Jan 5, 2010

Digigit Ikan Yu ketika mandi di PD??

at 10:49 AM
Digigit ikan besar
Oleh Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my

MELAKA: Percutian seorang posmen bersama 15 anggota keluarganya di pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi mimpi ngeri apabila dia dipercayai digigit seekor ikan besar ketika mandi berhampiran sebuah apartmen di situ, Sabtu lalu.

Susulan kejadian itu, mangsa, Mohamad Helmi Leman, 25, yang menetap di Kampung Air Limau, Masjid Tanah di sini, terpaksa menerima 50 jahitan dan kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) selepas ahli keluarganya meminta dia dipindahkan ke sini kira-kira jam 3 petang hari kejadian dari Hospital Port Dickson.


Mohamad Helmi berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mandi bersama 10 anggota keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi pada hari kejadian.


Menurutnya, ketika itu, mereka sudah menghabiskan masa selama setengah jam bermandi-manda di situ.


Katanya, ketika asyik mandi di dalam air paras dada, tiba-tiba dia terasa pergelangan kaki kanan serta bahagian tapak kakinya itu direnggut seekor binatang yang disangkanya buaya.


“Ketika itu saya terasa suatu objek tajam dan bergigi merenggut kaki kanan saya menyebabkan saya amat terkejut.


“Sejurus itu, saya cuba merentap kaki saya tetapi haiwan berkenaan tidak melepaskan gigitannya dan sama-sama ‘bertarung’ selama tempoh kira-kira dua saat,” katanya ketika ditemui di wad HM di sini semalam.


Menurut Mohamad Helmi, gigitan berkenaan menyebabkan pergelangan pangkal bawah buku lali sehingga tapak kaki kanannya mengalami luka teruk dan mengeluarkan banyak darah.


Katanya, sebaik anggota keluarga lain menyedari dia digigit sesuatu, mereka terus membawanya ke darat sebelum menghubungi ambulans.


“Meskipun mengalami kecederaan parah dan dalam kesakitan, namun saya masih sedar ketika dibawa ke Hospital Port Dickson.


“Bagaimanapun, ahli keluarga saya terutama isteri, Sabariah Karim meminta supaya saya dipindahkan ke HM bagi memudahkan mereka melawat,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Helmi berkata, orang kampung di kawasan itu mengesyaki kejadian terbabit disebabkan ikan yu memandangkan ketika ini mereka mendakwa musim ikan berkenaan berkeliaran di situ.


Source click Here

8 comments:

jan.naimah on January 5, 2010 at 12:00 PM said...

gler...sbb tu la aku fobia ke laut...

DauS on January 5, 2010 at 12:06 PM said...

ade ikan yu ke kat perairan malaysia? hmmm

Aini on January 5, 2010 at 12:12 PM said...

Huh takot.. gambar tak de?

pensel on January 5, 2010 at 12:14 PM said...

alaa...xde gambar laa...sowiee...

cikbedahlaser on January 5, 2010 at 12:37 PM said...

biar btol... wawawa tatut la plak nk g PD.. uhuhuhuh

ikan yu mmg ade pon kt msia...

udacun on January 5, 2010 at 12:52 PM said...

ala..nape ikan tu wat hal?? takut lak nak mandi lautt

Zura Tahir on January 5, 2010 at 2:09 PM said...

erm...dasatlah cm nie...cm ne nk mandi laut nie...

F I T on January 8, 2010 at 10:07 PM said...

ikan yu serang manusia ke??bukan diorang mesra alam ke?hehe agaknya buaya kot..

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei