Aug 21, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

at 8:22 PM
Cerita Dari Aku
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

...Dengan sepenuh hati yang ringan ini, inginku memohon kemaafan dan keampunan kepada seluruh umat di dunia ini. Terutama kepada insan yang pernah aku sakiti dan guris hatinya. Juga kepada insan yang masih tersimpan dosaku padanya. Juga dengan setulus ikhlas, inginku ringankan hatiku ini dengan memberi kemaafan kepada semua insan yang terkandung dosanya padaku. Kuampunkan segalanya dan ku halalkan segala saki baki hutang, makan dan minum yang pernah ku beri. Seterusnya, kupohon jua agar dihalalkan makan minum ku selama ini. Sekiranya masih ada hutangku pada sesiapa, ku pohon ingatkanlah aku tentangnya.

Ku panjatkan doa kepada Ilahi semoga memberkati dan melindungi umat Islam di dunia sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua dilimpahi kurnia dariNya. Dan semoga kita semua tidak lupa untuk menunaikan ibadah kepadaNya. Aminn...

Salam Ramadhan
-tulus ikhlas-
-dariku, Aiza Azlan-

2 comments:

noor afzan on August 21, 2009 at 9:58 PM said...

selamat berpuasa di bulan ramadhan...
selamat beribadat..
dan..
maafkan saya kalau ada salah silap..
sayapun dah maafkan zeze..

3223 on August 22, 2009 at 5:50 AM said...

thanxx afzann...
u make me smile this time..

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei