Mar 26, 2016

Sport Planet Off Season Sale

at 10:57 PM
Hi luf...

Hari ni kami singgah kat Star Avenue semata-mata nak pi Sport Planet Sale ni. 
Parking kat basemen free lagi buat masa ni. 
Kami naik lif terus ke tingkat 4.
Lokasi sale ni depan surau. Area food court. 

Lokasi: Level 4, Star Avenue lifestyle Mall, Jalan Zuhal U5/177, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam

Antara barangan yang dijual di Sport Planet Off Season Sale:
- kasut dewasa & kanak-kanak
- slipper
- stokin
- pakaian
- barangan sukan
- raket badminton
- beg sukan
- bola
- sport bra
- sweater
- swimwear
- tshirt
- timberland
- adidas
- puma
- dan banyak lagi

Parking: Percuma!!!

Mak tak sempat pun nak tengok semua barang sebab susah nak jalan dengan stroller yang gabak itu. So lalu lorong-lorong yang kat tempat size mak jekk. 
Dia susun kasut ikut size. Kecuali kasut timberland disusun ikut design.

Tempat baju-baju mak tak pi. Ensomi yang pi sebab dia pakai baby carrier. Mak bawak stroller. So dia la pi mencelah di celah-celah baju tu. 

Mak nanges tak sempat nak grab tshirt or sweater. 

Jom tengok gambar yang mak sempat snap. 



Ni corak wataniah. Haha. Weedot suka corak gini, tapi dia selalu guna nama nad. Katanya nad komander yang suka corak gini. Huhu. Nasib kau la nad. 

Ni smart gak.

Banyak gilakasut oiiii. 

Ni kasut bola. 

Haaa. Rambang mata. Dah la baru lepas gaji kannnn...

Banyak jugak corak yang lawa-lawa dan pelbagai kegunaan. Walking. Jogging. Hiking. Indoor. Outdoor. Dan banyak lagi !!!

Untuk bayaran, boleh guna tunai atau kad hutang. Hahha. 
Sila beratur di kaunter bayaran sama ada kad atau tunai. Jangan salah beratur ye. Mula-mula akan jumpa kaunter tunai. Then baru la berderet kaunter kad kredit. 

Bawah ni semua barang yang mak dan ensomi sempat grab. Bahaya kalau belek barang lama-lama. Abes semua nak diangkut ke kaunter bayaran nanti. 

Kasut ni RM119


Yang ni plak RM149

Yang ni kasut baby RM89

Yang ni plak RM269

Baju timberland RM69


Baju Adidas RM89



Ok lah. Sesiapa yang memang merancang untuk beli pakaian sukan disaranlan pi sini. Memang murah. 

Info lanjut layari Facebook: Sport Planet Off Season Sale


0 comments:

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei