Aug 5, 2013

All-New Ford Focus - Kenapa Tak Boleh Kunci Pintu dari Dalam Kereta?

at 3:59 PM 0 comments
Teaser:


Memandangkan baru pakai kereta yang memang jauh berbeza dengan WAJA, so banyak la yang kena belajarkan. Alhamdulillah.

Al-maklumlah, masa pergi ambil kereta tu, tanya apa yang terfikir je.

OK...buat masa ni aku ada dua isu,

Ford Focus ni ada SYNC, yang mana SYNC ni apabila di-paired dengan mobile phone, SYNC sepatutnya boleh terima dan buat call serta sms, hanya dengan tekan-tekan button kat steering. Hah..faham ke? maknenya tak payah la nak cari handphone masa tengah drive. Semua call dan sms patutnya boleh masuk terus kat SYNC. 

Ok, isu pertama - selalunya, SYNC Ford Focus kami di-paired dengan iPhone4 sang suami. Memang boleh buat call, receive call via SYNC, tapi.... tak boleh baca dan load SMS, kalau nak hantar SMS via SYNC memang boleh, tapi SMS tu tak diterima oleh penerima. Maknanya tak boleh hantar SMS jugak.


OK, isu kedua, dalam kereta memang ada central lock button, tapi, fungsinya, hanya boleh lock / unlock pintu luar. Kalau kita lock, hanya dari luar je tak boleh bukak pintu, tapi dari dalam boleh bukak pintu. Bila anak dah pandai usik sana-sini, memang rajin la dia nak bukak pintu dari dalam masa kereta tengah berjalan. Bahaya oiii....Tak de ke cara nak kunci pintu tu dari dalam????



So, dua isu ni aku dah tanya pada FORD.

Ini maklumbalas yang diterima,


Dear Mr Mohd Ezzuan 
Thank you for writing in. 
Kindly refer below. 

  1. Most mobile phones can be connected witlessly to the SYNC feature available in your Ford Focus. However some mobile phones may not be compatible for some of the SYNC features, in the case of the iPhone the text message function is not compatible and as such is not supported. All other functions like making hands free calls, playing audio files via Bluetooth audio streaming is supported.
  1. The door locks on the Ford Focus is designed for the safety of the occupants in case there is external intrusions by strangers. It must at all times enable occupants to be able to open it from the interior incase the is a collision or accident enabling the occupant to escape. Should you require the door stop be locked in the presence of children in the vehicle, it is recommended that the child lock on the rear doors are utilized for optimum children safety.
We hope the above informs. 

Firstly, terima kasih kepada FORD Malaysia sebab sudi reply.


OK....untuk isu pertama, memang tak ada niat untuk tukar handphone lain, so terima seadanya..keh keh keh.

Untuk isu yang kedua, memang kena alert. First skali dah on child lock kat pintu belakang. Cumanya kena alert bila duduk dengan anak kat seat depan.






Candy Crush

at 3:24 PM 0 comments
OK, nak buat pengakuan, hari ni memang aku tak de kerja sangat. Lagi 3 hari nak raya!!

Erm.. bukan la tak de kerja langsung, ada sikit-sikit, tu pun bila bos bagi, 5 minit aku da siapkan.

Pastu da tak de kerja balik. 

Sambil-sambil tunggu kerja lain datang, aku pun selang-selang main game berhantu ni..

Game ape? Game Candy Crush  la...


Kenapa berhantu? entah lah. Sape yang main candy crush lebih dari level 15, mesti akan rasa nak main sampai dah tak ada level.

Aku saja main sebab nak tengok game ni ada sampai level berapa. (alasan je ni), hehehe.

Ada menber aku main sampai level 300++... what? memang hebat.

Kekadang masuk alert whatapp  sebab nak mintak tiket unlock.. hihihihiii...kelakar la....

Ni bulan-bulan puasa ni, kalau mintak lives, confirm beberapa minit lepas tu ada orang baik hati tolong hantar.

Haaa,, nampak tak icon nyawa kat atas tu, maknanya, nyawa Candy Crush aku da habis buat masa ni. Kena tunggu lagi 5 minit.. hehehheh.

OK bye..




Aug 4, 2013

Apa yang kena fikir bila nak tukar kereta? Senarai Harga Kereta Baru

at 12:40 AM 38 comments
Hye Semua~~

Haa....kali ni kena focus lebih sikit. Hehe.

trigger: Ada sorang ni nak beli Waja yang kitorang dok pakai sebelum ni.

Sebelum harga makin turun, elok jugak kalau jual Waja tu.

Tapi macam sayang jugak la. Sebab Waja tu tak pernah bagi kitorang major problem.

Dan Waja tu tersangatlah elok. Dan dah habis bayar pun.

Lepas decide nak jual Waja, kena la fikir nak beli kereta apa...nak beli Komuter atau ERL memang diluar kemampuan la kan. Huhu.

Mula-mula cik abang sorang tu berhajat nak pakai Honda Accord atau Toyota Camry. Tapi yang kereta terpakai.

Yang cik kak sorang ni tak berapa minat sangat kereta second hand. Bukan demand ke ape, cuma little bit worry on maintenance cost. Ye la, kereta yang dan 4 / 5 tahun ni start kena tukar major part. Ongkos banyak nak kena keluar nanti. So better angkat kereta baru, maintenance awal-awal tak la mendesak sangat, In sha Allah.

Dalam 2/3 minggu tu jenuh jugak la fikir nak beli kereta apa. Habis semua brand kereta kitorang survey harga, features dan yang agak penting, promotion. huhu. Tapi stakat survey kat internet. Cuma cik abang je rajin pi kedai used car pi cari kereta.

Tapi bila dibincang dan difikir, kami decide untuk beli kereta baru.

Toyota, Honda, Hyundai, Peugeot,Mitsubushi, Kia, VW (yang ni berangan je la), Nissan, Mazda, Ford dan banyak lagi la.

Ni antara senarai kereta yang kitorang survey (kat internet jek)

(Harga Semenanjung Malaysia *price from)

Honda Civic 1.8L RM115, 980
Honda Civic Hybrid RM119,980
Honda Accord RM142,815
Honda City RM85,980
Honda CRV RM148, 800
Honda CRZ RM119,800
Honda Freed RM99,800
Honda Insight RM99,800
Honda Jazz RM74,800
Honda Jazz Hybrid RM89,900
Honda Stream RM158,995
Toyota 86 RM243,015
Toyota Camry RM149,915
Toyota Corolla Altis RM106,617
Toyota Vios RM72,417
Toyota Avanza RM66,220
Toyota Innova RM97,734
Toyota Rush RM88,491
Toyota Fortuner RM170,443
Toyota Hilux RM76,305
Toyota Prius C RM97,313
Toyota Prius RM139,915
Peugeot 208 5 Door 1.6L RM85,888
Peugeot 208 3 Door 1.6L RM95,888
Peugeot 308 VTI 1.6L RM102,888
Peugeot 308 Turbo 1.6L RM121,888
Peugeot 308 Griffe 1.6L RM132,888
Peugeot 3008 1.6L RM146,888
Peugeot 408 2.0L RM109,888
Peugeot 408 Turbo 1.6L RM128,888
Peugeot 5008 1.6L RM159,888
Peugeot 508 Premium 1.6L RM169,888
Peugeot RCZ 1.6L Auto RM243,888
Hyundai i10 RM52,888
Hyundai Elantra RM88,901.50
Hyundai Veloster RM116,901.50
Hyundai Sonata RM145,903.80
Hyundai Tucson RM131,903.30
Hyundai Santa Fe RM163,888
Hyundai Grand Starex Royale RM153,922.20
Mitsubishi I-Miev (Electric) RM136,118.50 (OTR without insurance for private)
Mitsubishi Mirage RM55,328.65 (OTR without insurance for private)
Mitsubishi Lancer 2.0 GT RM125,467.80 (OTR without insurance for private)
Mitsubishi Lancer Sportback RM131,331.80 (OTR without insurance for private)
Mitsubishi Lancer Evolution RM330,072.10 (OTR without insurance for private)
Misubishi ASX RM139,981.50 (OTR without insurance for private)
Nissan Almera RM66,813.90
Nissan Teana RM141,815.30
Nissan Sylphy RM114,895.30
Nissan Latio Hatchback RM99,830.60
Nissan Latio Sedan RM89,827.00
Nissan Sentra Sport RM85,777.00
Nissan Grand Livina RM86,827.00
Nissan Livina Autech RM105,815.30
Nissan Serena RM136,530.60
Nissan Elgrand RM398,361.40
Mazda 2 1.5 Sedan from RM70,668 (w/o insurance)
Mazda 2 1.5HatchBack from RM75,816.62 (w/o insurance)
Mazda 3 from RM106,674 (w/o insurance)
Mazda 3 MPS from RM179,929.40
Mazda 5 RM153,019.60 (w/o insurance)
New Mazda 6 from RM159,445.50
Mazda RX-8 from RM226,669 (w/o insurance)
Mazda MX-5 from RM220,000 (w/o insurance)
Mazda CX-5 from RM136,943.70
Mazda CX-7 from RM258,008 (w/o insurance)
Mazda CX-9 from RM322,404.60 (w/o insurance)
Ford All New Kuga from RM159,999
Ford All New Focus from RM115,903.30
Ford All New Focus ST from RM208,903.30
Ford All New Ranger from RM69,999.00
Ford Fiesta from RM70,011.15
Ford Mondeo from  RM193,903.30
Ford S-Max  from RM198,903.30
Ford Everest from RM 151,458.50
[website Naza Kia buat masa ni loading sepanjang zaman - tak dapat nak senaraikan harga]

 (senarai harga berdasarkan maklumat di dalam website jenama kereta - hanya sebagai panduan)


Memang pening jugak la fikir nak pakai kereta apa lepas ni. Bayaran bulanan kereta lagi. Maintenance lagi. Yang lain-lain lagi nak kena bayar, rumah, taska, makan, minum, utiliti, barang dapur.. oiiii...memang pening. Dah la sebelum ni WAJA tu dah habis bayar, kalau tukar kereta, ada pula tambahan tanggungan. Poning Mak Jemah.

So, perkara ni yang patut difikirkan dan dipertimbangkan bila nak tukar kereta / beli kereta baru:

1. Kereta Baru atau Kereta Terpakai?

2. Kalau Kereta Terpakai, kena fikir kondisi kereta tu, da berapa tahun, milage, keadaan enjin, interior, exterior, maintenance after, dan value sama ada berbaloi atau tak. Sebenarnya, banyak lagi yang kena pertimbangkan. Kena jugak pandai tengok kereta, ye la, sama ada kereta tu pernah accident atau tak, major problem, pernah masuk air ke tak. Banyak jugak risikonya.

3. Harga kereta - Bayaran bulanan, MAMPU KE KAMU?

4. Maintenance Kereta, Minyak jimat ke tak, Bateri mahal ke murah, senang dapat spare part atau tak, insurans tahunan, road tax. Fuh!!! $$$ terbang!!!

5. Nak pakai berapa lama? 2 tahun? 3 tahun? 5 tahun? 9 tahun? selama-lamanya?. Kalau bercadang nak tukar-tukar kereta, sila pertimbangkan untuk beli kereta yang value tak terlampau turun/jatuh. Menyesal nanti.

6. Jangan lupa pertimbangkan keluasan bonet. Sedan atau Hatchback? Pilih la betul-betul ikut keperluan, jangan nak tengok design semata.

7. Transmisi Manual atau Automatik? Atau Dual?

8. Yang agak penting, keselamatan!! sila tengok safety features bagi kereta idaman masing-masing.

9. Pengguna kerap/tetap - 1 orang? 2 orang? 3 orang? 5 orang? 7 orang? ini penting untuk keselesaan bersama. :) buat pilihan bijak dengan memilih bilangan seater yang berpadanan dengan bilangan ahli keluarga. :)

10. Apa lagi? sebenarnya banyak lagi.. tapi setakat ni, ni je yang saya ingat. hehehehhehe...




so, kereta apa kami beli?

criteria pemilihan kereta kami, 5 pintu, auto, maintenance free for first 3 years, sistem best, interior menarik, exterior cantik, unik, safety features pun best....

kereta apa??

hehehhe... kereta biasa je laaa....


 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei