bawak banyak mana, nak balik nanti bawak banyak mana.
PERGI - Kami amik 20kg per family / (2 Dewasa 1 Kanak-kanak 1 Bayi)
BALIK - 20kg + 20 kg (2 dewasa)
Tips 2: Sila buat kira-kira terlebih dahulu untuk add-ons beg, sama ada combine berat KG murah atau split berat KG.
Kalau macam ada 2 dewasa, split berat lagi jimat
Dewasa 1 = 20kg (RM58)
+
Dewasa 2 = 20kg (RM58)
Total = 40kg @ RM 116
Kalu combine berat dalam 1 nama memang rugi, 40kg @ RM190
Tips 3: Makan kenyang-kenyang supaya banyak tenaga.
Takut kalau nanti lapar, pastu takde tenaga, pastu akan jadi cepat stress dan marah..
So sila kenyangkan perut anda...
Pstt.. Kalau naik dari KLIA2, banyak kedai, disarankan makan kat Departure Hall. Sebabnya kedai
kat belah luar tu sesak dan tak selesa. Kat belah dalam Departure Hall tenang dan aman jek!!
Senarai kedai makan KLIA2:
Tips
4: Datang awal ke KLIA / KLIA bagi mengelakkan kelewatan dan kekalutan
yang boleh menyebabkan stresssssssssssss... lagipun, KLIA2 tu besar,
jenuh nak berjalan!!
Sebelum perlepasan di KLIA2.
Tips 5: Ini
persediaan awal jika bawa anak-anak ye...
bawalah buku dan pensil warna
untuk mereka.
Penantiankan suatu penyiksaan.. Lebih-lebih lagi bila budak-budak bosan. huhu..
ni masa di Airport
Bandung...
SAMPAI BANDUNG!!!
SHOPPING
Nak shopping apa kat Bandung ni??
Jeans
Kain Lace
Kain Sulam
Kain-kain
Palazo
Seluar
Blouse Wanita
Minyak Wangi
Pakaian Outlet
Brownies
Barang Kosmetik
Atas ni hasil google dari blog-blog lain dan pengalaman sendiri.
Kami
tak berapa tengok dan membeli kain-kain pun.. kesimpulannya trip kali
ni aku tak beli seinci kain ela punnnnnnnnnnnnn.. huahahahaha.
Pelik..pelik....
Aku
mencari gak kasut sukan Adidas untuk abah, tapi takde la murah pun,
baik beli kat tanah air sendiri, harga lebih kurang je... buat berat beg
jek.. huhu..
Tapi mungkin sebab kami tak pi outlet yang bebetul murah kot....Ntah.. haha
PENGANGKUTAN
Kami sewa Coaster 16 seater untuk 8 dewasa, 4 kanak-kanak dan 1 bayi...
beserta pemandu
Untuk service 4 hari, dalam 4 juta IDR jugak la...
PENGINAPAN
Kami menginap di Grand Tjokro
Hotel ni memang terbaik!!
Sangat-sangat sesuai untuk yang bawak anak-anak.
Makan breakfast memang terbaik!!
Banyak pilihan dan sedap!!!
Ada Spa, Swimming Pool, Play Area, Mini Animal Farm, Gym, dan banyak lagi...
Ni sume gambar sekitar hotel...
TEMPAT MAKAN
Yang ni kami makan di SEDERHANA Nasi Padang
Lauk ok..
Dan harga berpatutan..
Masa ni kami lunch 8 Dewasa 4 kanak-kanak dalam 320ribu IDR
Ni nasi Padang jugak, tapi tak ingat nama kedai..
470 ribu IDR
Ni pulak kat kedai nama Karamba Resto, Bandung
dalam 450 ribu IDR
Sebelah Karamba Resto ada satu Coffee House
Boleh la korang cuba jugak ye...
JOM JALAN-JALAN
Gambar ni atas Jalan Cihampelas menuju ke Ciwalk
Yang ni korang boleh Google la ye..
Sesuai
untuk suami-suami / isteri-isteri yang bawak anak sebab banyak kerusi
untuk lepak-lepak sementara tunggu yang lain perabih duit membeli-belah.
Anak-anak sangat tertarik untuk duduk tunggu di luar sambil perati
kolam-kolam ikan koi!!!
Kedai Minyak Wangi
Ada banyak kedai minyak wangi macam ni.
Satu botol kecil dalam RM13
Mintak je nak bau minyak wangi macam mana..
Jangan beli satu, nanti menyesal....hahahaha
Sila la beli lebih yeeeeeeee....
Yang kami pi ni kedai nama
Yang ni sesuai untuk anak-anak. Warga emas tak yah la masuk. Rugi bayar jek.. huhu...
200ribu IDR / orang
baby umur 1 hari pun kena bayar hokeyyyyyy
tbc...