May 28, 2010

Kena Hack???

at 9:23 AM 6 comments
Hye Semua~~

Oh! Gengblogger kena hack!
-www.ohtidak.com-

apekah? ade penjelasan?? setiap kali click GB nak tengok ping blog lain, mesti kuar camtu.. nape ek??

Punggah Blog a.k.a Loading Blog

at 9:04 AM 0 comments
Hye Semua~~

Selamat Pagi!! Erm..hari ni cuti, korang plan nak baut ape ek?

Aku plan nak ajak mak kuar shopping..

Best tau jalan ngan mak....

Jom..jommmmmm...

eh..nak tanye korang, nak loading blog aku ni lame ke tak ek? aku rasa cam lame jek..

Merisik, Bertunang...sudah........

at 2:33 AM 5 comments
 
Hye Semua~~

Merisik ... sudah,

.
.
.
.
.
.
.
.






Bertunang ... Sudah...
.
.
.
.
.
.
.
.











Setting Rumah ... Sudah...
.
.
.
.
.
.

.






Berkahwin ... Sudah...
.
.
.
.
.
.
.








oit...oit...bukan sudah settle...
sudah fikirlah....
ape la korang....

             -spekulasi lagi-              

Korang Alert tak pasal Subsidy Lab??

at 1:32 AM 0 comments
Hye Semua~~

wahh...dah lame aku tak aktif melawat kawan-kawan blogger...
ni tetiba la datang semangat nak bagi kunjungan balas dan usha blogger-blogger lain.

dunia blogging semakin meriah sekarang ni.
bagus la macam tu. semua orang boleh luahkan pendapat/perasaan masing-masing.

pagi tadi aku gi KL Convention Center. Ada forum pasal Subsidy Lab. Siapa antara blogger yang alert pasal lab ni?

hari ni ade kua dalam paper the star pasal subsidy lab. Yang rajin nak tau, leh usha sini ye..

Subsidy Lab : The Star

antara group lab yang terlibat adalah (kalau tak salah la):

1. Gas & Electricity
2. Fuel
3. Food: Flour, Sugar, Cooking Oil
4. Social : Education, Health
5. Infrastructure: Toll

melalui public forum tadi, banyak feedback yang diterima dari public, bankers, company and so on..

forum macam ni memang boleh membantu membuka minda.

pendapat aku, ade subsidy yang perlu dikurangkan/ dihapuskan serta merta/ dikekalkan.

dihapuskan: subsidi gula [maknenye bayar market price, no more subsidi]
bile gula mahal, kita boleh motivate diri untuk kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan seharian.
Tapi for sure para peniaga akan guna alasan harga gula naik untuk naikkan harga barang makanan yang berasaskan gula. Tak patut, tak patut.
Boleh tak kalau Kerajaan kawal Industri kilang yang berasaskan produk gula? untuk kurangkan pengeluaran produk yang high sugar. Cnth: gula-gula, nanti kurang la budak-budak kecik yang ketagih gula-gula. balik sekolah je nak beli gula-gula cam zaman aku kecik-kecik [termasuk aku gak]
Kena didik rakyat untuk kurangkan pengambilan gula. Sebab orang Malaysia ni memang banyak sangat la pakai gula {aku pun...huhu}. tapi nak mendidik tu yang payahnye. kena individu tu sendiri yang lahirkan kesedaran dalam diri sendiri ek.

dihapuskan: subsidi highway Toll dan minyak petrol [maknenye bayar rate agreement, no more subsidi in terms of compensation]
naikkan je tol ikut concession agreement kecuali bagi lebuhraya yang tak ade alternatif (Cnth: Grand saga, LDP) dan lebuhraya yang slalu sangat jem time peak hour.
yang lebuhraya lain tu patut naikkan kadar tol ikut agreement la.ye la, sebab tak mencapai kumpulan sasaran yang patut terima subsidi [rakyat luar bandar/kurang berkemampuan]. yang lalu hiway tu kebanyakkan kereta gah-gah. mampu pakai kete hebat-hebat, takkan la tak mampu nak bayar tol dan petrol ek. haaa....amik, skali tol ngan petrol naik harge, camne nak buat tu?? nak naik public transport, tapi....public transpot ni tak begitu menyenangkan la. kalau nanti public transport dah selesa dan senang, kalau naikkan petrol n toll pun public tak marah sangat kot.

dikurangkan: subsidi gas dan elektrik. [naik tariff tu skit je la, tapi still ade subsidi skit]
gas dan elektrik ade relation, bile gas naik, elektrik automatik akan naik. yang guna elektrik banyak ni orang yang mampu. kalau yang guna RM20 ke bawah, atau kurang dari 200kWh tu ok la kalau bagi subsidi. sape pandai jimat penggunaan elektrik, dapat subsidi banyak, sapa suke bazir elektrik, haa, bayar la tariff mahal. baru la padan...eheh..   paham ke??...

pasal subsidy social, aku rasa patut maintain la..bia bayar wit sepital RM1 jek..sebab orang sakit kan, jangan nak dibebankan lagi.huhu..


P/s: ape aku merepek nih..panjang-panjang ni tak de sape nak baca sampai abis kang..huhu...k lah...dah letih la...

May 26, 2010

"kita punya blog, suke ati kita la nak tulis ape kan"

at 12:47 PM 8 comments
persoalan seterusnya,

ok...blog ni personal kan,

ala-ala macam hak kita..[berdasarkan T&C la]

"kita punya blog, suke ati kita la nak tulis ape kan"
ok, tapi kena ingat, apa yang kita tulis, kita tanggung sendiri..

betul tak??

so rasanya tak salah kalau kita nak tulis apa pun kalau kita sanggup tanggung akibat dari penulisan kita.

kalau tajuk gempak, tapi entry "kosong", tak salah jugak la kan?

tak ade sapa salah, tak ade sapa betol, pendapat dan cara masing-masing, tapi bahasa kena jaga walaupun ianya hak kita. hidup bermasyarakat, kena jaga jugak hati orang lain kan. takkan asyik orang lain je nak jaga hati kita kan..

betol cakap kawan-kawan, kalau ade orang nak baca entry kita, tu satu bonus, kalau ada orang tinggalkan komen, itu lai lah dah jadi double bonus kan...

thanx kepada kawan-kawan yang sudi membaca dan berniat utk komen.





end of point: tak tahu motif ape aku tulis entry nih...adess..ilang aRah lagi..

May 25, 2010

TAK ADE IDEA, TAK ADE LA ENTRY.. YE KE?

at 2:21 PM 3 comments
....wah...dah lame tak update blog..hari-hari buka, usha-usha, tapi tak de mood nak post entry...tak tau nape....tengah malas sangat kot...last entry nye pun dalam 2/3 minggu lepas...ehehhee....nape malas nak update/post entry??

mungkin sebab:

1. ...rasa cam tak de sape nak tau kot, sebab entry asyik tulis pasal diri sendiri;

2. ...memang dah tak ade idea sangat...tak de perkara menarik yang nak diketengahkan;

3. ...tak ade mood la kot; atau

4. ...tak ade masa yang cukup untuk wat entry lebih menarik, yang mungkin boleh tarik perhatian pembaca-pembaca...bile dah sendiri tau entry tu tak menarik, tak cukup masa nak touch up, so cam..

"malas la nak wat, bukan ade sape nak baca pun"


..huhu..

erm...ntah la....ape yang aku leh fikir setakat ni, bile tak de idea, tak ade mood, memang tak ade la entry nye... kalau dah tak de idea sangat, tapi nak jugak post entry, haa...ni la...jadi macam entry yang korang tengah baca ni la.. tu pun kalau ade yang nak baca...eheheh...

kesimpulannya, idea dan content entry memainkan peranan yang amat penting dalam menghidupkan dunia blogging ni...


wondering: mencandat sotong dalam Bahasa Inggeris ape ek??

lagi satu: Blogging dalam BahaSa Malaysia ape plak ek??

Belog ke?? Berbelog ke ek??
hurmmm...

May 10, 2010

EMEL: The history of Mother's Day

at 9:51 AM 0 comments
HALUU..MGGU LEPAS DAPAT EMEL DARI KAK WEEDA..NI NAK SHARE SKIT...MARI BACA..KALAU RAJIN, BACA SAMPAI ABIS EK...KALAU MALAS, KLIK2 LA IKLAN2 KU..HUHU..NI LAH KANDUNGAN EMELNYE...


Kita selalu terikut amalan-amalan yang dirasakan baik tanpa mengambil peduli asal-usulnya. Contohnya Sambutan Hari Ibu. Semoga selepas baca kita jadi orang yang tahu.



The history of Mother's Day



The earliest Mother's Day celebrations can be traced back to the spring celebrations of ancient Greece in honor of Rhea, the Mother of the Gods. During the 1600's, England celebrated a day called "Mothering Sunday". Celebrated on the 4th Sunday of Lent (the 40 day period leading up to Easter*), "Mothering Sunday" honored the mothers of England.



*(For more information on Lent/Easter check out - Easter on the Net)

During this time many of the England's poor worked as servants for the wealthy. As most jobs were located far from their homes, the servants would live at the houses of their employers. On Mothering Sunday the servants would have the day off and were encouraged to return home and spend the day with their mothers. A special cake, called the mothering cake, was often brought along to provide a festive touch.



As Christianity spread throughout Europe the celebration changed to honor the "Mother Church" - the spiritual power that gave them life and protected them from harm. Over time the church festival blended with the Mothering Sunday celebration . People began honoring their mothers as well as the church.



In the United States Mother's Day was first suggested in 1872 by Julia Ward Howe (who wrote the words to the Battle hymn of the Republic) as a day dedicated to peace. Ms. Howe would hold organized Mother's Day meetings in Boston, Mass ever year.



In 1907 Ana Jarvis, from Philadelphia, began a campaign to establish a national Mother's Day. Ms. Jarvis persuaded her mother's church in Grafton, West Virginia to celebrate Mother's Day on the second anniversary of her mother's death, the 2nd Sunday of May. By the next year Mother's Day was also celebrated in Philadelphia.

Ms. Jarvis and her supporters began to write to ministers, businessman, and politicians in their quest to establish a national Mother's Day. It was successful as by 1911 Mother's Day was celebrated in almost every state. President Woodrow Wilson, in 1914, made the official announcement proclaiming Mother's Day as a national holiday that was to be held each year on the 2nd Sunday of May.



While many countries of the world celebrate their own Mother's Day at different times throughout the year, there are some countries such as Denmark, Finland, Italy, Turkey, Australia, and Belgium which also celebrate Mother's Day on the second Sunday of May.



http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

May 7, 2010

6 perkara berkaitan Facebook

at 10:35 AM 4 comments
dapat emel dari office mate

katenye...

Sekadar berkongsi di pagi Jumaat selepas malam Jumaat.

ok..ni lah intipati emel yang langsung tidak di edit oleh ze...sekadar berkonggsi maklumat..mari kita fikir-fikir kan...

sesape yang rajin boleh baca sampai abis...TQ all..

Dosa-Dosa & Facebook
Oleh Zaharudin Abd Rahman

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingk an wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

May 4, 2010

Youthsays --> tab "Community"

at 9:35 PM 0 comments
siapa sanggup click mende yang dia tak tau??

++..cuba klik sini..++

haaaa???brani ke???

bagitau aku kalau korang click...

eheheh...

xde ape lah..

tu link kempen youthsay je ha..

sape nak join youthsays click sini..

best...ade komuniti...jawab soalan2 member2 lain...kumpul contribution point..

ok....ni antara soalan-soalan yang member2 youthsays tanye sekarang
(9.40pm - 3 Mei 2010)

Answer the newest questions posted by Malaysian youths:


  • What is/will be your final year project?

    just checking out what you all do for your fyp. who knows maybe some of us might be helpful.. for those who still not yet taken it, you m...
    3 minutes ago

    1 answers
    1 views
    0 likes









ni sume contoh...




haaa..ok tak??kalau cam tgh xde watpe, rajin je aku nak jawab soklan member2 lain..besttt...pas2 nnt akan tau sape Top User..

Top Users This Week
  • Goku4 870405
    586 Weekly Points
  • 1 bealovers
    426 Weekly Points
  • Cimg3567a amr89
    394 Weekly Points
  • 040420101875 fadzh_lyiana
    372 Weekly Points
  • Default_female_small chienyeen
    348 Weekly Points

best kalau rajin n aktif ngan youthsays..

everyone connects tau...

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei