Dec 18, 2013

Big bad wolf 2013

at 2:04 PM 0 comments

Tgh hari di suatu hari lalu kami pi mines exbihition.

Big bad wolf 2014. Actually kami tak pernah pi book fair neh. Hari tersebut tergerak hati nak pergi. 

Memang gile lah beli buku... Murah giles.. Da banyak pilihan... Tapi tak bnyk sgt genre yang ada. Kena pandai n rajin selongkar...

Hasilnya, aku ngn cik abang rembat dlm 20+ buku dengan total harga RM152.00 sahaja.. What?? Murah gile.. 

Ayra pun dapat banyak buku..

Buku untuk kanak-kanak memang banyak, murah dan best...



So hari ni nak mula baca buku yang nih...


What? RM5 je.. Jom mula membaca. 

ScarfSouq.com - review by AKU part 2

at 2:03 PM 0 comments

Kan aku ada post yang sebelum ni pasal ScarfSouq.com...

Last 2 days aku order online,

Hari ni da received item via poslaju. 

Glad poslaju sent to exact and direct to the address provided. 

Kalau Pos Malaysia biasa tu memang aku confirm tak sampai, atas sebab-sebab tertentu yang aku sangat tak boleh terima.

So dah dapat item, ini first time beli wide shawl and tak sangka this ScarfSouq.com punya wide shawl was very wide. Boleh jugak kalau nak dijadikan tudung bawal sebab memang wide.

Material cotton yang agak nipis. Tapi tak nipis terlampau la. Masih boleh diterima.

So basicly, ok la. Cume admin ScarfSouq tak ada bagi feedback pasal comment aku hari tu.

Cuma inform yang ScarfSouq.com da  shipping item.

"Order ID: xxxDate Ordered: 16/12/2013
Your order has been updated to the following status:Shipped
To view your order click on the link below:[bla bla bla link]
The comments for your order are:
Hi dear,
Maaf lambat emel. Kami dah deliver your order via poslaju. Harap you dah terima parcel drpd posaju.Ni tracking number: EM646810805MY.Have a nice day!
Thank you! =)"


Dec 17, 2013

Oh photobook lagi!!!!

at 4:14 PM 0 comments
Sebelum aku ada post pasal offer photobook dari Pixajoy.. [Link Post] [Link Pixajoy]

Dah tamat lah offer murah itu...Kasihan pada mereka yang tak sempat rembat offer itu.. 

Last Friday send order.. 

Yeay...Hari ni, Selasa da sampai.. 

Photobook lawatan ke KL Bird Park

Terbaik la pixajoy!!

Yang di bawah ini adalah hardcover...

Single Window  

6 x 8 

Sky Blue

Art paper 150 gsm

Yang ni beli masa promo pixajoy. 

RM25 jek!!! kalau tak offer harga RM92....

Yang bestnye Pixajoy ni biasanya free delivery.. I LIKE!!  








Kalau ada yang minat nak buat photobook, memang aku highly recommend PIXAJOY yang best ini...

From digital photos to lasting photo books. Start preserving your memories now!

Dec 16, 2013

ScarfSouq.com - review by AKU

at 10:24 AM 0 comments
Hye Semua~~

Cerita nye macam nih. Aku macam dah lama jugak subscribe newsletter ScarfSouq.com

Tapi tak pernah la berniat nak beli. Cuma cuci mata je. Comel jugak selendang dan tudung bawalnya.



Weekend lepas, my auntie dari Penang datang rumah mak nak jalan-jalan KL, aku pun turut la menyempitkan diri kat rumah mak.

So, auntie aku ni cerita la dia da start kerja gila beli selendang dan tudung via online Al-Humaira Cont. AHC tu.

Bila keluar jalan-jalan n shopping hoping pun dia rajin la menggayakan selendang AHC kebanggaan dia tu. Abes melangit la dia puji keenakkan dan keselesaan menggaya dan menggunapakai selendang AHC.

Berbalik kepada tajuk post (tetiba mata pandang tajuk post), ...

...pagi ni aku dapat lagi emel dari ScrafSouq.com

Ada design baru katanya..katanya...

Aku pun klik... ScarfSouq.com

Niat dihati memang la nak cuci mata semata....Tambahan pula disebabkan kat pejabat aku ni ada pasar tani setiap selasa dan khamis, dan jugak pejabat aku ni agak dekat dengan Jalan TAR, so memangnya rajin la tengok fesyen-fesyen terkini. Nak beli pun senang. Tak la desperado nak beli online bagai. Kalau tengok live lagi bestkan.. Chewah...

Tetiba, aku register account ScarfSouq.com.. haaaa...dan pulak tu dapat store credit RM5 untuk pembelian pertama mana-mana item.

Tetiba jugak masuk satu item dalam wishlist. Alamak!! Kronik nih..

Tetiba lagi, terdetik nak try servis dari ScarfSoup nih [ini adalah alasan pertama]..Dengan dorongan diskaun RM5 (Strategi rasuah dorongan nafsu membeli dari ScarfSouq.com berjaya mempengaruhi aku - huahahah) [ini adalah alasan kedua]..dan juga free postage [dan ini adalah alasan ketiga]

So, klik la satu ayat "add to cart" untuk satu item RM30.... dengan free post dan store credit RM5, jadi la harganya RM25...

Ok, next, masuk delivery info, delivery option, aku pun add comment macam ni ->

The comments for your order are:
Please don't use Pos Malaysia because they wont sent direct to me and I have to pickup the item @ pos malaysia office. thank you.

Yang ini sebagai test kepada ScrafSouq.com sama ada akan penuhi permintaan pelanggan or akan communicate dengan pelanggan untuk perbincangan sewajarnya..haaa..dah macam pre-assessment dah ha..


Ok..bila tiba masa untuk bayar, ni la part yang paling aku tak berkenan...



Okeh..payment kena buat via webcash..dan kena caj RM1.00..pakai CIMB Clicks pun kena RM1.00. RHB pun kena RM1.00. Affin Bank pun RM1.00..Kecuali webcash prepaid tak ada caj. Ini aku tak boleh terima..Sebabnya kalau beli online tempat lain, mana ada caj RM1.00 even guna fpx...

Dan bila guna webcash, anda akan terima emel dari webcash

Email Notification
Facebook Twitter Buzz
Dear [bla bla bla],

You have received a free Webcash Account for your recent transaction at Webcash Payment Exchange.
Upon successful transaction, you will be rewarded with Webcash Points and it will be credited into your Webcash Account.
Webcash account No. [Bla Bla Bla] is pending activation.
Click here for activation Activate


Aduyai...I tak suke emel seperti ini. Memang la korang akan cakap tak de hal lah...no big deal, tapi aku tak suka.....!!!

So sekarang ni aku just tunggu item ScarfSouq.com... nak tengok servis macam mana dan ScarfSouq.com pos item guna servis pos mana.. poslaju ka? pos lambat ka? pos malaysia ka? pos lain ka?

Kalau ScarfSouq.com memang guna pos malaysia semata, aku rasa ScarfSouq.com haruslah contact aku semula, based on request aku, untuk tukar alamat penghantaran or whatever option yang atas sebab-sebab di atas {aku memang degil untuk tidak membaca T&C..padan muka aku..heheh}.

So...tunggu Review 2 by aku...!!!!

Daaa~~


Dec 5, 2013

WOW... Photobook Sale...RM25 je untuk Hardcover???

at 12:08 PM 0 comments
Hye Semua~~


Malam tadi memang aku excited tengok emel dari pixajoy.....

Ada sale!!! murah gile!!!

Dan pagi ni, aku dah beli voucher murah itu.... RM25 jek!! YES... RM25 je!!

Dapat  Single Window Die-Cut Hardcover Photo Book 


Size:6" x 8" Landscape/Portrait
Pages:24

Seronok you!!

ada 5 types....






Cepat grab!!! rugi oooooooo kalo tak grab!!! tinggal lagi 7 hari je sebelum offer tamat!!!



Nov 20, 2013

Update ios lagi

at 6:44 AM 0 comments
Bagus la diorang ni, rajin buat ios improvements. So marilah kemaskini.


Nak kena setuju dengan T&C. Tapi ada ke orang nak baca sampai habis? 

Memuatturun...

Penyediaan kemaskini...

Dah siap..!!!!

Ayra dairrhea

at 4:38 AM 0 comments
Sekarang ni pukul 4.10 am.

Malam tadi bawak ayra pi HKL sebab dia still muntah-muntah lagi. Da masuk malam kedua nih. Risau dihidrasi teruk.

Doc suruh bawak ayra pi ambil darah. Haa...memang mama macam tak sanggup, babah pun xsanggup, last-last atuk ayra yang bawak ayra pi ambil darah. Mak tok ayra da lari siap-siap.

Masa nurse sapu bius sejuk tu ayra da start nangis. Kami perhati dari jauh je. Ouch... Satu hospital dengar ayra nangis. Kasihan anak mama.

Bila dapat result (siap dalam masa 13 minit jek), bawak pi kat doc balik, fuh... Lega..doc kata keputusan darah normal, maybe dia diarrhea sebab makanan or benda yang ayra sentuh.

Kalau result tak normal, bermalam kat 'hotel' 7 bintang la gamaknya.

Dan doc ada advise untuk beli ubat 'smecta' untuk kasi najis keras sebab ayra berie-berie.

Malam ni temp ayra still tinggi. Masa kat HKL tadi pun da demam. 38.7*C. So ada la aktiviti menyejukkan badan dengan towel basah.

Esok kena la ambil cuti sebab doc advise untuk bagi ayra rehat sehari kat rumah.

Confirm boses kat office bising dan cakap belakang. "Anak sakit la, mak sakit la, bla.. Bla.. Bla.." Lantak la. Family first. 
Cuti boleh dikumpul. Tapi kesihatan dan emosi anak perlu diutamakan. Chewah...

Ni malam semalam. Lepas adegan muntah-muntahan, dia tido kelesuan.

Ni pulak adegan emosi lepas balik dari klinik. Doc kat klinik pesan, "if your baby cry without tears, bring her to hospital immediately. And if your baby's hand is cold, also bring her to hospital. Immediately. U have to monitor your baby. And if u love her, please make her finish the ORS (oral rehidration salt)."

Ni adegan lepas kena cucuk ambil darah. Ayra nangis sambil hulur tangan. Nasib baik ada tok abah yang rajin layan Ayra.

Ni adegan baru kejup tadi. Kasi tarok kain basah sket...

Ayra memang jenis tak suka kain basah diletak atas kepala masa tido, dia da alihkan kain basah tadi dan cakap "dah dah dah" heheheh.. 

Mama saya kamu anakku ayra safeerah (respectable ambassador). Semoga anak mama cepat sihat dan montel gebu kembali. Amin!!


Nov 19, 2013

15 kali?

at 9:43 AM 0 comments
Alahai sedihnya rasa hati. 

Semalam ayra start muntah... Muntah.. Dan muntah...

Pastu ayra tido... Masa tido, dia muntah yang sangat banyak....tapi dia still tido... Bila angkat bawak pi bilik air baru dia jaga... 

Then ayra tido balik... Mula la episod tak tido malam. Sepanjang malam ayra muntah selang sejam.

Pukul 3 pagi dia start cirit yang sangat cair.... 

Sampai sekarang ni dia still muntah bila ada makan or minum. Even minum air suam pun dia muntah balik.

Dah lebih 15 kali dia muntah dan 6 kali cirits. Terus kempis perut si anak..😭

Apa la yang ko makan deq oi...

Nov 16, 2013

Weekend

at 12:09 PM 0 comments
Hari ni lepaks rumah mil kat sg buloh..

Mari berTV karennnn...karennnn.....

Cik abang domok domok pun lepaks...

Sambil anak dara kami tidoq, kami goyangs kaki...

Pagi ni dapat berita dari fiza, beliau keguguran pada usia 11 minggu. 😭

Semoga fiza tabah ye sayang.

😥


Nov 12, 2013

Bila nak settle daaaa

at 10:09 AM 0 comments
Berzaman jugak la try nak settlekan level nih...
Ni la dia yang tengah aku hadapi....poyo je ek... Berzikir lagi baik...


Nov 6, 2013

Jom buat Photobook - Pixajoy

at 5:06 PM 3 comments
Hari ni nak share pasal photobook...

Korang pernah buat photobook tak? OK...mula-mula nak tanya, siapa yang sekarang ni masih lagi pi cuci gambar size 3R atau 4R? mesti tak ramai kan. Ada gambar best  4, 5 tahun lepas pun belum pi cuci lagi kan...Al maklumlah semua konon nya digital, tayang kat digital photoframe je la gamaknye kan...

Macam aku ni memang ala-ala malas nak pi cuci gambar kat kedai gambar (takkan kedai dobi plak ek)..

So, untuk mengatasi kemalasan tersebut, aku pun sekarang ni makin rajin la buat photobook..

Ada 3 company aku pernah buat photobook, which is,

  • VPrint
  • PhotoBook Malaysia
  • Pixajoy 
Tapi dengan software, servis dan quality terbaik, adalah dari Pixajoy. Memang tip top dan aku sangat puas hati.

So, aku memang highly recommend Pixajoy kat korang semua.

Dan shipping kos dia pun agak murah berbanding company lain.

Dia punya software pun agak friendly user la.....Dan sentiasa di update dari semasa ke semasa. So, tipsnye, rajinkanlah diri untuk "check for updates" sebelum mula create A new Projects.

Dan kalau nak download software nye, haruslah percuma.Gratis.

Yang paling best, Pixajoy selalu sangat buat promo photobook. Selalunya aku beli kat Groupon or website Pixajoy. Pernah dapat deal softcover photobook RM30 kalau tak silap. Then hardcover, pernah dapat offer RM49. Memang terbaik lah... So, sekarang ni, pantang nampak offer photobook, memang aku sambar, ni baru je lepas sambar offer photobbok dari groupon...hardcover 40 pages RM52 inc shipping. memang WOW...



Kalau nak bagi e-voucher as gift pun boleh.



Dah maca duta Pixajoy plak. Ahaks.. Benda best, apa salah kongsi ye dak...


Meh tgk photobook yang aku dah buat













Selain photobook, kat pixajoy pun boleh buat custom kalendar like this:



 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei