Feb 4, 2009

AKU ATAU KAMU???

at 9:00 AM

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN
ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan
SAKIT
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
MENDERITA
selagi ia masih hidup. Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN
kepada seseorang... Setelah ia mulai
MENYAYANGIMU
hendaklah kamu
MENJAGA
hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan
TERLUKA
oleh kenangan bersamamu dan mungkin
TIDAK
dapat
MELUPAKAN
segalanya selagi dia mengingatmu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar
KEPERLUANmu
... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH
seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA
.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu
KECEWA
dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu
MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan
TERUS
hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan
MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa
KEBAIKAN
kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. ..
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba
MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain. Terlalu mengejar
KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan
KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan
MENYESAL....

~
dariku kembali untukmu~

1 comments:

fet3 on February 4, 2009 at 12:51 PM said...

aku atau kamu itu tidak penting... hanya utk kesedaran sapa2 yang nak amik iktibar... sebagai pedoman bersama.. manusia hidup saling ingat mengingati... cuba mana yg boleh.. selebihnya serahkan pada takdir...

 

EPISOD PENSIL
Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei