Nov 20, 2013

Update ios lagi

at 6:44 AM 0 comments
Bagus la diorang ni, rajin buat ios improvements. So marilah kemaskini.


Nak kena setuju dengan T&C. Tapi ada ke orang nak baca sampai habis? 

Memuatturun...

Penyediaan kemaskini...

Dah siap..!!!!

Ayra dairrhea

at 4:38 AM 0 comments
Sekarang ni pukul 4.10 am.

Malam tadi bawak ayra pi HKL sebab dia still muntah-muntah lagi. Da masuk malam kedua nih. Risau dihidrasi teruk.

Doc suruh bawak ayra pi ambil darah. Haa...memang mama macam tak sanggup, babah pun xsanggup, last-last atuk ayra yang bawak ayra pi ambil darah. Mak tok ayra da lari siap-siap.

Masa nurse sapu bius sejuk tu ayra da start nangis. Kami perhati dari jauh je. Ouch... Satu hospital dengar ayra nangis. Kasihan anak mama.

Bila dapat result (siap dalam masa 13 minit jek), bawak pi kat doc balik, fuh... Lega..doc kata keputusan darah normal, maybe dia diarrhea sebab makanan or benda yang ayra sentuh.

Kalau result tak normal, bermalam kat 'hotel' 7 bintang la gamaknya.

Dan doc ada advise untuk beli ubat 'smecta' untuk kasi najis keras sebab ayra berie-berie.

Malam ni temp ayra still tinggi. Masa kat HKL tadi pun da demam. 38.7*C. So ada la aktiviti menyejukkan badan dengan towel basah.

Esok kena la ambil cuti sebab doc advise untuk bagi ayra rehat sehari kat rumah.

Confirm boses kat office bising dan cakap belakang. "Anak sakit la, mak sakit la, bla.. Bla.. Bla.." Lantak la. Family first. 
Cuti boleh dikumpul. Tapi kesihatan dan emosi anak perlu diutamakan. Chewah...

Ni malam semalam. Lepas adegan muntah-muntahan, dia tido kelesuan.

Ni pulak adegan emosi lepas balik dari klinik. Doc kat klinik pesan, "if your baby cry without tears, bring her to hospital immediately. And if your baby's hand is cold, also bring her to hospital. Immediately. U have to monitor your baby. And if u love her, please make her finish the ORS (oral rehidration salt)."

Ni adegan lepas kena cucuk ambil darah. Ayra nangis sambil hulur tangan. Nasib baik ada tok abah yang rajin layan Ayra.

Ni adegan baru kejup tadi. Kasi tarok kain basah sket...

Ayra memang jenis tak suka kain basah diletak atas kepala masa tido, dia da alihkan kain basah tadi dan cakap "dah dah dah" heheheh.. 

Mama saya kamu anakku ayra safeerah (respectable ambassador). Semoga anak mama cepat sihat dan montel gebu kembali. Amin!!


Nov 19, 2013

15 kali?

at 9:43 AM 0 comments
Alahai sedihnya rasa hati. 

Semalam ayra start muntah... Muntah.. Dan muntah...

Pastu ayra tido... Masa tido, dia muntah yang sangat banyak....tapi dia still tido... Bila angkat bawak pi bilik air baru dia jaga... 

Then ayra tido balik... Mula la episod tak tido malam. Sepanjang malam ayra muntah selang sejam.

Pukul 3 pagi dia start cirit yang sangat cair.... 

Sampai sekarang ni dia still muntah bila ada makan or minum. Even minum air suam pun dia muntah balik.

Dah lebih 15 kali dia muntah dan 6 kali cirits. Terus kempis perut si anak..😭

Apa la yang ko makan deq oi...

Nov 16, 2013

Weekend

at 12:09 PM 0 comments
Hari ni lepaks rumah mil kat sg buloh..

Mari berTV karennnn...karennnn.....

Cik abang domok domok pun lepaks...

Sambil anak dara kami tidoq, kami goyangs kaki...

Pagi ni dapat berita dari fiza, beliau keguguran pada usia 11 minggu. 😭

Semoga fiza tabah ye sayang.

😥


Nov 12, 2013

Bila nak settle daaaa

at 10:09 AM 0 comments
Berzaman jugak la try nak settlekan level nih...
Ni la dia yang tengah aku hadapi....poyo je ek... Berzikir lagi baik...


Nov 6, 2013

Jom buat Photobook - Pixajoy

at 5:06 PM 3 comments
Hari ni nak share pasal photobook...

Korang pernah buat photobook tak? OK...mula-mula nak tanya, siapa yang sekarang ni masih lagi pi cuci gambar size 3R atau 4R? mesti tak ramai kan. Ada gambar best  4, 5 tahun lepas pun belum pi cuci lagi kan...Al maklumlah semua konon nya digital, tayang kat digital photoframe je la gamaknye kan...

Macam aku ni memang ala-ala malas nak pi cuci gambar kat kedai gambar (takkan kedai dobi plak ek)..

So, untuk mengatasi kemalasan tersebut, aku pun sekarang ni makin rajin la buat photobook..

Ada 3 company aku pernah buat photobook, which is,

  • VPrint
  • PhotoBook Malaysia
  • Pixajoy 
Tapi dengan software, servis dan quality terbaik, adalah dari Pixajoy. Memang tip top dan aku sangat puas hati.

So, aku memang highly recommend Pixajoy kat korang semua.

Dan shipping kos dia pun agak murah berbanding company lain.

Dia punya software pun agak friendly user la.....Dan sentiasa di update dari semasa ke semasa. So, tipsnye, rajinkanlah diri untuk "check for updates" sebelum mula create A new Projects.

Dan kalau nak download software nye, haruslah percuma.Gratis.

Yang paling best, Pixajoy selalu sangat buat promo photobook. Selalunya aku beli kat Groupon or website Pixajoy. Pernah dapat deal softcover photobook RM30 kalau tak silap. Then hardcover, pernah dapat offer RM49. Memang terbaik lah... So, sekarang ni, pantang nampak offer photobook, memang aku sambar, ni baru je lepas sambar offer photobbok dari groupon...hardcover 40 pages RM52 inc shipping. memang WOW...



Kalau nak bagi e-voucher as gift pun boleh.



Dah maca duta Pixajoy plak. Ahaks.. Benda best, apa salah kongsi ye dak...


Meh tgk photobook yang aku dah buat













Selain photobook, kat pixajoy pun boleh buat custom kalendar like this:



Jom kukus nasi

at 7:57 AM 0 comments
Haa.. Nak dijadikan cerita, periuk nasi yang aku biasa dok guna tu macam da nak start rosak. Bila masak nasi, nasi tu jadi macam berbutir-butir tak masak. Maknanya dia keras macam beras. Wat rugi beras je kan.

So, aku pun blaja la kukus nasi. Wah, senang rupanya. Sampai sekarang ni la aku hari-hari kukus nasi. Suamiku pun suka!!! Cewah...itu yang penting sebenarnya.. suami suka..tettttt....



Ni periuk nasi yang aku guna untuk kukus nasi.

Mula-mula, masukkan air, bia sampai mendidih ala-ala dah keluar stim gitu...

Then letakkan platform kukus tu

Beras yang dah ditapis, masukkan air ikut sukatan macam biasa. Tapi bila diperhatikan (macam saintis pulak), letak air walau kurang dan banyak, nasi akan masak cantik je (macam cantik je..macam cantik je...memang cantik je...memang cantik je...)

Aku letak macam ni...sangkut je...huhu...

Agak-agak nasi nak start kering, gaul-gaulkan sikit nasinya...akan terlihatlah nasi semakin mengembang, dan masih berair sikit-sikit...

Haaa...ni nasi yang dah masak. Elok je berderai nasi-nasi itu... Tak melekat-melekit macam nasi yang dimasak guna periuk nasi macam biasa.



P/s: agak-agak, ada tak yang cakap macam ni... "Masak nasi pun nak cerita kat blog...ntah ape-ape ntah ek"
hhehehehhe...suka hati aku le, blog aku weh..
peace!!

Nov 4, 2013

No complaint at all

at 9:12 AM 0 comments

Hurmmm.. Semalam, sepanjang hari, sepanjang malam, aku sakit kepala sangat. Adoiii.. Nak buat keje rumah pun susah.almaklumlah, suri rumah macam aku nih, memang la tak rajin, tapi keje kena la buat ye tak. Hehe..bile dah start sakit kepala, dengan ubat mmg susah sangat nak makan, haa..rasakan...nak buat keje rumah pun dah payah.. 


Tapi, walaupun dapat sakit tu, anak dan suami ku faham. Nasib baik la suami ku ni memang jenis ringan tulang dan tak berkira. Alhamdulillah. Ayra pulak tak kacau SANGAT. Tapi of course dia tetap kacau walaupun sikit-sikit.


Ya Allah ya tuhan ku, malam tadi punyalah sakit kepala sampai terjaga pukul 130am. Pukul 430am baru la bileh tido balik. Abes jugak la 2, 3 level candy crush dalam pada sakit kepala. 


Bila bangun pagi, suami prihatin pi buat milo dan bagi isteri makan ubat. Tq abangku sayang. Hihi. Ayra pun bangun pagi tak kacau mama dia yang tengah sakit kepala nih. Terima kasih anakku yang baik pekerti. 


Sesungguhnya, Allah meletakkan insan-insan yang mulia di sampingku. Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Allah...


Segala rezeki, penyakit, bahagia, derita...ada hikmah disebalik segalanya. Allah berikan yang terbaik untuk kita. Amin..


No complaint at all. I love u Allah..

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei