Oct 29, 2009

Diam apabila dileteri isteri

at 4:26 PM
Hye, this morning I received email from Mrezz.

He rarely forward email to me.
But this morning, he forwarded something..
In my mind when I read the Subject:


"Aku ni kuat sangat berleter kot, tu yang dia forward tu...huhu"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Khalifah Umar sabar, diam apabila dileteri isteri


DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir
yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita
kerap menyebut 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami
isteri'.


Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri empunyai
kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar
dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu)
dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka
(kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana
boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada
apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa,
ayat 19).

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar
di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti
yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya.
Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya,
Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti
Muzahim, isteri Firaun."

Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi
Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di
luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam
tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah
keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka
bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar
memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu
mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.

"Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada
diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka
bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar
mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh
pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke
atasnya.

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram
(zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya
kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL... ;-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~the end~

0 comments:

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei