Aug 19, 2011

FWD: 11 Amalan TERBA L I K.. Betulkan segera!

at 1:39 PM 0 comments
Hye Semua~~

This is sebaran e-mail from my lovelyand cute aunt Safina:


Assalamualaikum, Yang baik buat tauladan, yang salah sama-sama perbetulkan, insyaallah. 
 
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hiduporang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah dimintatapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita......Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikutselera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


Sekian

Aug 12, 2011

Video 12 Jun 2011

at 12:23 PM 2 comments
Hye Semua~~

Aug 10, 2011

LEMBAH KELANG ATAU LEMBAH KLANG????

at 4:02 PM 1 comments
Hye Semua~~


GUYS.....

SAPE KAT SINI PAKAR BAHASA?

PAKAR EJAAN PUN LAGI BAGUS KALAU ADA ANTARA KORANG...

AKU NAK TAU:

EJAAN MANA YANG BTOL?



LEMBAH KELANG??? 

ATAU  

LEMBAH KLANG???

TAPI KALAU DALAM BI...KLANG VALLEY...

SO MANA SATU??

LEMBAH KELANG ATAU LEMBAH KLANG????

Jul 26, 2011

Menu Semalam

at 4:20 PM 0 comments
Hye Semua~~

Nak cerita pasal Menu semalam (26 Julai 2011)

setakat ni, hati masih kental untuk rajin memasak.....

Semalam masak Ayam Madu, Kangkung Bilis (Feberet gua) , dan Ikan Terubok Masin Goreng Cili, serta Air Jus Mangga Pokok Jiran Sebelah...hehe

Ni kangkung Bilis...Feberet PENSIL

Ni Pulak PENSIL cuba masak ayam madu... Suami PENSIL suke sangat.....hingga menjilat jari....

Yang ni Ikan Terubok Masin. Goreng dengan Bawang dan Cili Kering.. Then Ada perahan Limau nipis dan kicap manis di atasnya...ha...keliur tak???


Arini pulak, PENSIL nak masak tomyum campur (Udang + ayam) ngan Sambal Bilis dan Kentang Goreng.....wehooo...

Jul 19, 2011

Menu July 18, 2011

at 7:54 AM 0 comments
Hye Semua~~


Kali ni menu untuk dinner kami,
:: Sotong kunyit
:: Ayam Tomato
:: Kangkung Bilis
:: Air Oren Twister
 



part yang paling best bila husband cakap macam nih::
"Nanti sayang masak lagi Ayam Tomato ni ye"

hehehhehehehhehehhehehhee....

Jul 17, 2011

Arini nak masak ape???

at 4:59 PM 0 comments
Hye Semua~~Yeayyyyy....

Hari ni nak try masak kurma ayam....
Tak tau la ape rasanya nnt.... Huhu
Yang penting, rajin mencuba sehingga berjaya ....
Hehe....

Jul 16, 2011

After 1 month 6 days

at 9:14 AM 0 comments
Hye Semua~~

Wahhhh....dah lame sangat tak update blog...hurmm...rindu jugak nak blogging ni...

ermm.....sejak dah bergelar isteri orang ni..seronok la dengan hidup baru... fun...exciting...dan di sinilah bermulanya nak kenal hati budi dan hati perut suami ku....hehhehehe.....tapi yang paling ketara, kami berdua makin membesar bersama...huhuhuuu....asyik makan jek.. mana tak membesarnya...

untuk 1st month anniv ni, kitorang celebrate biasa-biasa - g makan kat AMARIN Heavenly Thai.. kitorang tengah gila dengan kedai-kedai seacuisine group...terutamanya BASIL...huaaaa...sedapnye...., ni kalo makcik-makcik tau nih, mesti diorang cakap, huh....1st month dok manis lagi la nak celebrate kan....dah lama-lama nnt rasa le sendiri...aiyarkkkk...

my hubby tengah exam ni....ni yang sempat lagi nak blogging...hehe...erm...setakat ni je kot, nak g tolong mak tgk TV kat depan...hehe...tata~~

Jun 3, 2011

Happy nya saya

at 12:19 AM 1 comments
Hye Semua~~

huwaaaaaaaaaaaaaaaa...lagi seminggu...macam da start nebes...

smlm meeting dengan tok kadi...chewah..meeting ngn tok kadi..huhu....ada PENSIL, Tunang PENSIL, Mak PENSIL dan Abah PENSIL.....bagus la pendekatan ustaz tu, dia ajak jumpa, cerita proses ijab dan qabul, suruh fahamkan taqliq....sesi soal jawab rumah tangga...tapi PENSIL senyap jek...segan sebenarnya..mak, abah dan tunang PENSIL yang cakap banyak..huhu...

setakat ni, urusan semua berjalan lancar...amin...semoga cuaca masa majlis sangat cantik dan nyaman....semoga ramai tetamu yang hadir...semoga semua yang membantu dan tetamu berpuas hati....terutama keluarga PENSIL yang besar...amin.... Engkau lindungilah majlis kami ya Allah...aminn.....

tadi pergi ambil baju nikah, anta dry clean...
malam buat decorasi hantaran...
tengah malam berblogging...
sekarang, nak tido..

selamat malam semua, jangan lupa baca doa tido ye....

:D

May 17, 2011

saat genting

at 9:58 PM 4 comments
Hye Semua~~

bukan saat-saat di Genting...tapi di saat-saat genting...

hurmm...lagi berapa hari je majlis kawen PENSIL....

provider khemah plak cakap tak buleh nak pakai khemah, sebab ada event lagi besar nak guna khemah diorang...

arghhhhhhhhh...tensen...tensen... kang berkhemahkan langit plak ha..huhu...

takpe...takpe..ikhtiar.....Ya Allah Ya Tuhanku...Permudahkanlah urusan majlis perkahwinan ku...aminn...

akan PENSIL harungi dengan bersungguh-sungguh...

doakan PENSIL berjaya ya semua... Aminn..

Mekasih semua...

:D

May 12, 2011

Kahwin Vs. Site

at 9:58 PM 1 comments
Hye Semua~~

adesss...sekarang ni musim memang tak menentu... PENSIL risau jugak, harap-harap nanti masa majlis kahwin PENSIL, cuaca cantik.. dan kami semua sihat.. Aminn... Sekarang ni pun PENSIL asyik selsema dan bersin banyak kali...

ermmm...tak sampai sebulan je lagi majlis PENSIL...

time-time ni pulak la bos rajin ajak turun site....

bos...panas bos.....PENSIL nak kena jaga kulit ni bos...

PENSIL dah la tak berapa terang...hasihhh....

harap-harap dalam masa sebulan ni, bos tak suruh PENSIL pergi site....tak mahuu.....

apa-apa pun, tgk la gambar PENSIL pergi jenguk kat site...





May 8, 2011

Yeay...Kek Kahwin Menarik!! dan... Selamat Hari Ibu

at 12:01 AM 1 comments
Hye Semua~~

PENSIL dah jumpa kek kahwin yang menarik, harga memang ngam, 3 tier plak tuh...wehooooo...seronoknye...

eh...letih tau nak mencari yang terbaik...selagi ada usaha...kita akan berjaya...insyaallah...

esok PENSIL nak sambung keje mengecat rumah...huhu....usaha...usaha...usaha.....

YeaYYYyyyyy.....

   Selamat Hari Ibu to My Mom    

....dan semua ibu-ibu di luar screen sana...

Kepada,

Arwah Maktok, 

 Mak Sopiah,

Cikna, 

Maksulin, 

Kak Lyana, 

Kak Sue, 

Kak Jemah, 

Izlin

dan semua lahhhhhhhhhh...

   SELAMAT HARI MAMA!!!!!  
Terima kasih di atas perjuangan mak, ibu, mama, ummi sekalian.....
Sesungguhnya, Korang memang TERBAIK untuk kami!!!!

May 3, 2011

My Sponsor-ianz

at 11:36 PM 0 comments
Hye Semua~~

wow...nampak tak ape kat sebelah kiri tuh??

PENSIL terima sponsor untuk beli marshmallow....

weehooooo....seronoknye...... tak terkata...

Plan sebelum nih, PENSIL memang tak ada kek kahwin untuk majlis PENSIL. Tapi, Alhamdullillah.....ada sponsor jugak............Alhamdulillah...semoga kalian murah rezeki....Sekarang PENSIL telah nak mencari si pembuat cake....nak cake buttercream jek...sedap...suke buttercream cake.....tak suka fondant...

kepada cik-cik SPONSORianz, terima kasih banyak-banyak...sayang you all................muahhhhhhhhhhhhhh...


bye semua...

Apr 10, 2011

Banyak PENSIL Nak Cerita

at 6:21 PM 5 comments
Hye Semua~~

kan Khamis lepas PENSIL amik cuti kan....haaaaa... banyak perkara yang PENSIL da settlekan masa cuti hari Khamis lepas....

Pagi-pagi PENSIL gerak tengok projek rumah banglo PENSIL...haha..banglo lah sangat...

Agak keciwa bila PENSIL tengok progress rumah tu....bilik air je yang dah siap tiles, bilik-bilik dan dapur belum lagi....arghhhhh...ingtkan at least dapur tengah nak buat...rupanya satu bilik air je yang siap...bilik air lagi satu tengah buat....alaaaaaaaaaa...

Macam biasa la, bila pergi tengok rumah, ada je barang tambahan yang nak kena beli...nak kena turun bawah, al-maklumlah banglo kat nun atas bukit...huhu...alang-alang dah turun tu, banyak benda lain la yang PENSIL dan tunang PENSIL beli....antaranya, kami beli kepala paip utk dapur..uish...mahalnya...pastu beli cat....fuhh...banyaknya kami borong cat...sampai 7 tong...1 tong 18L, 4 tong 7L, 1 tong 5L, dan 1 tong 1L...then beli kepala paip baru untuk bilik air...cantiknye....suke sangat...haha...

then kami gerak pergi tengok muffin untuk majlis bulan Jun nanti...survey kat FEDERAL BAKERY..kilang kek dan roti...amik kau, aku g kilang tros.....tapi macam agak keciwa.....

after that, pick up my wedding cards and banners.. wow....so exciting...dah siap..yeayy...hahha...berguni-guni kad.....balik rumah tros belek-belek kad..hehehhee..puas hati....

then, kami pergi butik....nak confirm baju...wehoo....seronoknya....
sampai je sana, tros try dress yang PENSIL dah target sebelum ni...dress warna putih....sulam warna silver dengan swarovski crystal...huaaaaaaaaaaa...bile tergantung kat hanger, memang boleh menyebabkan PENSIL ngigau malam...tapiiiiiiiiiiii...bile PENSIL pakai, alaaamakkk...macam seksi la pulaks....sebab ikut shape badan sangat...dah macam pakaian artis perempuan g ABPBH pulak...malu lah nak pakai dress camtuh.... PENSIL pun cuba la baju lain...dan.......................PENSIL berkenan...terus cakap nak baju tu....tunang PENSIL pun try jugak...hehehe.....pas2 balik...awal bulan 5 nak kena datang fitting lagi skali...harap semakin kurus...chewah.....

balik rumah je, terus rasa sangat letih...nak pengsan rasanya..tapi tetap menggagahkan diri untuk modified sket kad kawen kami...

orait.....setakat ni saja petang nih...thanx semua......

Apr 6, 2011

Projek Banglo PENSIL

at 10:39 PM 2 comments
Hye Semua~~

Esok PENSIL cuti...yeay....

Pagi-pagi nak gerak tengok projek rumah banglo PENSIL...haha..banglo lah sangat...

then nak gerak pergi tengok muffin untuk majlis bulan Jun nanti..

after that, pick up my wedding cards.. wow....so exciting...

then, nak kena pergi butik....nak confirm baju...wehoo....seronoknya....

ok then, if any of you was looking for door-gift, or cupcakes/cakes hantaran, i strongly recommended this.... I adore AZURA's hand work...  stay surf guys... http://heycupcakes.fotopages.com/


Okeyh...untuk Projek Banglo PENSIL, fuh..berpeluh PENSIL..

akan ada entry selanjutnya berkenaan projek banglo PENSIL..

sabar...sabar...
 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei