Assalamualaikummmmmm
Hah...Siapa tak pernah masak ayam butter??? Rugi kalau tak pernah. Sangat senang okayyyyyy.
Ok. Jom cuba masak.
Bahan-bahannya mudah je.
Ayam !!!! Harus ada. Kalau nak ganti dengan itik ke. Angsa ke. Ostrich ke. Boleh jugakkkk huahahahhaa. Kalau ganti dengan udang pun sedap!!!
Ok. Bahan yang wajib:
1. Ayam x setengah ekor.
2. Butter x 5 sudu besar
3. Susu cair x 1 tin
4. Bawang besar x 1 ulas
5. Bawang putih x 4 ulas
6. Cili padi x 7
7. Daun kari
8. Serbuk Kunyit
9. Garam
10. Gula
Mula-mula...
hah.. goreng ayam dulu!!!!!!! kalau goreng ayam pun tak tahu, pi beli ayam goreng siap.. bahahhahaha..
Kunyitkan ayam you alls!!!
Dah tu Garamkan, Gaul pakai tangan!!! yang alergik kat kunyit tu boleh gaul la pakai senduk ke ape ke eh!! hahahha...
Gorengkan ayam tu, tak perlu masak abes, masak separuh pun ok dah sebab nanti nak masak lagi skali dalam butter...
OK.. Ni pulak bahan untuk membutter...
Butter, Susu Cair, Bawang Putih, Bawang Besar...
Tak lupa juga, cili padi..
Pakai nombor keramat, 7 biji cili padi.. kalo suke pedas, boleh pakai 9, atau 11, atau 13,.. kalau tak suka pedas, boleh pakai 5 je, atau 3, atau 1 atau tak pakai langsung...
Tumbuk kan bawang besar, bawang putih dan cili padi.
Ai is suka guna lesung batu buat tumbuk.. And suka tumbuk kasar jek. Cilik padi tu memang Ai tak suke tumbuk hancur, sebab nanti nak makan susah nak asingkan cili dari pinggan, sebab kalo gigit ni, hah... satu kolah air Ai minum.. kembung nanti...
Kaedahnya:
1. Panaskan kuali/periuk
2. Masukkan sikit mentega
3. Tumiskan bahan tumbuk (Bawang putih, bawang besar, cili)
4. Masukkan Mentega (3/4 sudu besar)
5. Masukkan Susu cari 1 tin.
6. Kacau Rata
7. Tambahkan Garam dan gula ikut citarasa
8. Masukkan ayam yang telah digoreng
9. Biarkan atas dapur sehingga dapat kepekatan yang diinginkan.
Jika suka berkuah, tak perlu lama, 5 - 8 minit.
Jika suka pekat berkrim, dalam 15 minit.
Bila dah masak, boleh la ngap dengan nasi panas.