Aug 11, 2014

Pak Clamp Restaurant

at 12:49 AM 0 comments
Kedai ni, makanan memang best,
tapi servis memang sangat sangat lambat, terutama bila meja start penuh.
Berjanggut tunggu. Lapar dibuatnya.

Lokasi? @ Geliga, Kemaman, Terengganu.

Banyak jugak la menunya.

:)

Disebabkan tunggu lama dan perut sangat lapar, so tak de mood nak snap gambar makanan sangat.

Pengajarannya, xleh datang makan sini kalau rushing or bila perut sangat lapar...or lapar...


Aug 8, 2014

Dari Roman Blind Curtain jadi.....

at 2:39 PM 0 comments
Langsir oh langsir.
Hajat dihati memang nak tukar langsir bilik kat rumah mak. Ermm.. sejak sebelum raya lagi.
Konon berangan nak tempah langsir style roman blind. Sebab macam menyampah plak bila tengak kain langsir melayang layang kibas barang masa angin syiok bertiup. Haha.
Sekali buat carian di laman atas talian (skema seh), perghhh.. mahal amat rupanya roman blind neh.
Bila search DIY roman blind macam tak mudah je nak buat.
So tukar plan. Dari nak tempah roman blind. Kepada nak jahit sendiri roman blind. Beralih kepada... buat langsir style lain yang mudah. Tapi tak nak style yang macam sekarang neh.
Sekarang style macam mane eh??
Haaa....
Macam neh je....

Ok. Bosan kan....

kalau langsir... memang slalu beli kain langsir dekat Nagoya. Kalau nak tempah situ pun murah je. Kalau langsir kosong biasa upah RM6 je sekeping.

So... g la Nagoya jalan jalan cari kain. Asalnya memang berniat nak gabungkan langsir lama ngn baru. Nak buat mcm 2 tone gitu. Tqpi cari punya cari.. takde yang berkenan. Malasnya la nak cari lagi. Padahal baru g satu tempat je pon. Haha. Pastu nak beli pun dalam 3 meter je pun ha.

last last senang cerita. Aku alter je la langsir dalam bilik tu. Jahit punya jahit. So jadi la gini langsir baru yang menggunakan langsir sedia ada. Cuma style je lain.

Langsir yang aku jahit ni buleh diperagakan (hah? diperagakan?) dalam pelbagai cara.

Selalunya yang day curtain tu sebelah dalamkan. Aku tarok sebelah luar, sebabnya aku tak suka bila dia dok sebelah dalam, kita memang takkan hiraukan dia keronyok ke ape ke yang jadi kat dia. Dok betulkan yang luar jek. Pastu Aku sambung header kat day curtain tu. amik dari kaki kain oren tu. so kain oren tu jadi pendek, tak le melayang-layang sangat merambu ramba bila ditiup angin.



Style 1: Tutup semua!
Style 2
Style 3: Aku suka yang ni, cahaya masuk, tapi bukan pandangan direct dari luar.
Style 4
Kos jahit adalah : TIADA


Sebab pakai langsir sedia ada. Benang sedia ada. Mesin Jahit. Dan Kegigihan.


Aku suke.. Kos Jahit: RM0.00




:)


Tapi disebabkan buat sendiri, memang comot pun, tapi.. ada aku kesah?? x pun.. hihi
 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei