Nov 20, 2013

Ayra dairrhea

at 4:38 AM
Sekarang ni pukul 4.10 am.

Malam tadi bawak ayra pi HKL sebab dia still muntah-muntah lagi. Da masuk malam kedua nih. Risau dihidrasi teruk.

Doc suruh bawak ayra pi ambil darah. Haa...memang mama macam tak sanggup, babah pun xsanggup, last-last atuk ayra yang bawak ayra pi ambil darah. Mak tok ayra da lari siap-siap.

Masa nurse sapu bius sejuk tu ayra da start nangis. Kami perhati dari jauh je. Ouch... Satu hospital dengar ayra nangis. Kasihan anak mama.

Bila dapat result (siap dalam masa 13 minit jek), bawak pi kat doc balik, fuh... Lega..doc kata keputusan darah normal, maybe dia diarrhea sebab makanan or benda yang ayra sentuh.

Kalau result tak normal, bermalam kat 'hotel' 7 bintang la gamaknya.

Dan doc ada advise untuk beli ubat 'smecta' untuk kasi najis keras sebab ayra berie-berie.

Malam ni temp ayra still tinggi. Masa kat HKL tadi pun da demam. 38.7*C. So ada la aktiviti menyejukkan badan dengan towel basah.

Esok kena la ambil cuti sebab doc advise untuk bagi ayra rehat sehari kat rumah.

Confirm boses kat office bising dan cakap belakang. "Anak sakit la, mak sakit la, bla.. Bla.. Bla.." Lantak la. Family first. 
Cuti boleh dikumpul. Tapi kesihatan dan emosi anak perlu diutamakan. Chewah...

Ni malam semalam. Lepas adegan muntah-muntahan, dia tido kelesuan.

Ni pulak adegan emosi lepas balik dari klinik. Doc kat klinik pesan, "if your baby cry without tears, bring her to hospital immediately. And if your baby's hand is cold, also bring her to hospital. Immediately. U have to monitor your baby. And if u love her, please make her finish the ORS (oral rehidration salt)."

Ni adegan lepas kena cucuk ambil darah. Ayra nangis sambil hulur tangan. Nasib baik ada tok abah yang rajin layan Ayra.

Ni adegan baru kejup tadi. Kasi tarok kain basah sket...

Ayra memang jenis tak suka kain basah diletak atas kepala masa tido, dia da alihkan kain basah tadi dan cakap "dah dah dah" heheheh.. 

Mama saya kamu anakku ayra safeerah (respectable ambassador). Semoga anak mama cepat sihat dan montel gebu kembali. Amin!!


0 comments:

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei