Nov 3, 2014

Hari Pertama Ayra ke TASKA setelah lama bercuti panjang

at 9:35 AM 0 comments
Fuh.. bile cerita hantar anak ke TASKA....rasanya ibu bapa yang lagi gementar daripada anak.

Macam Ayra ni, lepas cuti bersalin terus letak di taska KKR @ Dewan Mahfuz KL. So bila dia da biasa duduk dari kecik lagi, memang kurang la masalah waktu pagi masa nak ditinggalkan di Taska.

Masa umur dia almost 2 years old, disebabkan mama and babah kena "kerja" di Kemaman, makanya Ayra kene tinggal dengan Nini dan Atok kat KL. So, tinggal la Ayra dengan pengasuh sebab Nini n Atok still kerja. Birpisah la Ayra dan kedua orang taunya weekdays selama 7 bulan.

Bila anak da duduk dengan atok, ditambah lagi mak bapak nun jauh diperantauan, akan wujud la ikatan kuat antara atok dan Ayra. Mana taknya.. atok kalau layan cucu lain kan...jaga baik punya. Naik moto kehulu kehilir. Beli macam-macam untuk cucu. Pergi Taman main kejar-kejar selalu. Berhujan panas bersama atas moto. Amboi bahagianya atok ngan cucu itu. Hihi..

Bila mama n babah Ayra dah return ke KL, so Ayra kene masuk Taska semula.

Hari ni hari pertama Ayra di Taska baru. Mula-mula semangat nampak Taska, nak pergi School sebab ada mainan depan taska.. Nah... bila dia nampak cikgu dah tunggu depan taska.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! dah mula raungan beserta titisan deras air mata. Huh... Drama dah.. hihi... 

Disebabkan cikgu dah biasa sangat dengan situasi macam tu, CIkgu terus je dukung Ayra yang masih meraung.. Dari dalam taska, Ayra jerit, "mama!!.............." sambil menangis..

Haha..masa ni la hati kena kuat, kaki kena tekad tinggalkan Taska dengan doa supaya Ayra selamat dan dilindungiNya.

Masa nak bergerak dari taska, ada seorang ayah ni cakap, " Tak pe..memang macam tu, anak saya pun dulu macam tu, tapi sekarang ni da masuk sendiri main kat dalam".

Fuh...agak lega.. terima kasih tuan yang memberi lega dihati.

Yang penting, jangan putus doa untuk anak.

Semoga anak-anak kita dijaga dengan baik dan sentiasa di bawah lindunganNya.

Aminn...


 

Oct 31, 2014

DiGi Malaysia Kini Membawakan iPhone 6 / 6+

at 3:22 PM 0 comments
Wow...lambatnya iPhone 6 masuk pasaran Malaysia.

Macam agak ramai jugak dah tayang iPhone 6/6+ yang dibeli dari luar.

Ok takpe..mari kita bersabar tunggu berita dari Digi, Maxis n Maybe Celcom.

Mak aih.. nak loading web DiGi punya lah payah!!!


Ok teruskan usaha ye rakan-rakan... haha.. tapi golongan macam Pensel ni memang tengok je la.

Buat masa ni tak de perancangan lagi untuk beli HP baru ye. Masih setia dengan Note 3 ye..

Oh...dengarnya... Note 4 lagi mahal dari iPhone 6.. !! hoho... tunggu la Note 6 pulak...haha....

Ini Choices yang ada if beli dari DiGi..

Pilihan Pakej Postpaid
iDiGi 50
iDiGi 78
iDiGi 108
iDiGi 148
iDiGi 238


16GB? 64GB? 128GB?

seharusnya lagi tinggi GB haruslah lagi mahal ye dak...

contoh if amik iDiGi 50...
...16GB device price RM2,165
...64GB device price RM2,500
...128GB device price RM2,835


Aku suke Space Grey!! haha...

Gold / Silver / Space Grey



 
with iDigi 50
RM2,215

 
with iDiGi 148
RM2,165 

 with iDiGi 78
RM2,165

 with iDiGi 108
RM2,165

 with iDiGi 238
RM2,165

Kalau diperhatikan, iDiGi 78, 108, 148 dan 238 kena bayar RM2,165.00

bezanya pada monthly plan dan device price.

if mampu, boleh la ambil pakej postpaid yang tinggi sikit.



Buatlah pilihan terbaik demi masa depan kewangan anda.. keh...keh....keh....



Oct 29, 2014

Photobook untuk Anakmu Yang Comel

at 12:29 PM 0 comments
Hye Semua~~

Mummys n Daddys yang sedang excited untuk terima orang baru dalam hidup, this is what you need...

Yes....!! Photobook!!!

Ok Macam ni.. Pixajoy tengah buat offer...Sila order kupon b4 31 Oct 2014.

Yup...kena beli kupon sebelum 31 Oct 2014, tapi...kupon tu valid selama:

"Voucher Valid Until : 21 April 2015"

so maknanya, uolls akan ada masa untuk create your photobook until that tarikh. Yeay!!!


From digital photos to lasting photo books. Start preserving your memories now!

  http://www.pixajoy.com.my/affiliate-url?c=GENTXT001&b=PIXAJOY&i=9743&sign=3f2e0cc57e3661f5351d5dbecee056ce&f=wl

  http://www.pixajoy.com.my/affiliate-url?c=GENTXT001&b=PIXAJOY&i=9743&sign=3f2e0cc57e3661f5351d5dbecee056ce&f=wl


Oct 23, 2014

...

at 2:39 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Fuh... tengah mode marah...astagfirrullah al-azim.....

Allahuakbar.....marahnya hati... rasa macam teranaiya.

Semoga Allah lembutkan dan bersihkan hati manusia itu.

Bila berniat baik untuk berkata benar,dengan tindakan manusia itu, perlukah aku berniat jahat untuk tidak berkata benar?

Manusia seperti kamu, hanya menerima kepalsuan di sekelilingmu.

Pada manusia seperti kamu, yang berkata benar itu adalah BURUK, dan yang berkata dusta itu adalah BAIK pada kamu.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah hati yang bersih kepada manusia itu, Engkau hindarkan manusia perosak minda disekelilingnya.

Seharusnya manusia yang hanya berlaukkan bodek - membodek tidak lagi wujud di zaman ini.

Aug 11, 2014

Pak Clamp Restaurant

at 12:49 AM 0 comments
Kedai ni, makanan memang best,
tapi servis memang sangat sangat lambat, terutama bila meja start penuh.
Berjanggut tunggu. Lapar dibuatnya.

Lokasi? @ Geliga, Kemaman, Terengganu.

Banyak jugak la menunya.

:)

Disebabkan tunggu lama dan perut sangat lapar, so tak de mood nak snap gambar makanan sangat.

Pengajarannya, xleh datang makan sini kalau rushing or bila perut sangat lapar...or lapar...


Aug 8, 2014

Dari Roman Blind Curtain jadi.....

at 2:39 PM 0 comments
Langsir oh langsir.
Hajat dihati memang nak tukar langsir bilik kat rumah mak. Ermm.. sejak sebelum raya lagi.
Konon berangan nak tempah langsir style roman blind. Sebab macam menyampah plak bila tengak kain langsir melayang layang kibas barang masa angin syiok bertiup. Haha.
Sekali buat carian di laman atas talian (skema seh), perghhh.. mahal amat rupanya roman blind neh.
Bila search DIY roman blind macam tak mudah je nak buat.
So tukar plan. Dari nak tempah roman blind. Kepada nak jahit sendiri roman blind. Beralih kepada... buat langsir style lain yang mudah. Tapi tak nak style yang macam sekarang neh.
Sekarang style macam mane eh??
Haaa....
Macam neh je....

Ok. Bosan kan....

kalau langsir... memang slalu beli kain langsir dekat Nagoya. Kalau nak tempah situ pun murah je. Kalau langsir kosong biasa upah RM6 je sekeping.

So... g la Nagoya jalan jalan cari kain. Asalnya memang berniat nak gabungkan langsir lama ngn baru. Nak buat mcm 2 tone gitu. Tqpi cari punya cari.. takde yang berkenan. Malasnya la nak cari lagi. Padahal baru g satu tempat je pon. Haha. Pastu nak beli pun dalam 3 meter je pun ha.

last last senang cerita. Aku alter je la langsir dalam bilik tu. Jahit punya jahit. So jadi la gini langsir baru yang menggunakan langsir sedia ada. Cuma style je lain.

Langsir yang aku jahit ni buleh diperagakan (hah? diperagakan?) dalam pelbagai cara.

Selalunya yang day curtain tu sebelah dalamkan. Aku tarok sebelah luar, sebabnya aku tak suka bila dia dok sebelah dalam, kita memang takkan hiraukan dia keronyok ke ape ke yang jadi kat dia. Dok betulkan yang luar jek. Pastu Aku sambung header kat day curtain tu. amik dari kaki kain oren tu. so kain oren tu jadi pendek, tak le melayang-layang sangat merambu ramba bila ditiup angin.



Style 1: Tutup semua!
Style 2
Style 3: Aku suka yang ni, cahaya masuk, tapi bukan pandangan direct dari luar.
Style 4
Kos jahit adalah : TIADA


Sebab pakai langsir sedia ada. Benang sedia ada. Mesin Jahit. Dan Kegigihan.


Aku suke.. Kos Jahit: RM0.00




:)


Tapi disebabkan buat sendiri, memang comot pun, tapi.. ada aku kesah?? x pun.. hihi

Feb 20, 2014

Saya sayang Kuala Lumpur | I love KL

at 11:06 AM 0 comments

Lake Garden KL Malaysia

Jom jogging...

Feb 17, 2014

Perasaan vs Perasan Part 1

at 1:38 PM 0 comments

Aduhhhh... 23feb ni aku n suami akan menjalani kursus selama 7 bulan.....!!

So maknanya kami kena tingalkan ayra yang baru berusia 22 bulan dengan atuk dan nani nye..

Hurmm...sayu ku pendam sahaja.

Ayra ni macam tau tau je mama nak tinggalkan ayra 7 bulan kan.

Dia da start merengek nak berkepit je.. tido malam cari mama. Bangun tido nangis cari mama.

Awak macam tu je kan. Lagi la sayu hati mama.

Bayangkan lah...tengah solat subuh pagi tadi, tetiba dengan ayra nangis dari bangun tido di bilik sebelah. "Mama...mama......mama". Aduihai hati...

Macam mana la ayra n mama lalui 7 bulan tanpa disisi bersama.

😭😭😭😭😭😭😭😭

Ni perasaan mama je ke atau memang ayra perasan mama nak tinggalkan ayra 7 bulan?

Feb 3, 2014

Aktiviti berkuda sempena tahun KUDA

at 10:21 PM 1 comments

Di suatu pagi yang hening...tak hening mana pun...aku...suami...anak..n abah ku telah berkesempatan menjejakkan kaki ke unit berkuda Tamn Tasik Titiwangsa, KL...chewahhh..

Dan bermulalah aktiviti bersama kuda...


Ni aktiviti berkereta kuda... 

Ayra sebenarnya da sangat mengantuk dan dahaga...kesian anak mama...

seterusnya aktiviti mak bapak getis nak tunggang kuda yaw.....


Kuda buat noty....ada ke patut dia lari dikala aku brlum bersedia...chewahh...nebes mak...

Ok...ni skarang nak cerita part paling best.....sempena hari wilayah.... semua aktiviti berkuda adalah PERCUMA.... yeeeeee...tak tipu....FREE OF CHARGE... sebulan........yesss..free sebulan......  

HUAHAHAHAAAAA....
 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei