Apr 21, 2012

Akar siti fatimah

at 10:48 AM
Semalam balik rumah mak.

Mak ada pinjam akar siti fatimah kawan dia.

Mak suruh rendam dalam air suam.

Akar siti fatimah tu mula-mula kuncup masa dia kering.

Dalam selang sejam selepas rendam akar siti fatimah tu, dia jadi kembang.

Mak kata, kalau kembang, maknenye dah dekat nak bersalin. Waallahuallam. Semuanya kuasa tuhan.

Bile search kat internet, mmg ramai jugak la yang guna akar siti fatimah. Ada yang buat minum. Mcm air selusuh. Ada yang buat mandi.

Disebabkab bile dah minggu ke38++ aku baru rendam akar siti fatimah, mmg la dah dekat nak bersalin. Ada yang cakap, kalo rendam masa kandungan 7/8 bulan, mmg xkembang pun. Huhu... Dari hasil gugle aku mendapati kebanyakkan cakap akar ni boleh beli kat mekah je.

Mak aku plak suruh sapu air rendam tu kat perut sambil selawat.

Meh tgk rupa akar siti fatimah yang aku rendam. Pagi ni aku rendam lagi. Mak aih, lagi kembang dari semalam.

2 comments:

Lia Akma on April 22, 2012 at 10:51 PM said...

zeze..org pon mandi air akar siti fatimah ni..1-2 hari lepas tu dh bersalin hehe..alhmdllh..dipermudahkan..sakit sekejab je..mintak2 ze pon cmtu jgak nnti :)

nana on April 9, 2013 at 12:40 AM said...

As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei